Betapa bertuahnya kita. Aqil tau tak kenapa ibu cakap kita bertuah?? Sebab ayah sayangkan kita. Ayah mendahulukan kita dalam apa juga yg dilakukannya. Aqil tau tak?? Bagi ibu, ayah adalah penyelamat. Kerana dia membawa ibu keluar dari lurah derita & sengsara. Dia yg mengajar ibu erti sebenar rindu, cinta, kasih, sayang & dia jugak yg berjaya mematangkan ibu. Aqil tau tak?? Ayah sanggup menerima ibu seadaanya. Walaupun ayah tahu begitu banyak kekurangan ibu. Ayah sentiasa redha dengan ketentuan hidupnya. Ayah tak suka bila ibu mengungkit kekurangan ibu. Ayah marah bila ibu selalu bertanyakan soalan "TAK MENYESAL KE KAWIN DENGAN IBU??!!" Aqil tau tak?? Di awal perkahwinan kami tak pernah merancang ingin memiliki zuriat. Tidak pernah sekali ke arah itu. Maafkan kami sayang. Bukan tidak mahukan dirimu. Tapi sebelum mengikat tali pertunangan semua tempat yg asalnya ada Pakar Perubatan kami terjah. Waktu itu atok opah ampang Aqil sentiasa memberi sokongan. Rata2 pakar menyatakan bahawa satu perkara mustahil untuk ibu memiliki zuriat sendiri. Disebabkan keadaan kesihatan ibu. Kondisi diri ibu. Jantung ibu. Segala2nya. Aqil sayang, ternyata sangkaan mereka meleset sama sekali kan???? Kini kau membesar menjadi anak yg pintar. Anak yg cerdik. Anak yg sihat. Anak yg membawa sinar kebahagian kepada kami ibu bapa mu.
Anak ibu Aqil Naim, pada 2.2.2007 ibu & ayah selamat dinikahkan oleh datukmu. Saat itu ibulah insan yg paling bahagia. Surau Al-Huda Seri Ampang menjadi saksi. Saksi saat buku baru yg ibu & ayah buka. Saat itu hanya kami berdua. Tidak terdetik akan ada dirimu.
Setelah hampir sebulan bersama sebagai suami isteri, membawa ke bulan kedua, ibu mula merasakan sesuatu. Zuriat!!! Anak kecil.. Yg akan mewarisi sifat & wajah ibu bapanya. Ibu mula terasa ada satu naluri yg jauh tersembunyi di dasar hati ibu. Ibu tahu, ayah juga berperasaan begitu. Setiap kali melihat ayah bermain dengan anak2 buahnya (sepupu mu) ibu jadi sayu. Alangkah bahagianya hati ibu andai yg ditimang ayah itu adalah ZURIAT KAMI sendiri.. Ibu nekad!!!!!!!!!! Harus melakukan sesuatu sebelum SAMPAI MASA IBU DIDUNIA INI...
Pada 30.5.2007 ibu sudah lewat datang bulan 2 minggu. Namun masih tidak menaruh harapan kerana putarannya sentiasa tidak teratur. Selalu lewat. Ibu tak nak kecewa lagi. Namun malam itu tepat jam 12 malam. Ibu nekad. Untuk menguji nya. Keputusannya membuat dunia ibu hampir kelam. Bukan kerana tidak menerima ketentuan-NYA cuma kerana ibu rasa terlalu bahagia. Ibu terlalu menginginkan dirimu saat itu. Waktu keluar dari bilik air ibu nampak kelibat opah. Ibu sayu. Kerana ibu tahu, dialah manusia yg akan dapat tamparan paling hebat apabila mengetahui kewujudan mu. Insan yg pertama ibu kongsi berita ini adalah AYAH. Waktu itu ayah termenung. Ibu nampak sisa air mata dihujung kelopak matanya. Ayah menangis. Yg keluar dari bibir ayah hanyalah "ABANG BUKAN NAK ANAK JE TAPI ABANG NAK BIE SEKALI..." Aduhai ayah............ Hati ibu disentap..
Keesokkan nya ibu beritahu berita ini kepada opah.. Ternyata jangkaan ibu tepat. Opah tidak sanggup menerima kabar berita itu. Opah tidak sanggup melihat ibu sengsara andai diberi ujian yg hebat sepanjang mengandungkan mu sayang. Opah menangis meminta ibu memikirkan masak2 keputusan ibu. Opah merayu meminta ibu memikir segala risiko yg bakal berlaku. Opah merintih kerana dia terlalu menyayangi ibu. "DARI KAMU LAHIR SAMPAI SEKARANG MAK TAK NAK TGK KAMU SAKIT.. TAPI KAMU SANGGUP MENEMPAH SAKIT.." Ibu sayu.. Melihat air mata opah. Ibu sedar dari awal kelahiran ibu, opah sudah cukup merana. Naluri keibuan opah sudah cukup diuji. Ibu sedih melihat opah menangis kerana ibu. Tapi ibu tetap nekad.
Alhamdulillah sepanjang mengandungkan mu, segalanya dipermudahkan. Malah ibu lebih sihat & cergas berbanding ibu2 yg lain. Cakap saja mana yg ada jualan murah, mesti awal2 ibu dah terconggok disana. Dengan bangga ibu membawa perut yg semakin membesar. Dengan penuh gaya ibu memperagakan berbagai2 fesyen ibu2 mengandung. Kerana ibu tidak pernah terfikir akan merasai nikmat sebenar menjadi seorang wanita. Syukur!!!!!!!!! Semuanya kerana AYAH.. Tanpa ayah, ibu tak mungkin merasainya ;op.. Tanpa ayah ibu tak mungkin menjadi seorang IBU kpd Aqil Naim. Tanpa ayah, mana mungkin Aqil akan secomel sekarang. Bulu mata panjang & lentik jadi idaman ibu sejak Aqil dalam kandungan lagi. Setiap malam apabila ayah lena, ibu akan pandang lama2 mata ayah. Nah!!!!! Sekarang bulu mata itu diwarisi Aqil. Hehehehehe Ramai yg memuji. Syukur!!!!! Anak ibu dilahirkan sempurna, sihat & sangat2 syomel.. Di awal kelahiran Aqil berkulit putih kemerahan. Tapi sekarang dah nak gelap sikit. Heheheheh Itulah Aqil Naim.. Itulah Ayah Aqil.. Mereka amat bermakna dalam hidup ibu.. Sangat2 bermakna.. 14.2.2008, saat itulah bermulanya KEMBARA kita.. Syukur Ya Allah!!!!!
Disaat Aqil kuat menendang2 dalam rahim ibu..
Uikkkssss!! Ingat Wolkap ker..
Inilah dia rahmat dariNYA..
Bertuahnya ibu merasa saat & detik sebegini..
Dah macam mak nenek..
Huhuhuhuhu
Silalah gelak.. Jangan malu2..
Seronoknya ayah..
Kerana akhirnya dapat kami melihat zuriat kami sendiri..
Senyuman mu penawar di hati ku..
Kedua buah hati ibu..
Kaulah permata hati kami..
Sinaran kehidupan kami..
Saham kami di dunia & akhirat..
Ishhhhh!! Geget jugak budak ni nanti..
Grrrrrrrrrr
**Nota Si Jari Runcin**
Ibu bahagia..
Ibu gembira..
Ibu cukup bersyukur..
Walaupun diawalnya puas sudah air mata menemani ibu..
Namun segalanya adalah berbaloi baloi...
Huhuhuhuhu
~ABEHHH DAAAAAAAAAAA~
Corat Coret,
| Salina @ Ibu Aqil
|
3 Comments
...terharu pun ada baca nukilan ina ni.....dalam lubuk hati akak...Ina mmg seorg yg tabah dan kuat semangat...
ReplyDeleteK.ida: mekasih kak ida.. ina kena kuat.. demi mereka kan?? ;o)
ReplyDeleteYES...
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.