Advertisement

Main Ad

~Akemelo ibu demam.. Semalaman ibu tak tido.. Nak berbelog pun malas..~


Kemana ibu menghilang??!!
Seharian tiada berbelog..
Maaf!! Ada tanggungjawab yg lebih penting untuk ibu tunaikan..
Aqil Naim DEMAM..

Semalam Akemelo ibu demam. Sejak petang rabu lepas. Balik2 saja keje ibu tengok Aqil dah terlentok kelesuan. Ibu tanyakan pada ayah kenapa anak ibu macam 2. Selalu riuh rendah dengan suara dia bila nampak kelibat ibu. Ayah cakap "Aqil demam.." Alahai anak ibu. Ibu tanya sudah ke di bagi ubat demam. Ayah jawab "Belum.. Ubat tak jumpa pun.. Takut salah bagi nanti.." Mata ibu yg agak2 sepet macam mata burung mula membulat memandang tepat kepada ayah. Nak dimarah karang jatuh derhaka. Tak dimarah karang dia tak pandai2. Ermmmm Macam mana nak buat yer. Ayah memang tak pernah bagi Aqil makan ubat. Yerlah kalo dulu waktu Aqil selalu demam, ayah jauh nun di Rawang. Harapkan ibu saja yg mengadap Aqil setiap kali Aqil jatuh sakit. Tak pernah nak menyalahkan ayah, ibu tau dia disana juga sering risau bila perkabaran itu ibu sampaikan. Selalu pesan "Bagi anak makan ubat.. Jaga anak elok2.." Alhamdulillah, hasil bantuan atok opah ampang Aqil dapat ibu besarkan Aqil tanpa ayah disisi.

Kalau dalam entry lepas ada ibu ceritakan keterujaan ibu nak ke Bazar Ramadhan. Disebabkan kesihatan Aqil tak mengizinkan & keadaan cuaca yg hujan rintik2, niat itu terpaksa dibatalkan. Hanya ayah saja yg turun seowang, ibu & Aqil hanya tunggu dalam kereta. Sehingga ke hari ini, 3 Ramadhan ibu tak jejakkan kaki lagi ke Bazar Ramadhan. Petang ni ibu balik dijemput atok & opah. Rasa2nya dapat tak ibu singgah Bazar Ramadhan??! Hehehehe Ada hati jugak 2 nak singgah. Nak cuci mata jer. Erkkk Yerke??!!! Hihihi

Sepanjang malam tu ibu tak lena tido. Aqil mula muntah2. Badan mula panas dari pinggang ke kepala. Macam mana ibu nak tido lena. Sekejap2 ibu basahkan tuala letakkan di kepala Aqil, Aqil marah. Tak suka bila ada kain menutup kepala. Cukup marah Akemelo bila ibu basahkan kepalanya. Meraung2.. Agak2 panas badan Aqil, ibu lap kan supaya surut kembali. Menyusu langsung tak mahu. Minum sikit muntahnya banyak. Bangun2 bersahur ibu dah mula pening semacam. Ibu bangun seawal 3.30 pagi untuk menyiapkan lauk sahur ayah. Disebabkan ayah pegi keje 4.30, terpaksalah ibu bangun awal. Bukan susah pun lauk ayah. Sambal belacan, sayur bendi tumis kicap & ikan goreng. Itu jer lauknya. Ayah makan sepinggan penuh nasi. Waktu itu ibu rasa badan Aqil masih panas lagi. Ni tak bleh jadi ni. Ibu terpaksa amik Cuti Kecemasan lah jawabnya. Memandangkan mama Aqil baru balik rumah. Kak Ain baru keluar wad. Tak sampai hati pula ibu nak tinggalkan Aqil yg tak berapa sihat dengan mama. Biarlah mama berehat sehari. 

Seharian Aqil dengan ibu, Aqil tak banyak ragam. Tak memerap. Cuma bila badan mula panas, Aqil merengek tanda tak selesa. Ikutkan semalam Aqil ada temujanji dengan pakar Pediatrik. Berkaitan masalah semput Aqil. Atok yg tolong hantarkan ibu & Aqil ke hospital. Temujanji Aqil berjalan seperti biasa. Tarikh susulan diberi dalam masa 2 bulan dari semalam. 21hb10 Aqil harus ke Peadiatrik lagi. Kata mereka, elak kan Aqil dengan habuk kapet & bulu kucing.. BULU KUCING??!!! Alamak!! Umah mama ada kucing.. Dan kata doktor lagi Aqil alahan pada kekacang. Apa saja jenis kacang yg boleh menyebabkan dia batuk. Bila dah mula batuk, semputlah jawabnya. 

Hari ni.. Ibu keje macam biasa. Ikutkan opah suruh ibu amik 2 hari kecemasan saja sebab dah hari Jumaat. Tapi ada kerja yg perlu ibu selesaikan. Kepala masih berbaki sakit nya lagi. Masih nyut nyut.. Entry pun dah jadi lintang pukang. Hope masih ada yg faham cerita yg cuba ibu sampaikan. Dibuat secara berperenggan supaya tak ada yg naik juling biji mata membacanya. Kalo masih juling jugak ayoooo tak dapat nak nolong nyer.. Hati masih di rumah mengenangkan Aqil sebab call mama dia tadi tak berjawab. Nak tanya apa kabar anak ibu 2. Emosi saat ini sangat2 terganggu dengan GATAL HIDUNG yg makin menjadi2.. Ibu ni ada resedung, jadi memang gatal ya amat idung ni. Dari tadi asyik bersin tak sudah2. Mata pun dah naik sepet. Tunggu masa 12.15 je lunch hour.. IBU NAK TIDO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jom layan picca Aqil Naim DEMAM dulu2..
Picca di tangkap oleh mama..
Masa ni dia kecik lagi..
Cian nyer..
Disebabkan DEMAM juga Aqil pernah ditahan wad..
Sehari jer lah..
Memerap je dia..
Waktu ni dia tengah banyak ragam lagi..
Nasib tak melalak nak buai masa ni..
Sebab waktu ni Aqil masih tido berbuai..
Nampak tak tag gelang kecik dekat tangan dia 2..
Comel jer..
Nasib baik juga Aqil tak dipaksa masuk air..
Kalau tak, becucuklah tangan dia sana sini..
Sempat ayah berposing sebelum balik..
Tengok 2 barang macam nak duduk berminggu..
Padahal kena tahan sehari semalam jerk..
Huhuhuhu
Siap bawak bantal ikan lagi 2..

**Nota Si Jari Runcing**
Kepala ngap ngap ngap..
Mata semakin kuyu..
Kenapa lah jam 2 lambat je nak 12.15..

~ABEHHH DAAAAAAA~

Post a Comment

4 Comments

  1. siannya ibu...semoga cepat sembuh ya :)

    ReplyDelete
  2. opsss... x tatau nak komen apa nyeh... hope smuanyer berjalan seperti sediakala... dan semoga Aqil cepat sembuh... meh cni ibu jaga Aqil...

    ReplyDelete
  3. semoga aqil cepat sembuh ye..rajin2 makan ubat okeh..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.