Advertisement

Main Ad

Rutin 3 Bulan Jumpa Pakar Hematologi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry panas dari oven!! 
Salam hari Jumaat yang penuh barakah.
Waktu menaip entry ni ibu masih lagi ada di hospital.
Baru lepas temujanji dengan doktor pakar Hematologi.
Alhamdulillah! 
Hari ni ibu tak kena marah dengan doktor teruk sangat.
Pernah kena marah sampai menangis lah dibuatnya.
Sedih oiiii dah tua-tua ni kena marah macam budak kecik.
Walaupun masa tu dalam bilik doktor tapi suara dia macam petir.
Sampai patient dan nurse yang duduk luar pun mengintai.
Sibuk jer deme pasang telinga. ;)
Jadi hari ni doktor tak marah cuma tegur-tegur manja jer.
Sebab ibu culas cucuk ubat.
Ikutkan untuk ubat pengkelatan zat besi yang berlebihan dalam badan ni ibu kena cucuk ubat.
Cucuk 5 hari seminggu dan biarkan mesin di badan selama 8-10jam.
Kiranya cucuk pukul 8 malam pukul 6 pagi ubatpun habis.
Setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat.
Tapi ibu skip cucuk jadi disebabkan itu kandungan zat besi dalam badan ibu masih terlalu tinggi dari paras normal <1000.
Result zat besi ibu tadi >3000.
Kategori bahaya sebab tu lah ibu dapat teguran manja dari doktor.
Huhuhuhuhu!
Apapun chaiyok ibu Aqil.
Ibu Aqil kan kuat.


Disinilah ibu pagi ni.
Awal ibu sampai pukul 8 pagi.
Itupun dah ada patient yang lagi awal dari ibu. ;)


Ini gula-gula cinta ibu.
Bekalan untuk tempoh sebulan. ;)


Alhamdulillah untuk nikmat hari ini.
Semuanya selesai marilah kita pulang ke pangkal jalan.
Tapi rasa macam tak nak balik rumah terus jer ni.
Jom kita keluar me time sekejap nak.
Tenangkan jiwa yang sedikit rapuh ni.
Huhuhuhu!
Temujanji susulan ibu 3/3/2023 cantik nombornya.
Elok lah tu 8/3/2023 temujanji Aqil pula.
Doakan kami berdua yer kawan-kawan. ;)

Bila rasa down pergilah cari penawar yang boleh menaikkan kembali semangat mu itu. Kerana hanya kamu yang boleh memulihkan semangat mu sendiri. Chaiyokk! Sorry yer kalau ada kesalahan ejaan taip entry guna hp ni ibu susah nak cek balik main taip saja ikut suka. Hihihi!

Post a Comment

12 Comments

  1. لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

    ReplyDelete
  2. sentiasa sihat ye ibu..kuatkan diri,istighfar,redha insyaAllah diakhiri dengan semua kebaikan

    ReplyDelete
  3. syafakillah ina semoga sentiasa sihat ye, byknya ubat2

    ReplyDelete
  4. moga yang baik-baik je buat akak, moga kita tabah menghadapi segala ujian kak. Dana pun ada masalah kesihatan yg kronik jugak, cuma keluarga terdekat dan kwn2 terdekat je tahu, orang nampak kita gembira tapi duka kita orang tak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah dana.. Allah swt pilih kita kerana kita istimewa.. Semoga Allah ampun kan dosa2 kita.. Aamiin Ya Rabb! ;)

      Delete
  5. Semoga Ibu Aqil terus diberi kesihatan yang baik. Erm..tulah saya pun tengha down ni. Kena keluar lah esok nampaknya cari ketenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! Terima kasih Sal.. Iyer Sal esok Sal me time keluar amik angin fresh.. Semoga Sal terus semangat yer.. ;)

      Delete
  6. Jgn skip ubat ye ibu.. dgr ckp doktor.. semoga dalam lindungan Allah selalu.. ramai pulak yg down dlm komen ni.. take care semua dana.. sal.. nnt jumpa di blog masing2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak.. Terima kasih mendoakan dan titip kata semangat.. In shaa Allah! Kita jangan down lama2.. Kita bangkit dengan semangat baru.. Yeayyyyyy!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.