Advertisement

Main Ad

~Syurga di bawah telapak kaki ibu.. Bertalu2 dia menciumnya..~


1.50pm.. Dirumah..

Sedang ibu landing2 atas katil tadi Aqil datang. Bergolek2 di sisi ibu. Si ayah sedang leka mengadap Mr. Lappy nya. Niat hati nak tido sekejap. Mandangkan masa ada lagi sejam untuk ibu ke pejabat balik. Tiba2 Aqil turun dari katil terus ke hujung katil berhampiran kaki ibu. Ibu biarkan saja. Mungkin ada sesuatu yg nak dibuatnya. Ibu cuba pejamkan mata.. Sedang nak lena ibu rasa ada sedikit rasa geli di telapak kaki ibu.. Ibu buka mata. Uiksssss!!! Bila mata dibuka ibu nampak Aqil sedang tertunduk2 disitu.. Mencium kaki ibu bertalu2.. Pantas ibu menarik kaki ini.. Bukan kerana apa.. Memang benar syurgamu di telapak kaki ini sayang.. Cuma hati ibu sedikit tersentuh melihatnya.. Tidak sanggup membiarkannya.. Walaupun ibu tahu Aqil masih tidak mengerti apa2 saat ini.. Hanya lakukan apa yg terlintas di benak fikirannya tanpa memahaminya.. Cuma ingin ibu nukilkan disini buat tatapan anak ibu si Aqil Naim bila Aqil dewasa nanti.. Ia telah kau kucup bertalu2 saat kau masih kecil.. Pernah kau kucup.. Sesungguhnya dari hari pertama kelahiran mu, telah ibu berikan keredhaan ibu kepada mu.. Semoga syurga itulah tempat mu nanti.. Doa ibu sentiasa mengiringi mu..

**Nota Si Jari Runcing**
Syurga di bawah telapak kaki ibu..
Betapa tingginya darjat seorang ibu kepada anaknya..
Bagi anak perempuan..
Setelah berumahtangga..
Syurganya pada SUAMI..

~ABEHHH DAAAAAA~

Post a Comment

0 Comments