Advertisement

Main Ad

Disebabkan Incik Ben Ashaari...

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Salam Perak Aman Jaya..
Hihihi

Selamat berhujung minggu semua. Alhamdulillah semoga kita semua dapat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Tiada saat yang paling membahagiakan dan bermakna selain dapat menghabiskan masa bersama dengan mereka yang tersayang. Bagi kami warga rakyat di Negeri Perak sedikit bertuah. Disebabkan hari pekerja jatuh pada semalam iaitu hari Jumaat diteruskan dengan cuti Sabtu & Ahad yang kebetulannya pada hari Ahad adalah hari cuti kelepasan am hari wesak maka secara tidak langsung kita mendapat cuti gantiannya pada hari Isnin dan pada hari Rabu tanggal 6hbMei adalah hari bersejarah buat kami seluruh rakyat di Negeri Perak. Ia merupakan hari pertabalan DYMM Sultan Perak iaitu DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Daulat Tuanku! Semoga Negeri Perak terus aman jaya dibawah naungan DYMM Tuanku Sultan.

Ini maknanya ada cuti terselit pada hari Selasa?! Tak ada maknanya kome!!! Boss ibu awal-awal lagi dah buat pengumuman "cuti dibekukan". Aiseymennnnn!! Kecewanya rasa dihati ku ini. Huwawawawa! Tapi MC boleh kot kan?! Bahahahahaha! Ibu jangan buat hal. Mintak sangat nak sakit karang betul-betul sakit apo nak di kato. ;,) Ikutkan cuti lelama ni macam best je kan. Tengok wall fb kawan-kawan dan saudaramara semua kemain lagi kome post nak bercuti kesana ler kesini ler. Yang dah sampai ke oversea pun ada. Lahai!!! Seronoknya bercuti. Kami?! Tak kemana-mana pun. Hari ni Sabtu si bulu mata lentik ibu yang sorang tu ada kelas tuition smart reader dia. Tak kan nak ponteng kot. Dua minggu lepas dah tak pegi sebabkan dia demam. Ayah pulak terpaksa kerja direct waktu orang bercuti ni. Semua disebabkan urusan hal-hal pertabalan nanti. Ada tanggungjawab "kecil" sebagai pekerja & rakyat sejati Perak yang perlu ayah selesaikan. Cewah!!! Ayat tak boleh blah.. ;D

Kesimpulannya duduk jer lah rumah yer tak. Ada jugak plan nak ke Cameroon Highland nak bawak MIL ibu jalan-jalan cari pasal tapi ayah cakap "musim hujan sekarang" dah risau ler pulak. Ate cemana gayanya nak menyongket kata orang Perak nih. Aishhhhh! Mendap pulak rasanya. Eleh!!! Baru tak sampai bape hari terperuk dalam umah udah rasa mendap. Camno ni cita-cita kengkonon nak jadi suri rumahtangga 100%?! Aiyoooiioii!!! 

Layanzzzzzzz!!


Budak gedik kemain lagi sekarang bila ajak "berselfie".. ;)
Mengalahkan ibu je dia..


Hah!! Betul tak apa ibu cakap?!
Gedik kan?!
Terliuk lentok kemain..
Ibu tak ajor benda-benda macam ni..
Haishhhhhh!!
Kengkonon!!!! ;,)

Ehhhhhh!!! Sekejap kome.. Apa kena mengena tajuk entry dengan merepek meraban ibu kali ni?! Tetiba je nama Incik Ben Ashaari terpalit sama?! Ni bahana entry beliau bertajuk "Aku Bakal Menggila Semula" boleh terus je klik link tu untuk ke blog beliau yer. Dan ibu buat pertama kalinya cuba update blog gunakan "Aplikasi Blogger" ni. Owhhhhh!! Jakunnya ibu sebab baru tahu pasal benda alah ni. Hahahaha terima kasih lah kepada Encik Ben Ashaari. Memang mudah nak menaip dan upload gambar direct dari phone. Owhhhh!! Seronoknya!!! Senyum meleret ibu lepas ni. Tak payah susah-susah kehulu-hilir nak angkut laptop. Ngeheeeeee!!!


Itu lah kisah sebenarnya..
Jadi ibu akhiri bebelan ibu kali ni..
Dengan ucapan penuh harapan..
Rajin-rajinlah ibu meng"update" blog lepas ni yer.. ;D

~sEkIAN~
Nota Si Jari Runcing ~Tak payah nak setting lawa-lawa sangat susun atur baris ayat ibu ni lah. Nak bold ler. Nak highlight warnakan lah apa lah. Yang penting ibu menulis orang faham dan boleh baca. Walaupun sekarang yang datang baca pun berapa kerat lah sangat. Hahahahaiii!!~

Post a Comment

4 Comments

  1. pernah guna jugak aplikasi blogger ni & still ada kat tab. time kecemasan nak update boleh guna

    ReplyDelete
  2. sportingnya aqil selfie ngan ibu..hihi..kalah zara.sejak dh besar2 ni nk amik gmbar kena paksa tk mcm masa kecik2 suke pose manjang..ahahaha

    ReplyDelete
  3. akak tak suka jalan2 kalau musim cuti macam ni...jalan sesak....lebih rela duduk rumah...

    ReplyDelete
  4. Rindunya zaman ina aktif blog dlu. Slalu ade coretan n kisah sinmata lentik ni..
    Lya pom sama... ada msa.bru mnaip..bila ank bsr n msk skolah kna bg tmpuan lbh.. xnak la sbb asyik dgn minat kt smpai ank terabai

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.