Advertisement

Main Ad

~Ada sesuatu yg pelik pada Aqil malam semalam..~

Malam semalam ada sesuatu yg pelik pada Aqil. Apa yg peliknya 2??!! Semalam ibu balik lambat. Aqil & ayah jemput ibu memandangkan ayah cuti. Macam biasa, dari dalam kereta ibu dah nampak Akemelo ibu melompat2 macam dah lama sangat tak nampak batang idung ibu dia ni. Ibu hanya menghadiahkan senyum manis buat anak ibu yg sowang 2. Masuk2 dalam kete dicapainya tangan ibu untuk bersalam. Itupun ayah yg ajar & sekarang tabiat itu menjadi kebiasaan dia bila menyambut kami balik keje. Sejuk hati kami. Balik kerumah ibu siap2kan makan malam & semalam batuk ibu menjadi lebih kronik. Batuk.. Batuk... Dan terus batuk tanpa henti.. Gatal sungguh anak tekak ni. Memaksa ibu utnuk telan ubat batuk lagi. Biasalah kalo dah telan ubat batuk memang pengsan ler ibu jawabnya. Tak sampai sejam, mata ibu dah makin berat. Jam masih awal lagi. Belum pun pukul 10 malam. Ayah & aqil masing2 buat hal sendiri. Ayah dengan Mr. Lappy nya. Aqil pulak melayan cite Tucin Demuk nya. Ibu pulak dah landing atas katil. Sampai ibu tak sedar yg ibu dah terlena. Ibu hanya sedar sebab dengar Aqil menangis disisi sambil memanggil2 nama ibu..

"Buuuuuuu... Buuuuuuuu.. Angunnnn... Buuuuuuuuuu...."

Ibu paksa mata ini untuk dibuka. Berat!!! Seperti melekat2.. Ibu nampak Aqil menangis.. Merintih.. Mencebik.. Sambil tangan halusnya memegang2 pipi ibu.. Minta ibu bukakan mata.. Aduh!!!!!! Ayah cakap dari tadi dia berkeadaan begitu.. Menangis sambil memanggil2.. Ibu pulak terus kaku tak sedarkan diri.. Memang ibu tak sedar.. Langsung tak dengar apa.. Bukan bohong sayang.. Penangan ubat batuk yg ibu makan.. Kuat sungguh campuran dadahnya.. Ibu pujuk Aqil.. Ibu usap belakang badannya.. Sendunya semakin reda.. Matanya makin kuyu.. Sayu ibu memandang wajahnya.. Waktu itu ibu mula memikirkan sesuatu kejadian yg tak mampu untuk ibu elak & pasti akan terjadi satu hari nanti. Cuma masa & waktunya saja yg tidak tentu bila.. Andainya satu hari nanti mata ini tak mampu untuk ibu buka.. Andai tak mampu untuk ibu jaga kembali.. Ibu hanya mampu memandang dari kejauhan sana.. Macam manalah keadaan Aqil Naim saat itu.. Faham kah dia dengan maksud KEMATIAN.. Mengertikah dia dengan erti KEHILANGAN.. Aku mohon padamu ya Allah!!! Kau panjangkanlah umur ku.. Masih terlalu banyak tanggungjawab yg tergalas dibahu ku ini.. Aminnnn....

**Nota Si Jari Runcing**
Lepas Aqil lena.. Ibupun apa lagi..
Sambung ler mimpi balik..
Huhuhuhuhuhuhu

~ABEHHH DAAAAAAAAAAAA~


Post a Comment

10 Comments

  1. waaa... jgn la kak, touching kita baca entry akak ni.

    ReplyDelete
  2. sayunyer zai baca n3 ina nie memang semua orang akan mati tapi tak tahulah bila...agaknyer anak2 zai macam mana nanti yerk...

    ReplyDelete
  3. aduhai..sedihnyer aqil wat macam tu..sebak aunty..

    ReplyDelete
  4. mohon semoga anak2 kita dikurniakan ketabahan hati bila menghadapi saat itu, sebab kita x tau biler masanya tiba, entahkan esok entahkan lusa

    ReplyDelete
  5. tu la kan...
    hidup ni tak selamanya sebab mati itu pasti...
    cuma tak tahu bila je...

    ReplyDelete
  6. @ch@ Akak yg menulisnya pun touching dik non.. ;o)

    ReplyDelete
  7. @Zaidah Btul 2 kak.. Anak2 kan rapat dgn kita.. Kalo nak tido bkn cari ayahnya cari kita jgk.. Ermmmm sedih kak bila dikenang.. Cuba tak fikir sgt tp mana boleh ditolak mentah2 dari fikiran ni.. Kadang ia dtg jgk..

    ReplyDelete
  8. @BIONIC WOMEN Betul tu.. Sebab mereka terlalu kecil nak memahami semua 2..

    ReplyDelete
  9. @anisalya Betul 2.. Kita tak tahu bila.. Dimana.. Bagaimana..

    ReplyDelete
  10. @ummi zahra memang ummi.. ibupun sebak sayu tgk muka dia waktu 2..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.