Hii dear all!!!!
{entry nak emo2 sikit.. bleh kan?!!}
Alhamdulillah!!! Tahun ni bertambah lagi setahun usia ibu.. Syukur ke hadrat Allah swt.. Diberinya lagi ibu kesempatan untuk terus mengumpul amal buat bekalan di SANA nanti.. Insya'allah!!!! ANGKA 29.. 29 TAHUN.. 28 Januari 2011 ini genap 29 tahun ibu bernafas di bumi tuhan.. Di dunia nyata.. Dunia yg penuh dugaan & cabaran.. Dunia yg penuh pahala & dosa.. Dunia yg penuh noda & kenikmatan.. Hanya di dunia.. Dunia yg memperkenalkan ibu dengan bermacam ragam manusia.. Dunia yg membuatkan ibu semakin kuat & tabah.. Dunia yg semakin mematangkan jiwa & minda.. DUNIA!!!!
29 TAHUN!!! Bagi ibu ia satu jangkamasa yg sangat panjang & perjalanan berliku yg masih terlalu jauh untuk ibu tempuhi.. Sepanjang 29 TAHUN bernafas apa yg ibu dapat?!!!!! Apa yg ibu ada?!!!! Apa yg telah ibu miliki?!!! Terlalu banyak.. Hingga kadangkala tidak mampu untuk ibu kira kesemuanya & ia tersemat jauh disudut hati dalam lipatan kenangan..
Ibu punya kedua owang tua yg sangat2 menyayangi.. Sangat2 mengambil berat.. Walaupun status anak mereka ini telahpun berubah.. Walaupun galas tanggungjawab bukan lagi terletak di bahu mereka.. Tapi TIDAK bagi mereka.. Selagi ibu bernafas mereka tetap teruskan tanggungjawab mereka sebagai IBU BAPA walaupun anak mereka telah bergelar seowang ISTERI.. Bukan sekadar menjadi pemerhati..
Ibu punya seowang suami yg penyayang.. Sangat bertanggungjawab & kelakar.. Sentiasa buat ibu tersenyum, gelak & ketawa.. Walaupun kadangkala pernah ibu mengaggap diri ini seakan2 gila.. Hadirnya dia membuat ibu lupa bahawa terdapat jurang diantara kami pada mulanya.. Ibu yg mewujudkan jurang itu.. Dia NORMAL sedangkan ibu BERPENYAKIT.. Iyer!!!! Itulah jurangnya.. Sedangkan bagi dia.. Kami sama saja.. Yg membezakan kami cuma JANTINA.. Disebabkan keikhlasannya, kini hampir 4 tahun kami melayari bahtera rumahtangga bersama2.. Dengan segala kelebihan yg ada dalam dirinya menjadi pelengkap di jiwa ibu.. Dialah sahabat.. Dialah rakan.. Dia juga SUAMI.. Disebabkan dia.. Ibu memiliki sesuatu yg amat berharga dalam hidup ibu.. Teramat berharga yg tak mungkin ibu dapat dimana2 di dunia mahupun di akhirat sana.. Yg pasti dialah HARTA KAMI di dunia & di akhirat..
DIA!!!!! Dialah satu2nya.. Dialah sebatang kara.. Dialah permata ayahbonda.. Dialah harapan nusa bangsa.. Dialah hamba-NYA yg telah diamnahkan kepada kami.. Dialah MUHAMMAD AQIL NAIM.. Iyer!!! Sehingga kini setelah mencapai 29 TAHUN usia ibu.. Terlalu banyak yg telah ibu dapat.. Yg ibu ada.. Yg ibu miliki.. Dalam sebuah kehidupan.. Kini apa yg harus ibu lakukan adalah terus bejuang.. Demi KEMBARA SEBUAH KEHIDUPAN.. {boleh tak nak wish awal2 untuk diri sendiri.. HAPPY BIRTHDAY IBU.. ;op}
**Nota Si Jari Runcing**
Ini adalah hidup ku.. Bukan hidup mu.. Hidup kami.. Bukan juga hidup kamu.. Ok tak?! Ngeh3!!!!!!! Oklah wish u all Gud Nite Moonlight!!!
6 Comments
bertambah lagi usia kan...semoga sentiasa tabah dan ceria
ReplyDeletehappy besday ibu...besday kita hampir je...cuma ibu lahir 2 hari awal dari saya...
ReplyDeletehappy besday ina...tengok rancangan halaqah malam tadik...adekah usia semakin panjang atau semakin pendek...
ReplyDeleteibu umur kita samalah tapi saya lahir bulan nov ..tahun ni dah 29 la kita ye...
ReplyDeletehappy besday ibu...
ReplyDeleteWah... Sebaya rupanya kita...
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.