Dia jugak penglipur lara ibu..

Hujan lagi malam ni.. 
Hujan kan rahmat.. 
Bak siulan si Akemelo ibu.. 

" Enjan ooo Enjan..
Nenapa ekau yon yon..
Acam aner ekau tak yon yon..
Atak anggei yon yon... "


Huhuhuhu mahal oooo gambor niii...
Dialah yg menceriakan hati ibu..

**Nota Si Jari Runcing**
Kihkihkihkih
Gelak pecah perut dengor dier nyanyi sowang2..

~ABEHHH DAAAAAAAA~

Corat Coret,
Salina @ Ibu Aqil
Comment Back Myspace Comments
{Lepas Bace Rajin2lah Tinggalkan Komen Diruangan ~Bebelan Cute~}

Entry Kedua ~Masih lagi dalam mood ceria~

Huhuhuhuhu
Ibu suker sangat petang ni...
Apalah yg ibu suker sangat ni???
Hehehehehhe
Meh nak cite sikit....

Petang tadi atok Aqil yg jemput ibu balik kije.. Sebab ayah dah mula kena hantar barang ke tempat yg agak jauh ler jugak.. Sekitar Batu Gajah, Tronoh, Seri Iskandar.. Semua area2 sana.. Jauh nyer ayah ronda2.. Jadi kalo jauh perjalanan ayah bermakna lambat ler ayah balik.. Terpaksalah ibu tumpang atok Aqil balik kije.. Kalo dah namanya menumpang, biasalah kan.. Kenalah tunggu sampai atok balik keje dalam 5.30 ptg.. Masuk je dalam kete atok, ibu dapat sms dari ayah yg mengatakan ayah dah balik dan ayah yg nak jemput Aqil dari umah mama.. Jadi atok & ibu terus jemput opah pulak.. Mandangkan hari ni hari Isnin, ada pasar malam dekat kawasan umah.. Opah cakap dia nak singgah sebab nak cari makanan.. Dah lapar sangat katanya.. Ibu sms ayah bagitau yg kami nak singgah pasar malam sekejap.. Sebab ayah cakap petang ni nak ke rumah Atok Opah Chepor.. Nak hantar barang.. Ibu ikutkan aja... Bukan jauh pun.. Masa atok tengah nak mencari parking, ada sebuah motor horn dari belakang.. Ibu dah dapat agak siapa.. Yg si opah, duk maki hamun sapa gerangan yg duk horn2 kete kami.. Dengan selamba ibu jawab "Sapa ke lagi kalo tak anak menantu mak 2.." Memang tepat jangkaan ibu.. Sapa ker lagi yg suker buat perangai giler2 kalo tak si Luvbie ibu ni.. Turun2 dari kete... Itu dia!!!!! 2 owang buah hati pengarang jantung ibu... Ayah & Aqil.. Huh!!!! Apa yg mencuit hati ibu ialah si Akemelo ibu.. PAKAI HELMET.... Hahahahhahahhaha Sangat2 syomel.. Ayah belikan Aqil helmet... Cute betul ibu tgk anak ibu pakai helmet... Akhirnya, ibu tak jadi ikut opah & atok ronda2 pasar malam.. Ibu dah berpaling tadah ikut Aqil & ayah merempit 3 beranak.. Hahahahahhahahaha Bahagia jer rasanya dapat bersama mereka yg tersayang.. Inilah kehidupan yg ibu impikan selama ini... Bersama dengan mereka.. Selagi ada hayat ibu dikandung badan...






Syomel tak?????!!!!
Huhuhuhu

**Nota Si Jari Runcing**
Masih dalam mood ceria waktu ini...

~ABEHHH DAAAAAAAAAA~

Corat Coret,
Salina @ Ibu Aqil
Comment Back Myspace Comments
{Lepas Bace Rajin2lah Tinggalkan Komen Diruangan ~Bebelan Cute~}

Kuala Kangsar.. Bandar DiRaja.. Bestnyer Jalan2..

Ini semalam punya cerita jalan2 cari pasal. Semalam ibu dah kepenatan, so ibu tak update belog ibu ni. Lagipun semalam memang ibu tak ada mood nak berceloteh panjang. Rasa macam mulut ni terkunci je dari nak membebel. Jari ni pun macam malas je nak menari2 bergolek2 atas keyboard Mr. Lappy ni. Jadi!!!! Ibu amik keputusan untuk nak merehatkan diri dari menulis. Tapi pagi ni lepas ayah bertolak pegi kije, ibu dah tak leh nak tido. Aqil masih lena berdengkur lagi atas katil. Ibu tak tau nak buat apa. Nak cite pasal apa erk??? Ermmmmmmm ~Duk memikir sat...~

Semalam kami ke Kuala Kangsar, Perak. Bandar DIRAJA. Disitulah letaknya Istana penuh GAH Sultan kesayangan kami rakyat Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M., P.M.N., P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.I.M.P. .. 

Sebenarnya dari kecik2 lagi asalkan pegi Kuala Kangsar je mesti atok Aqil akan bawak kami ronda2 sekitar kawasan istana.. Bukan masuk dalam kawasan pagar istana tau. Duk ronda2 luar kawasan pagar je. Huhuhuhuhuhuhuhu 

Istana Iskandariah, Kuala Kangsar



Sedikit sejarah tentang Istana kebanggaan kami rakyat PERAK.. 

Inilah Istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja Pemerintah yang ditabalkan sebagai Sultan Perak semenjak pembinaannya siap disempurnakan dalam tahun 1933. Nama Istana Iskandariah ini adalah mengambil sempena nama Sultan Iskandar Shah (1918-1938) yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya.


Kedudukan tapak Istana Iskandariah di Bukit Chandan dan tebing kiri mudik Sungai Perak ialah di atas tapak lama Istana Negara yang dibina pada tahun 1895 oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916).


Selepas Sultan Iskandar Shah mangkat pada tahun 1938, Sultan Abdul Aziz (1938-1948) Sultan yang ke-31 yang menggantikan Marhum telah bersemayam pula di Istana Iskandariah. Pada tahun 1948, Sultan Yusuf Izzuddin Shah(1948-1963), Sultan yang ke-32, telah berangkat pindah dari Istana Kota (Istana Hijau) untuk bersemayam di Istana Iskandariah dan pada tahun 1963, Sultan Idris Shah II (1963-1984) menaiki takhta Kerajaan dan bersemayam di Istana ini sehingga kemangkatannya pada tahun 1984.

Senibina Istana ini menyerupai senibina Islam-India 'Saracenic' yang diadun dengan corak senibina Asia Barat khususnya 'Pointed arch' dan hiasan minaret dan kubah yang berbentuk bawang (onion shaped domes).

Istana Iskandariah terletak di atas keluasan tapak berukuran 10,435 meter persegi. Bangunan ibunya berbentuk bujur segi empat (bujur sangkar). Muka hadapannya menghadapi arah matahari naik dan pemandangannya luas ke arah Sungai Perak. Dari pandangan hadapan Istana ini jelas kelihatan kubahnya yang berbentuk bawang. Selain daripada kubah induk ada terdapat empat buah lagi kubah apit yang lebih kecil di setiap penjurunya, Di anjung dan langkan terbuka terdapat juga kubah-kubah kecil.

Istana Iskandariah ialah bangunan tiga tingkat. Di tingkat bawah terdapat dua Dewan Menghadap dan Ruang Tamu, Dewan Negara, Kamar Beristirihat Keluarga di-Raja, Pejabat Juruiring, Kamar Persenangan (Wanita), Dewan Muzik dan Dewan Santapan Tetamu di-Raja. Pada masa dahulu Dewan Muzik itu adalah terdedah kepada pancaran matahari dan dijadikan 'taman' untuk keluarga di-Raja. Di tingkat pertama terdapat Kamar Tamu di-Raja, Kamar Peraduan Kebawah Duli, dua Kamar Peraduan Tetamu di-Raja dan tiga Kamar Peraduan Puteri-puteri Baginda. Manakala di tingkat tiga terdapat dua kamar Peraduan Putera-putera di-Raja dan satu Kamar Peraduan Tetamu di-Raja.



Minaret yang didapati di atas tingkat dua ini terletak di bawah kubah induk. Di sini terdapat ruang yang dianggap sebagai tingkat ketiga. Ruang yang berukuran 9.8 meter x 9.8 meter ini merupakan tempat beristirehat khas untuk keluarga di-Raja sahaja. Di ruang ini terdapat pula tangga berpusing menghala ke bumbung kubah.

Pada tahun 1984 Istana Iskandariah telah diperbesarkan di bahagian belakang dengan tambahan 11,468 meter persegi juga berbentuk tiga tingkat dan disambung dengan Istana asalnya dengan satu titian bertutup di tingkat pertama.

Bangunan tambahan Istana ini mempunyai bentuk senireka yang sama dengan senireka Istana asal untuk memberi pandangan yang ianya seperti siap dibina dalam satu masa.

Istana tambahan yang berukuran 99m panjang dan 38.7m lebar adalah berbentuk bujur empat segi dan mengandungi satu kubah besar di tengah dan empat kubah kecil di penjuru-penjurunya. Di tingkat atas terletak Balairong Seri baru manakala Dewan Santapan baru ditempatkan di tingkat tengah dan tingkat bawah (basement) pula digunakan untuk tempat letak kereta-kereta di-Raja.


Hiasan di kembong pintu dalam Balairong Seri dan Dewan Santapan di-Raja berasaskan sekuntum Bunga Kelumpang. Dari bunga ini keluarlah salur-salur subur berbunga dan berbuah lebat seolah-olah merupai tangan terbuka dan melambai-lambai mesra gemalai mempersilakan tetamu dan rakyat masuk mengadap.

Hiasan tiang direka corak memberi pengertian seorang Pemerintahan yang menjaga kepentingan amanah dan memohon petunjuk dari Tuhan dalam urusan agama bagi dirinya dan rakyat dalam negeri jajahan takluknya. Sementara reka corak Alang Penaga memberi pengertian umum suasana meriah dan gembira di Majlis di-Raja dan seseorang Raja dikelilingi oleh pembesar dan rakyat jelata dalam keadaan aman dan tenteram.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ok ibu sambung balik cite pasal semalam... Sempat atok berenti solat Zohor dekat Masjid yg indah & agak terkenal di Kuala Kangsar. Memang indah.. Bagi ibu ia seolah2 tersergam sebagai tanda kebanggaan kami rakyat Perak.. Uikssssssss!!! Emo ibu bila cakap bab2 keistimewaan negeri ibu ni..

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar..


Sedikit sejarah tentang Masjid Ubudiah, Bkt. Chandan Kuala Kangsar..

Semasa berehat dalam rawatan di Port Dickson, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar sekiranya kesihatan Baginda pulih. 

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, Baginda telah menitah Colonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk merekabentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Arkitek yang ditugaskan merekabentuk Masjid ini ialah Mr. Hubbeck, yang menggunakan senireka 'Moor' dan Mr Caulfield, Jurutera Negeri Perak, telah ditugaskan melaksanakan bangunan Masjid ini.  Senireka yang diilhamkan oleh Mr. Hubbeck telah menjadikan Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai senireka yang bermutu tinggi sehingga ianya mendapat tempat dalam pelan pelancongan.
Pada hari Jumaat, 26hb. September 1913, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Baginda dan Raja (Sir) Chulan. Mengikut cerita, dengan tidak semena-mena seekor gajah Baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaanya Raja (Sir) Chulan ibni Sultan Abdullah, bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.

Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya musnahlah batu marmar itu.  Perjuangan itu berlanjutan hingga berjam-jam, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.

Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu Marmar itu telah dibawa melalui Afrika Selatan.

Walau bagaimanapun pada tahun 1917, Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918) yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916.

Sebelum Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, dibina dan dijadikan Masjid Negeri, Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Sultan memegang jawatan Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya di-Raja dan jawatan Setiausaha diuruskan oleh sesiapa yang memegang jawatan Kerani Besar Pejabat Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Huh!!!! Hari ni kita banyak belajar sejarah erkkkk.. Tak apalah... Tak rugipun kalo kita tau sejarah sesuatu tempat.. Tanpa sejarah, siapalah kita ni kan... Huhuhuhuhu Kalo kengkawan ibu singgah ke Kuala Kangsar, rajin2 le mencari dua benda yg ibu ceritakan ni.. Dia tak lah sehebat KLCC.. Tapi cukup hebat bagi kami rakyat Negeri Perak.. Ok... Ibu tak nak berceloteh lagi dah.. Sebab rasanya mesti kekawan ibu dah juling duk baca cite ibu kali ni.. Ermmmm Ada ke yg baca sampai abeh???? Sebab setahu ibu kalo masuk bab2 belajar sejarah lama2 ni ramai yg bape nak minat.. Huhuhuhuhuhu

Aktiviti hari ni... Duk umah jer sebab ayah Aqil kije... Huhuhuhuhu Nasib ler badan... It's ok, Mr. Lappy kan ada... ;op

Ni gambor2 Akemelo ibu pulak..
Syomel sungguh dier ni.. 

Ni aktiviti dier dalam kete..
Ini yg ibu tak suka kalo kete berenti lama..
Dier payah nak diam...
Ada je nak digodeknya..

Ni gambor masa singgah kejap dekat hentian Sg. Perak..
Dier ni kalo dah jumpa Playground..
Ni ler jadinya..
Tak nak balik....

~ABEHHH DAAAAAAAAAAAAA~

Corat Coret,
Salina @ Ibu Aqil
Comment Back Myspace Comments
{Lepas Bace Rajin2lah Tinggalkan Komen Diruangan ~Bebelan Cute~}

Ibu kata "Semuanya kerana Aqil Naim"..

Ibu dimana sekarang??? Ibu ada dekat atas katil dalam wad ler. Wat apa?? Wat apa ke lagi, tengah masuk darah ler. Sakit tak??? Alahai, dah 27 tahun ibu hidup macam ni sampai APA ITU RASA SAKIT pun ibu dah tak tau. Amboi!! Sombongnya ibu.. Bukan sombong cuma inilah kebenarannya. Bohong lah ibu andai kata cucuk itu sesuatu yg tak menyakitkan. Jarum!!! Kalo kanak2 lain dibesarkan dengan barang2 mainan yg best2. Baju yg cantek2 setiap bulan. Tapi ibu setiap bulan hanya disogokkan dengan jarum. Sikit2 kene cucuk. Hari2 kene cucuk ubat. Kalo tak cucuk??!!!! Macam yg pernah seorang doktor pakar tu cakap pada ibu "U MAU MATI KA????" Dia geram sebab ibu degil tak nak cucuk ubat sehingga nyaris2 membahayakan nyawa ibu. Waktu itu, ibu terlalu mentah untuk memahami semua ini. Bagi ibu waktu itu, tak ada yg penting dalam hidup ibu. "Arghhhhhhh kalo dah nak mati, mati jugak.." Itu yg sering ibu tanamkan dalam hati waktu itu. Tapi kalo ditanya sekarang... Jawapan ibu "IBU NAK IDUP LAMA.. IBU NAK DIBERI PELUANG UTUK MELIHAT AQIL MEMBESAR.." Kenapa??? Kenapa mentaliti ibu berubah???? Semuanya kerana AQIL NAIM.. Ibu tak sanggup melihat Aqil dibesarkan tanpa ibu disisi. Hatta dibesarkan oleh IBU TIRI sekalipun tidak sanggup ibu merelakannya.. Ibu mahu Aqil membesar dengan hasil didikan ibu sendiri. Bukan owang lain. Ibu mahu melihat Aqil meniti setiap perubahan hidup depan mata ibu sendiri. Ibu mahu sama2 menyambut kejayaan Aqil menjadi insan yg berjaya dari dekat, bukan dari SANA... Tamak kah ibu?????? Ibu berhak kan??? Atau sama ada ibu cuba untuk melawan takdir ibu???? Kenapa mesti menyerah kalah dengan takdir???? Bukankan kita diberi akal & fikiran untuk mencorak takdir kita sendiri. Usaha... Berdoa... Tawakal... Ermmmmm


My 2nd House...
Jemput ler masuk....


Nampak mcm tak sakit jer kan???
Nak rasa tak???
Huhuhuhuhu


Penyambung nyawa ibu....
I'm a drucular mommies..
Huhuhuhu


Oh!! Ubat ibu...


Hari2 kene cucuk ubat ni..
Kene gantung menatang ni sampai abeh ubat..


PA ibu...
Sebab dak tecik ni ler yg jadikan ibu kuat..
Kuat mcm nimauuuuuuu..
Aummmmmmmmmm!!!!

**Nota Si Jari Runcing**
Bila dah duduk wad ni.. 
Mula terkenang kenangan zaman kanak2 dulu..
Beruntungnya budak2 sekarang..
Dah makin banyak kemudahan yg lebih canggih..
Zaman dulu..
Seksanya hanya Allah sahaja yg tahu..

~ABEHHH DAAAAAAAA~

Corat Coret,
Salina @ Ibu Aqil
Comment Back Myspace Comments
{Lepas Bace Rajin2lah Tinggalkan Komen Diruangan ~Bebelan Cute~}

Pagi tadi Aqil ada sesi amuk2 lepas sebulan dier berehat dari amuk2..


Aqil dah lama tak amuk2 pepagi.. Setelah sebulan ayah disini, pagi tadi wat pertama kalinya Aqil mengamuk.. Selalu bila ayah ada, Aqil lena jer tido.. Sampaikan ibu angkat untuk hantar ke umah mama pun Aqil masih lena lagi. Tapi pagi tadi Aqil bangun seawal 6.30 pagi.. Huh!!!!! Ibu dah rasa lain macam.. Ayah dah ler tak ada dah mula start kije.. Aqil bangun tonyoh2 mata.. Tengok kiri kanan.. Macam ada sesuatu yg dicarinya.. Tak jumpa.. Aqil pandang ibu sambil buat muncung Donald Duck dier.. "Buuuuuu ayah neeeeee???" Soalnya.. Dah sudah!!!!! Dier dah bijak... Ibu cakap baik2 dengan penuh berhemat.. "Ayah keje... Petang karang ayah balik...." Aqil pun.... "Uwaaaaaaaaaaaaaa!!!! Nak Ayahhhhhhhh!!!!! Neeee Ayahhhhhhhhh???" Dah sudah!!!!!!!!!!

Ni gambor pagi tadi..
Senyuman Aqil seawal pagi..
Lepas sesi amuk2...
Huhuhuhuhuhu


Syomel sungguh anak ibu ni...
Aduhai!!!!!!

**Nota Si Jari Runcing**
Time mood dier baik..
Memang ler tersangat syomel..
Datang ribut taufan dier..

Abehhhhh!!!!!!

~ABEHHH DAAAAAAAAAA~

Corat Coret,
Salina @ Ibu Aqil
Comment Back Myspace Comments
{Lepas Bace Rajin2lah Tinggalkan Komen Diruangan ~Bebelan Cute~}

Aqil.. Mana memory card reader ibu??!

Aqil...
Oooooo Aqil...
Mana memory card reader ibu???
Aqil main sampai hilang...
Adoiiiii!!!!
Cemana ibu nak copy gambor ni syg...
Ermmmm
Dah 2 kali dah hilang beli lain...
Parah!!!!!!

~ABEHHH DAAAAAAAAAAA~

Corat Coret,
Salina @ Ibu Aqil
Comment Back Myspace Comments
{Lepas Bace Rajin2lah Tinggalkan Komen Diruangan ~Bebelan Cute~}
 

My Lovely Friend's

My Blog List

My Stories

About Me

My Photo
The Best Mommy & Wife to Aqil Naim & Shahrin Anuar {Love both of them so much!!} Juga seorang penghidap Talasemia Major sejak lahir. Apa itu TALASEMIA?! Cuba google kalau nak tahu (",)

Advert

Copyright © EmIenAqil™ | Stories Of Aqil Naim | | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in