Assalamualaikum..
Entry pembukaan untuk hari Khamis malam Jumaat..
Uikssssss!!! ;op
Semalam hari emo ibu. Kelmarin pun sama. Pembawaan kot. Bukan bawak budak erk. Huhuhu Tak ada kene mengena. Masalahnya bukan ibu saja yg emo. Aqil pun sama. Sejak dua tiga menjak ni. Aqil terlalu sensitif. Mudah sangat merajuk hati. Uiksssss!! Anak lelaki jangan macam 2. Kena tunjukkan ketahanan emosi yg kuat, macam ayah. Jangan jadi tangkap leleh macam ibu. Sekarang setiap pagi waktu nak dihantar ke rumah mama, Aqil mesti menanes. Nak ikut ibu ke pejabat. Mana boleh sayang. Pejabat tempat ibu cari rezeki. Bukan pusat jagaan kanak2. Nanti tak jadi keje ibu dibuatnya. Kenapalah sejak akhir2 ni Aqil menunjuk laku. Sebab Aqil dah tahu akan hadir BABY BARU dalam kehidupan Aqil lepas ni yer?!! Sowi semua, bukan ibu yg mengandung tapi MAMA AQIL yg mengandung. Weeeeeeeeeeee!!! Congrat's mama.. Semoga selamat & dipermudahkan semuanya. Anak yg dinanti2kan mama. ;o) Adakah disebabkan itu Aqil mula rasa cemburu. Rasa kasih sayang mama padanya akan berkurangan. Jangan macam 2 sayang. Dalam kehidupan kita, semua yg ada sekarang ni bukan hakmilik kita semata. Belajar untuk berkongsi. Belajar untuk berdikari. Aqil dah semakin dewasa. Sudah sampai masanya Aqil lakukan sendiri sesuatu perkara. Kami hanya akan bantu supaya Aqil tak tersasar arah tujuannya. Pagi tadi Aqil menangis lagi. Disebabkan bangun2 dari tidur ibu tiada disisi. Ibu mandi waktu itu. Dari dalam bilik air sayup2 suara teriak Aqil memanggil ibu. Dengar ketukan di pintu bilik air. Aduhai anak!!!! Sampai ke bilik air Aqil mencari. Nak mandi pun tergencat ibu dibuatnya. Pagi2 Aqil dah buat banjir satu rumah. Masalahnya atok bukan boleh dengar Aqil menanes. Ibu yg dibebelnya. "Kamu ni kak long biarkan anak 2 menangis nanti selsema.." Adoi!!!!! Mula naik angin 1 kepala ibu dibuatnya. Itu nak buat, ini nak siap. Tak menang tangan. Pagi2 dah dengar bebelan. Pantang sungguh rasanya. Berdesing telinga dibuatnya. Runsing!!!!!! Yg boleh ibu buat hanyalah pekakkan telinga, tutup saja sebelah mata. Diam!!!!! Lepas sogokkan Aqil dengan Vitamin C Appeton, Aqil diam. "Ermmmmmm dap bu... Celat..." Hehehehe Senyuman Aqil buat hati ibu cair. Kan cantek pagi2 senyum macam ni. Terkedek2 Aqil lari kedepan minta dipasangkan tv rancangan katun kesukaan dia sambil duduk di kerusi kesayangan dia. Comelnye ibu tengok. Tak sangka anak ibu secomel ini. Bulu mata lentik. Gigi jarang2 tapi tersusun rapi. Huhuhuhuhu Bila ibu pandang lama2, ibu tertanya2 Aqil ikut muka ibu atau ayah??! Ada yg cakap muka ibu ada juga yg cakap lebih kepada wajah ayah. Maknanya, ibu ni comel jugak lah erkkkk.. ;op Nak jugak....... Apapun yg pasti.. Aqil anak manja ibu & ayah. Penyeri kehidupan kami. Bertuahnya kami dikurniakan anak sihat, sempurna, cerdik & comel seperti mu. Cepat sungguh kau membesar sayang.. Rasanya baru semalam ibu dalam bilik bedah. Baru semalam ibu sedar dari ubat bius. Baru semalam ibu dengar tangisan pertama mu. Baru semalam ibu bergelar seorang IBU.. Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! Apasal entry asyik emo emo emo ni.. Owang lain pun ada jugak anak. Tapi idak ler macam ibu. Suka sangat melayan hati perasaan. Erkkkkk Nak buat macam mana. Kadangkala hati ibu mudah terusik & sering tersentuh. Jiwa halus ler katakan. Bukan makhluk halus tau... ;o)
Picca si dia buah hati ibu..
Huh!!! Bulatnya mata...
Wewetttt!!! Lentiknya bulu mata...
**Nota Si Jari Runcing**
Tiba2 rasa rindu yg mendalam dekat Akemelo ibu 2..
Apa dibuatnya sekarang???!!!
Dia cari2 ibu dia ni tak???!!!
~ABEHHH DAAAAAAA~
2 Comments
jenuh cari butang komen akak ni, haha. lawo rumah. nak raya eh? dah siap2. kak... buat perengganla kak, juling kita nak baca, nasib tulisan beso. haha.
ReplyDelete@ch@ Hahahaha Juling pun lawo lg cik cha kita ni.. Sesekali test biji mata 2 bg segar skit.. ;op
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.