Advertisement

Main Ad

Sakitnya Ulser Mulut

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry fresh dari oven!!

Sebelum tu ibu nak minta maaf pada kawan-kawan semua. Semalam ibu tak sempat nak ziarah blog kawan-kawan apalagi nak update blog ibu. Kekangan masa yang tak mengizinkan. Banyak pula hal yang ibu perlu uruskan semalam. Cuti semalam ibu banyak habiskan masa diluar kawasan. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Balik rumah pun dah petang. Bila malam je ibu dah flet. Letak saja kepala pengsan tak sedar apa. Ayah cakap kalau bom jatuh sebelah pun ibu dah tak sedar. Amboi! Ayah, kalau bom jatuh sebelah bukan ibu je yang tak sedar habis semua orang pun tak sedar-sedar dah. Hihihihi!

Sebenarnya ibu tak berapa sihat sangat tapi tak lah teruk sakitnya. Cuma mulut ibu ni yang sakit. Ibu jenis yang mudah terkena ulser mulut. Kadang-kadang sekali naik ulser tu sampai tiga biji sekali naik. Perghhhhh! Dia punya sakit tak boleh bawa bincang sampai badan pun rasa nak demam.

Orang cakap ulser ni jadi sebab dalam badan kita panas dan kita kurang minum air masak. Iye ke?!!! Dari pagi tadi berbotol-botol air masak ibu minum. Asyik nak ulang ke bilik air je hari ni. ;)

Info dari Pakcik Google :- Ulser mulut atau lebih dikenali sebagai mata ikan dalam kalangan masyarakat kita adalah sejenis kondisi di mana muncul tompok berwarna putih pada kawasan oral. Kebiasaannya, ia akan muncul di bibir, gusi, lidah, dalam pipi atau pada tekak dan akan mengakibatkan kepedihan apabila sesuatu menyentuhnya.

Boleh baca lebih lanjut lagi di HelloDoctor.Com info tentang ulser. Bila kena ulser mulut ni nak makan pun susah. Bila terkena saja makanan dekat tempat ulser tu mula sakit berdenyut-denyut. Hilang sekejap nikmat makan ibu. ;)
Gambar dari Pakcik


Masuk pejabat tengok fail dah mula melambak.
Kita settle kan lah pelan-pelan.


Dalam sakit ulser mulut pun nak juga makan sedap-sedap.
Ngeheeeeeee!

In shaa Allah! Nanti ibu ziarah blog korang semua pelan-pelan ye. Memang tak dapat nak curi masa ziarah lagi. Nak reply komen korang dalam entry ibu yang sebelum ni pun tak sempat. Nanti ye slow and steady ibu reply satu persatu. ;)

Post a Comment

16 Comments

  1. Replies
    1. Pedih sis.. Pedih amat.. Bila terkena makanan perit rasanya.. ;)

      Delete
  2. Lepas amalkan vitamin C, rasa dah kurang kena ulser mulut ni.

    ReplyDelete
  3. ibu amalkan vitamin C ye...take care ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah dear.. Ibu amalkan nanti.. Terima kasih ya.. ;)

      Delete
  4. syafakillah... banyakkan minum air kosong ya

    ReplyDelete
  5. Argh!! sakitnya.. Semoga diberikan kesembuhan ye ibu..

    ReplyDelete
  6. Addeh kalau kena ulser memang mood ke laut. dulu masa pakai braces kerap gak kena ulser ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit kan Sal ulser ni. Badan sekejap rasa nak demam memang tak selesa dibuatnya.

      Delete
  7. Replies
    1. Iye mama sangat sakit. Perit rasanya. Tak tahan pedihnya berdenyut2.

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.