Advertisement

Main Ad

~Entry berkaitan raya.. Mood raya masih diawangan..~

Hari ni ibu lewat ke pejabat. Pagi2 ibu keluar rumah macam biasa. Hantar Aqil ke rumah mama. Cuma pagi ni ibu terus ke hospital. Esok dah sampai masa RUTIN BULANAN ibu. Hari ni sample darah ibu diambil seperti biasa. Keputusan hb ibu sungguh diluar jangkaan. Hb ibu masih tinggi 9.5. Berbanding 3 minggu lepas hb yg agak rendah dari biasa. Alhamdulillah!!!! Walaupun 9.5, ibu masih memerlukan bekalan baru. Untuk sambut hari raya yg akan datang. Tenaga diperlukan sepanjang raya. Yelah, nak meronda sana sini. Sibuk didapur lagi. Mestilah minyak nak kene isi penuh, barulah kenderaan memecut laju. Huhuhuhuhu

Tahun ni ibu rasa hari raya ibu tak semeriah tahun2 sebelumnya. Bukan apa. Kerana sampai ke hari entry ini ditulis, ibu masih belum rasa kemeriahan ataupun keterujaan untuk berhari raya. Baju raya Aqil pun belum di beli lagi. Rasanya minggu depan je lah ibu mula belikan baju raya untuk dak tecik ibu 2. Mana boleh dia tak ada baju raya. Biar ibu & ayah tak berbaju baru, asalkan Aqil serba baru. Kuih raya pun tak banyak yg ibu order tahun ni. Rasanya hanya sejenis dua saja. Cuma yg ibu tak sabar ialah nak balik beraya di kampung sebelah atok ampang Aqil. Rasanya dah hampir 2 tahun kami tak balik ke sana. Rindu rasanya. 

Hari ni ibu tak ada mood nak bercerita. Sebab apa erk??!!!! Bukan sebab Monday Sickness.. Tapi sebab perut ibu dah kepedihan.. Bendera JEPUN masih megah berkibar. Tapi line tak berapa nak clear dekat pejabat ni untuk ibu menjalankan operasi khas ibu.. Huhuhuhuhuhu Simpan balik umah je lah karang.

Jom layan picca Akemelo ibu pagi tadi...

Cenyum jer dia..
Amik ati ibu yer..

Pagi2 dah suruh tangkap gambar dia..
Nak picit sendiri pulak 2..

Tiap2 pagi Aqil bersin gatal hidung..
Dia ada resedung kot..

**Nota Si Jari Runcing**
Kalo nak tau cuti raya ibu tahun ni pun amik sehari je..
Huhuhuhuhu

~ABEHHH DAAAAAAAA~

Post a Comment

1 Comments

  1. ibu..bulu mata aqil cantikkkk sangat..lebat dan panjang, kalau aqil ader adik pompuan nanti mesti cantik matanya macam aqil

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.