Advertisement

Main Ad

Koleksi Buku Penyiasat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry fresh dari oven!!
Sebelum keluar sarapan ibu curi masa update blog sikit.
Buku penyiasat.
Siri Tiga Penyiasat
Siri Lima Sekawan
Siapa pernah layan?!
Jom kita mengimbau kenangan lama. ;)


Ini antara koleksi yang ada pada ibu.
Banyak sebenarnya buku siri penyiasat ni.
Siri tiga penyiasat ada 18 buku.
Siri lima sekawan juga ada 18 buku.
Cerita dan misi yang berbeza.
Zaman kecil-kecil dulu tiap kali baca buku ni mula berangan nak jadi penyiasat.
Hihihihi!
Bila dah besar ni kerja pula bawah PDRM.
Tak payah lah nak siasat bagai.
Semak kepala otak dibuatnya.
Ngeheeeee!
Ibu mula nak mencari balik buku-buku macam ni.
Dulu ibu beli buku ni di kedai buku Novel Hut.
Antara kedai yang menjual buku-buku terpakai paling terkenal di Ipoh.
Tapi sekarang ibu tak tahu masih ada lagi tak kedainya.
Bila ibu google terus dapat info dari blog seorang kawan blogger kita.
Kasihku Amani
Boleh lah ibu ajak ayah terjah nanti. ;)

Baca buku-buku lama ni seronok. Buku zaman remaja dulu. Ada satu buku kegemaran ibu tajuknya Dan Mimpi Pun Berguguran. Ditulis oleh Liana Afiera Malik. Al-Fatihah (dibaca) buat beliau yang telah pergi menemui sang pencipta. Semoga rohnya tenang dialam abadi. ;,(

Post a Comment

22 Comments

  1. rasanya majoriti kanak2 zmn tu baca buku ni...err termasuklah i jugak hahahha..zmn2 dulu tak de socmed so tu jer hiburan/sumber bacaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha kan sis dulu2 buku macam ni lah yang menghiburkan hari2 kita.. ;) Musim cuti sekolah kita habiskan masa baca buku2 macam ni lah.. ;)

      Delete
  2. Ada juga baca, tapi tak beli. Pinjam dari library. Suka juga baca Siri Salina dan Sri Melur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua siri tu best2 kan Sal.. Ibu suka sangat buku2 macam ni.. ;)

      Delete
  3. saya juga rajin layan buku sejak dari kecil hingga sekarang...biasanya baca dalam perpustakaan...sekarang ada kemampuan ...boleh beli sendiri sebagai koleksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul tu MrHanafi sekarang kita dah boleh beli sendiri.. Waktu kecil dulu kena kumpul duit belanja sekolah tiap kali nak beli buku2 buat koleksi.. ;)

      Delete
  4. Saya masih simpan buku.
    Hehe inikan dunia saya. Layan buku ini. Selain daripada siri Nancy Drew dan Alfred Hitchcock.

    ReplyDelete
  5. boleh cari n kumpul buattambah koleksi ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah! Nak mulakan balik misi mencari buku2 lama.. ;)

      Delete
  6. Sy pun peminat enid blyton jugak dulu².... sri melur pun suka jugak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan memang minat buku2 genre ni kan Kak Mim.. Mengimbau kenangan lama.. ;)

      Delete
  7. zaman skrg semuanya diujung jari je kan makcik., hehe

    ReplyDelete
  8. Hah betul, bila baca buku penyiasat terus rasa nak jadi penyiasat haha ... Tak ingat buku apa, tapi dulu sll pinjam dari library sekolah buku2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sis memang automatik nak jadi penyiasat imiginasi waktu tu luas betul.. Hahahaha!

      Delete
  9. kalau ciknur zaman sek rwndah minat semua ni he hee gigih jga membeli

    ReplyDelete
  10. suka pinjam buku camni kat library sekolah rendah dulu..lagi satu buku2 nancy drew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nancy Drew pun best.. Setiap bab kita teruja nak tahu apa jadi.. Kan?!

      Delete
  11. masa sekolah dulu pernah juga beli tapi sekarang entah mana buku nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu pun jenuh nak korek balik mencari hari tu.. Tapi ada juga yang dah lesap entah kemana.. Sayang je rasanya.. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.