Hii dear all!!
Entry semalam ada ibu citekan hal
JIRAN belakang umah ibu.. Pagi tadi
"anak2 angkatnya" kembali menyakitkan telinga & hati ibu ni.. Sampaikan Aqil Naim nak tido pun terganggu.. Dak tecik ibu 2 bukan boleh dengar benda2 bising bila nak tido.. Laju je telinga dia menangkap.. Hatta ibu & ayah tengah soseh2
{ha!! kome ingat soseh apa 2??!!} Soseh2 2 nyembang secara gerak perlahan
{eceih!!!} Aqil masih boleh dengar.. Mula dia mengusai2 bila lenanya diganggu.. Pagi tadi boleh dikatakan sepanjang malam ketenteraman kami terganggu.. Hanya sesekali
"anak angkat" jiran ibu 2 berhenti dari membuat onar & kembali bersahutan lolongan mereka.. Aduh!!! Memang sungguh2 memekakkan telinga mengusutkan minda.. Memang kalo diikutkan hati nak ibu tembak jer sekor2
{boleh x gitu?!!}..
Pagi tadi Aqil Naim bangun awal.. Kebiasaannya kalo bangun awal Aqil nak ikut ibu naik Mr. Alza.. Tapi pagi tadi bila dah diangkut semua barang2nya masuk kete dia tak nak masuk kete.. Apa cite barang je masuk tuan badan nya tak nak ikut?!! Kesimpulannya pagi ni tugas si ayah mithali ler yg kene hantar Aqil Naim ke Taska.. Sempat jugak lah pipi Aqil ibu serang bertubi2.. {muahhhxxxx!! muahxxxx!! pipi gebu dia} Rasa tak puas.. Balik nantilah sambung balik {siap Aqil ibu kerjakan}..
Pagi tadi ibu dah cite pasal
AJL 2010 kan?!! So sekarang ibu nak cite hal
JUARA HATI ibu malam tadi.. Si Aqil Naim.. Dialah juara di hati ibu.. Kenapa dengan dia?!!! Ibu nak tanya kome
{para2 ibu ler yer terutamanya} Apa pendapat kome tentang anak yg melawan mata tapi sebenarnya mengantuk giler nak tido?!!! Jadi bila dia dah melawan mata mulalah macam2 perangai & kelaku yg dibuatnya.. Hingga menguji tahap kesabaran mental & fizikal kita.. Apa pendapat kome?!!!!
{tolonglah bagi pendapat.. ibu merayu ni}..
Kenapa ibu tanya macam 2?!! Semalam Aqil buat perangai lagi.. Masalahnya dari petang dia tunjuk kelaku.. Dari pagi, membawak ke tengahari sampai ke petang & berganjak pulak hingga ke malam.. Aqil tak tido2.. Main jer kejenya.. Rumah pun dah tak macam rumah lagi.. Dah macam kandang kambing.. Tapi rasanya kemas lagi kandang kambing {huh!!! sampai macam 2 sekali perumpamaannya} Tapi memang betul apa yg ibu cakapkan.. Hari Sabtu kami kemas hari Ahad dah tunggang langgang balik.. Menyakitkan mata memandangnya {sakit jiwa pun sama} Sampaikan opah & atok Aqil pun dah tak terkata apa {maleh nak bising.. cucu kesayangan yg buat.. pejamkan mata jer lah depa}..
Bila dia tak tido2 dari siang sampai berganjak ke malam.. Rancangan tv pun tak bertukar2.. Channel 613 tak abeh2.. Jemu!!!! Jemu giler!!! Sampaikan atok pun terpaksa layan channel katun Aqil 2.. Dah jadi macam tv untuk dia sowang bukan tv seisi umah.. Mana lalu nak layan cite katun tak abeh2.. Nak muntah ibu dibuatnya.. Tapi disebabkan perangai KAMUK2 si Aqil Naim yg akan merunsingkan seisi rumah.. Terpaksalah kami layankan saja..
Malam tadi cara baru nak tidokan Aqil adalah dengan bawak dia ronda2 sekitar taman naik kete { perghhhh!!!! menguji kesabaran ibu ayah sungguh.. baru malam tadi je pun mulanya macam 2} Tapi ibu kagum dengan ayah sebab dia memang seowang yg penyabar.. Sabar melayan kerenah anak & isteri.. Sambil jalan2 2 sempat jugaklah singgah beli teh ais kegemaran ibu {2 yg ibu cuyunk ayah 2.. ayah tau je ibu nak apa.. ngeh3!!!} Hampir setengah jam jugaklah kami pusing ronda2 hingga Aqil benar2 terlelap.. {aduhhhhh!!! jenuh gini}..
Mungkin ada yg kata jangan dilayankan sangat.. Ikutkan ibu boleh buat keras jer bila dengar Aqil menanes melalak bila sesuatu benda yg dia nak tak dapat.. Sebab kata owang jangan layankan sangat permintaan anak.. Sebab takut bila dia semakin dewasa dia jadi tak terkawal.. Permulaan minta barang yg murah tapi bila dah besor mintak yg diluar kemampuan.. Didiklah mereka dengan cara memberitahu bahawa tak semua barang itu boleh mereka miliki.. Perlukan usaha & kesungguhan {eceihhhh!!} Itu bagi ibu.. Sebab kadangkala kita tak mampu nak bagi apa yg anak mahu dari segi kebendaan.. Cuma Aqil jenis cepat meradang.. Cepat mengamuk.. Cepat memprotes.. Yg tak boleh dengar dia mengamuk menanes adalah ATOK!! Atok pun sama melenting konon ibu biarkan Aqil menanes tak berenti {ibu gak kene marah ngan atok.. sob!! sob!!} Disebabkan itu ibu perlu lebih bersabar dalam mendidik Aqil {kadang2 tertinggi jugak tone suara ni.. ternaik jugak tangan ni ke peha gebunya}..
Walau macam manapun ibu buat pada Aqil, Aqil tetap sayangkan ibu.. Tak mahu berenggang dari ibu.. Tido dicelah ketiak ibu.. Tak bagi ayah rapat dengan ibu bila time tido {jelus ler 2... huhu!!!} Bila ayah tido sebelah ibu dia akan duduk di tengah2 sambil menolak ayah ketepi.. "Ayah!!!! Tepi la!!!!" Bising saja mulut dia selagi ayah tak berganjak {nasib ler yer ayah nak buat macam mana.. ;op}..
Kesimpulannya, itulah AKAL SI AQIL NAIM setelah berusia hampir 3 tahun {bulan depan}.. Cepat benar kau membesar sayang.. Rasa macam baru saja ibu mendengar suara tangisan pertama mu waktu dalam dewan bedah & tangisan itulah yg menjadi kekuatan ibu untuk sedar dari koma {ibu operate pengsan habis waktu bersalinkan Aqil sebab ubat bius separuh tak jalan}..
**Nota Si Jari Runcing**
Bila dia tak ada rindu.. Bila dia tak ada sunyi.. Bila dia tak ada rasa kekurangan.. Semuanya bila dia tak ada.. Tak lengkap sebuah kehidupan..
1 Comments
Dhiya skang ni pun ada peel camtu ibu..kekadang kita tgk dia dah ngantuk sgt, tapi dia xnak tido, tetiba dia jerit kuat2...pastu kayuh basikal dalam umah..kita pun terkejut tau. punye lah dia xnak tido.
ReplyDeletekekadang kul 11mlm ajak papa dia g mamak, lapar katanya..nak mkn roti canai. sedangkan dah makan ns sebelum tuh..macam2 anak zaman skang
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.