Advertisement

Main Ad

~Aqil batuk.. Cukup risau ibu bila Aqil mula batuk..

Assalamualaikum..
Salam ukhwah di pagi Jumaat yg mulia ini..

Pagi ni hati ibu sedikit kegusaran. Risau bimbang segalanya bercampur menjadi 1 rasa yg sama. Mendap jauh didasar hati. Dari malam tadi ibu tak tido nyenyak. Bukan bahana batuk ibu seperti minggu2 lepas. Tapi kerana batuk Aqil Naim. Bila si kecik ibu mula batuk ibu mula gundah gulana. Aqil batuk tanpa henti. Nafas pun mula berbunyi. Semalam saja 2 kali Aqil sedut pam inhaler & pagi tadi seawal 7.30 pagi Aqil sedut untuk memudahkan pernafasannya lagi. Dia semput. Dah lah malam tadi tak tido. Asyik melayan katun. Sekarang Aqil dah bertukar minat. Tak minat lagi dengan cite Tucin Demuk a.k.a Garfield The Movie. Aqil dah beralih arah ke cite Madagascar. Huh!! Cerita animal jugak yg dia suka. Nak jadi doktor haiwan ke sayang??!! Disebabkan Aqil tak tido malam tadi. Lena ayah & ibu pun terganggu. Sekejap2 terjaga. Tambahan disusuli bunyi batuk Aqil yg kerap membuat ibu susah nak tido. Risau jadi sesuatu yg tak diingini. Budak asma ni kalau dah batuk nafas jadi berbunyi. Kalau di ikutkan hati, mahu saja ibu amik cuti kecemasan hari ni. Susah hati nak menghantar Aqil ke rumah mama kalau dalam keadaan macam ni. Memandangkan mama pun sedang alahan. Tapi tuntutan kerja tak mengizinkan ibu bercuti bukan ker kelmarin ibu bari diberi kelepasan untuk ke hospital. Kalo mengikut jadual rawatan asma Aqil minggu depan 15hb ni ibu harus ambil cuti untuk bawa Aqil rujuk Pakar Paediatrik berkaitan dengan semput dia. Alahai Aqil!!!!! Hati ibu benar2 tak tenang sayang.

**Nota Si Jari Runcing**
Cukup tak suka bila anak tak sihat..
Sanggup diri ini sebagai ganti tempatnya saat ini..

"Ibu tak nak Aqil sakit.. Biar ibu sowang je yg sakit.. Ibu nak Aqil sentiasa sihat.."

~ABEHHH DAAAAAAA~

Post a Comment

6 Comments

  1. hehe...saye gak klik2 kt bebelan yg glitter2 tu..
    btw..semoga aqil cpt sembuh..u too sis..dr batuk2 yg bisa mngganggu tido kite..huk huk...

    ReplyDelete
  2. ya, sama la kita. tak suka kalau anak demam, susahnya tgk dia sakit. get well soon big bro, aQiL.

    ReplyDelete
  3. @sI tEDI Tima kasih cIk tEdI.. Uhuk!! Uhuk!! Uhuk!!

    ReplyDelete
  4. @sarah-najwan Amin!!! Kesian si Aqil ler kita batuk pun tak tahan dibuatnya..

    ReplyDelete
  5. @ch@ Doakan semoga dia cepat sembuh ye ch@.. ;o) Memang susah hatipun..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.