Muhammad Aqil Naim..
Budak kecik yg sowang ni dah mula pandai nak marah2. Selama ni memang dia dah mula tunjuk perasaan marah cuma kali ni cara penyampaiannya berbeza. Uikssss!! Cmana tu ibu?!! Ha!!! Lebih kurang macam ni yer. Bila ditegur dia akan melenting. Menghumbankan badan atau menghantukkan kepala. Eleh!!! Ingat dah abeh kuat ler 2.. Uwek!! Dia suka menjatuhkan barang atau dalam erti kata lain campak2 barang. Dalam bahasa kasar MERAMPUS ler.. Dia memang sangat2 marah bila hak privacynya diganggu. Amboi!! Baru umur 2 tahun dah pandai tunjuk macam2 ragam ye. Aqil tak suka bila dirinya diusik. Samada dia tengah duduk diam2 ataupun tengah duk buat sesuatu ataupun apa2 saja keadaan yg buat dia dalam ketenangan & dalam dunianya sendiri. Bila ada yg ganggu siap ler 1 amukan singa betina yg marah bila kawanannya diganggu gugat. Lagi 1 yg tak eloknya. Bila dia tak berjaya buat sesuatu benda dia akan merampus mengamuk sakan. Dicampaknya semua benda dengan badan2 dia sekali dicampaknya. Lantok ler badan Aqil yg sakit bukan badan ibu..
Sungguh tak elok perangai Aqil yg 1 ni. Jenuh ibu menung. Memikirkan 5 tahun lagi andai itu sifat yg dibawanya hingga dewasa. Masa 2 kederat dia dah makin bertambah. Mulut dah makin petah. Dah mula bercakap itu dan ini. Macam mana ibu nak handle dengan penuh kasih sayang & penuh kelembutan nanti. Rasanya sekarang pun hampir separuh kesabaran ibu lenyap & padam. Aqil ibu pandang kecik saja di mata. Tapi sayang tetap sayang. Marah macam manapun ibu tetap sayangkan Aqil. Kasih sayang ibu seluas lautan. Cuma ibu tak nak Aqil terpesong jauh. Berterusan begini. Sehingga tak boleh nak menerima nasihat dan teguran dari sesiapa. Salah ibu ke sayang memanjakan mu?!! Tetap juga kene lepuk dengan ibu bila dah naik lemak. Ataupun salah ayah sebab melayankan saja kerenah Aqil. Tapi kene jgk babab dengan ayah bila tak dengar cakap. Salah siapa?!!!!!
Walau macam manapun Aqil kene marah. Kene babab. Kena jentik. Aqil tetap cari "BUUUUUUUU!!!" "BUUUUUUUUU".. Sampai ke dapur....... Ke bilik............ Ke bilik airpun Aqil sibuk ketuk2 pintu bila ibu duk membuang hajat. Adoi!!!!!!!!!!!!!!!!! Tegencat hajat ibu yg 1 tu.. Hehehehehe Sekarang ibu faham, dalam kehidupan Aqil saat ini betapa pentingnya kewujudan ibu.. Betapa istimewanya ibu dimata dihati Aqil.. Walaupun tanpa kata2 manis yg mampu Aqil ucapkan.. Duk bercakap dalam bahasa JEPANG dia jugak.. Ibu tetap tau sesuatu.. Aqil tak boleh teruskan hari2 mendatang TANPA IBU.. Ibu sayang Aqil.. Sangat2 menyayangi Aqil.. Esok ikutkan hati nak jer ibu bawak Aqil temankan ibu jalani rutin bulanan ibu 2.. Boring masuk darah ni tak berteman.. Tapi kalo Aqil yg teman ibu nanti rasanya tak senang ibu nak masuk darah.. Alamatnya karang dengan tiang2 gantung darah 2 ibu bawak kehulu kehilir mengejor dia.. Sebab Aqil anak yg sihat.. Lasak & cergas.. Bukan berpenyakit macam ibu dia.. Oittttttt!!! Sakit2 ibu ni pun cergas gak tau.. Tambah bila diajak berjalan.. I loikeeeeeee!!!!!!!!!!!! Ngeeeeeeee!!!!
**Nota Si Jari Runcing**
Esok masuk darah 2 pek..
Lusa bleh dah beraya dengan lebih bersemangat..
Minyak dah isi FULL TANK..
Wek!!! Wek!!! ;op
~ABEHHH DAAAAAA~
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.