Advertisement

Main Ad

Hello There

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..



Hari ni ibu Aqil nak menulis sikit di sini. Setelah sekian lama. Tiba-tiba hari ini datang pula rasa rindu dekat blog usang yang tak seberapa ni. Kalau cakap usang tu betul lah. Sebab dah lama sangat rasanya blog ni terbiar. Tapi kalau nak cakap blog ni tak seberapa itu rasanya macam tak patut pula. Iyalah blog ni asal ibu wujudkan untuk berkongsi kisah si bulu mata lentik ibu yang seorang tu. Si budak Aqil Naim. Owhhhh! Masih lagi beliau seorang tiada dua ataupun tiga dan seterusnya. Tetap dialah seorang cinta hati pengarang jantung ibu. Huhuhu!

Terlalu banyak kekangan yang membataskan ibu untuk menulis panjang lebar di blog ini. Apa lagi untuk update lebih kerap seperti dulu-dulu. Paling tidak pun sehari satu cerita. Ibu sendiri tak menjanjikan yang selepas entry ini akan ada cerita-cerita selanjutnya. Bergantung pada situasi keadaan dan tahap kerajinan ibu untuk mengarang ayat yang panjang lebar seperti ini. Wahhhhhhhhhh! Tahniah ibu Aqil hampir habis dua perenggan. Wink! Wink!

Alhamdulillah! Hampir setahun keadaan kami masih sama. Tiada apa yang berubah melainkan rutin harian dan peningkatan usia. Ibu Aqil dah "officially" 40an. Yeahaaaaaaaa! Rasanya makin cantik kot berbanding waktu umur 20an dulu. Ngeh! Ngeh! Ngeh! Yang paling penting tahap kesihatan ibu masih seperti dahulu. Rutin bulanan transfusi darah (Thalasemia) tetap sama sebulan sekali. Semua yang kenal ibu dahulu sedia maklum. Pantang mati sebelum ajal. Doakan agar ibu masih kuat dan bersemangat meneruskan perjuangan ini. In shaa Allah!

Aqil Naim?!!! Semakin tinggi dan wajahnya mulai ditumbuhi kumis halus, janggut sahaja yang tak ada lagi. Suara pun dah pecah 1000 semakin garau kasar. Bila bersembang dah macam bersembang dengan remaja lelaki yang umur nak masuk 20an. Kalau dulu manjanya bukan main. Menyelit sesaja. Tapi sekarang dia semakin bersifat pemalu. Tak ada lagi dah nak bergurau tak tentu arah dengan ibu. Skema! Bila dia bercakap yang keluar hanya perkara penting sahaja. Bukan lawak kosong. Cuma sesekali agak sarkastik juga ayatnya. Semakin matang dalam mengeluarkan pendapat. Terutamanya waktu ibu dan ayat ada krisis. Aqil Naim berjaya membuat ibu berfikir secara rasional dan dia juga berjaya melenturkan keegoan ayahnya. Alhamdulillah! Anak pengikat kasih sayang. 

Masih lagi menjadi kemanjaan atok dan opahnya. Balik saja dari sekolah rumah merekalah tempat persinggahan. Sampaikan cuti sekolah pun banyak dihabiskan masa di rumah mereka berbanding rumah sendiri. Anak bertuah!! Nasiblah rumah ibu ayah dengan atok opah dekat. Meningkat usia 14 tahun ini banyak perubahan Aqil Naim. Sudah mula ada kawan di sekolah jika berbanding dulu. Siapapun tak mahu jadi geng Aqil sebab Aqil lambat. Dia tak aktif seperti budak-budak lain. Selalu ketinggalan bila diajak bersosial. Introvert! Itulah Aqil Naim. Sekarang bila dia dah ada geng group whatsapp sendiri ibu pula risau. Risaulah takut ada awek yang bermsg dengan anak bujang ibu. Huhuhuhu! Ibu cemburu tau. Huhu!

Oklah rasanya setakat ini dulu bebelan ibu kali ini. In shaa Allah! Ada rezeki kita jumpa lagi ya. Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Jaga diri semua
Jaga kesihatan
Sehingga berjumpa lagi

Post a Comment

0 Comments