Advertisement

Main Ad

~Entry khas buat Aqil Naim.. Mood ibu kelaut..~

Assalamualaikum!!
Salam Sejahtera!!

Dia adalah segala2nya dalam kehidupan ibu.. Melihat dia membesar ibu semakin kuat.. Hari demi hari, dunia ibu semakin terisi.. Ada saja tingkah laku & gelagatnya yg mencuit hati ini.. Kadang2 hati tersentuh saat dia menyondol2 ingin minta dimanja.. Ada juga masanya tahap kesabaran ibu diganggu gugat dengan kelakuan luar kawalannya.. Bila jauh dimata, ibu jadi rindu.. Bila didepan mata, rasa geram menusuk kalbu.. Setiapkali dia menunjuk laku, sedaya mungkin ibu cuba mengawal agar tiada kekasaran tanpa sedar yg akan ibu lakukan.. Anak lelaki!!!! Lasaknya lain.. Tapi kata owang, sama je anak2 zaman sekarang.. Tak kira lelaki atau perempuan sama lasaknya.. Ada juga masanya ibu suruh dia mendiamkan diri.. Seminit cuma.. Namun sekadar masuk telinga kanan keluar menderu2 di telinga kiri.. Dia langsung tak ambil peduli.. Masih terus menguji kesabaran hati ini.. Sabar!!!! Sabar!!!! Dia sedang membesar..

Bila malam, dia datang mencari.. Menyelit disudut2 yg ada ditepi.. Menggesel2 mencari haba panasnya badan ini.. Dengan renungan mata yg sayu.. Sambil berkali2 memanggil IBU!!! IBU!!!! Selagi tidak disahut, dia terus memanggil.. Walaupun tiada apa yg mahu dibicarakannya.. Cuma perhatian & tindak balas saja yg dapat memuaskan hatinya.. Dia tersenyum!!! Senyuman yg sangat menusuk hati.. Anak ibu dah besar.. Anak ibu dah dewasa.. Anak ibu semakin bijak.. Sedar tak sedar lagi 4 bulan genaplah 3 tahun dia melengkapi kehidupan kami suami isteri.. 3 tahun dia menghiburkan hari2 kami.. 3 tahun dia meyakinkan bahawa diri ini perlu berusaha lebih keras lagi demi melihat dia membesar dewasa.. 

Aqil Naim!!!! Dalam hati ibu meronta setiap saat.. Bila mengenangkan nasib yg bakal ibu tempuh.. Setiap hari berdepan dengan berbagai kemungkinan yg tiba2.. Setiap saat berperang dengan kesakitan dalaman yg tak nampak dimata kasar.. Mereka melihat ibu HANYA DILUARAN.. Namun jauh di dasar hati, tiada sapa yg sedar bahawa diri ini sedang merintih.. Sedang berjuang menentang emosi.. Sedang melawan kudrat takdir Illahi.. 

Anak ibu Aqil Naim.. Ibu hanya ingin Aqil tahu.. Senyuman Aqil adalah ubat buat ibu.. Ketawa mu adalah penawar ibu.. Ibu bersyukur kerana dikurniakan anak yg sihat & kuat seperti mu.. Anak yg tabah seperti mu.. Kerana kekuatan dalaman mu adalah peniup semangat ibu..

Mati itu pasti.. Ajal itu tentu.. Cuma waktu menjadi titik noktahnya.. Andai masa itu tiba anakku Aqil Naim.. Ingatlah bahawa kasih sayang ibu terlalu menggunung terhadap mu.. Terbentang seluas lautan biru.. Kerana dirimu adalah satu2nya anak ibu.. Biar mereka bertanya kepada ibu berkali2 CUKUPKAH HANYA KAU SEORANG?!!! Kerana ibu tahu, seorang itu adalah memadai daripada TIADA.. Sekurang2nya kekurangan ibu masih ada juga KELEBIHAN yg diberikan Allah swt.. Menjadi ibu kepada seorang anak yg sihat, bijak & secerdas diri mu.. Adalah 1 kelebihan & keistimewaan dalam hidup ini.. Semoga Allah swt melindungi dirimu.. Memberkati kehidupan mu.. Sentiasa mengiringi gerak geri, hati & naluri mu meniti landasan yg diredhai-NYA.. Amin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bila dia senyum!!!
Hati ini berbunga2..

Gelagat yg sentiasa buat ibu tersenyum bangga..

Hidup ini penuh bererti sejak kehadirannya..

**Nota Si Jari Runcing**
Mood KELAUT!!!!!!!!!

~ABEHHH DAAAAAAAA~

Post a Comment

7 Comments

  1. suka benar aQiL buat muncung sangkut teh ais bungkus tuuu... sedih baca entry akak ni, namo sedih² kak. nanti email kita adress akak, ada surprise!!! hehe :P (nsahida@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. muncung aqil yg seksi...hehe....dia lah yg dapat melenyapkn kesakitan....hanya dia kita tabah...hanya dia kita sanggup lakukan apa saja.....

    ReplyDelete
  3. Uhuhu.. Kak.. Mengalir air mata saya bc entry akak ni.. mcm sy dpt bc je bnda tersirat dlm hati akak tu. Moga2 ianya tidk benar. Sy doakan semoga akak sekeluarga sihat sentiasa n dlm lindungan Allah s.w.t. Amin.. Melentiknye bulu mata Aqil. (^.^)

    ReplyDelete
  4. ..... x mok ckp bnyok rini... ikut saper ler mcung itik seratinyer ituewww... seksis gitu... muahahhaha...

    ReplyDelete
  5. sedey baca luahan hati u.. kalau aqil dah pandai baca nanti, dah pandai godek intrenet, bila dia baca luahan kasih sayang ibu pada aqil mesti rasa terharu yg amat sgt... insyaallah selamat semuanya.. jangan la buat entry sedey2 lagi yer.. kami pun cam rasa nak bercucuran air mata gak ni...uhuhu

    ReplyDelete
  6. Cha @ Muncung 2 lah aset dia cha.. Ngeh3!! Tergoda ker?!! Huhuhuhu Uiksss ada suprise ke?!!! Tok sedih dah.. Happy dengor cha nak bg suprise.. ;o)))))))))) TQ dear nnt akak email erk...

    Mummyar @ Seksis sekalik!! ;o) Dialah segalanya.. ;o)

    Mawar Merah @ Lahai dik.. Sorry yer.. Akak bukan sengaja wak smua sedey.. Sbnrnya akak yg sedey.. Selagi tak luah rasa beku je hati ni.. TQ dik sudi berkongsi sedih ngn akak nie.. ;o)

    Arisyanaziq @ Dont say anything sis.. Just baca & fahami saja.. Sbb u aja yg faham ai di opis 2.. ;o) Yg lain BUAT2 faham jerk kot.. ;o) Mmg seksis sekalik muncung dia.. Cam muncung ibu dia gak 2.. Ngeh3!!!!

    Lelord @ Uikssss mama jangan nanes2... Nanti banjir Doha 2... ;p

    Helmiyani @ Hukhukhukhuk Kadangkala dalam hidup ada masa ketawa & menanes.. Mungkin masa ni masa utk ibu menanes.. Maaf sbb buat kalian pun menanes sama2.. HukHukHuk!!! Ok skarang dah leh ketawa mengilai dah.. Mood dah ok.. ;o)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.