Advertisement

Main Ad

~Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang!! {3 hari ibu senyap tanpa bebelan}~

As'salam!!!
Hii dear all!!!

Lama sungguh ibu menyepi kan?!! Memang lama ibu menghilang.. Tak bermakna ibu hilang terus.. Kepada yg masih singgah sebentar disini melepaskan lelah "TERIMA KASIH" ibu ucapkan.. Sudi menjenguk kami.. Walaupun tiada bebelan terbaru, terkini & sensasi dari ibu sepanjang 3 hari ibu menghilang.. Dalam 3 hari banyak yg ibu nak bebelkan.. Banyak benda yg berlaku dalam kehidupan seharian kami 3 beranak.. Ini bermakna dalam 4 tahun ibu bergelar seowang isteri & hampir 3 tahun bergelar seowang ibu terlalu banyak perubahan yg terjadi dalam diri ibu..

2/2/2011 genap 4 tahun usia perkahwinan ibu & ayah.. Syukur!!! Alhamdulillah!! Sepanjang tempoh itu terlalu banyak perubahan dalam fasa kehidupan kami.. Sebagai seowang manusia.. Kami lebih belajar erti TANGGUNGJAWAB terhadap kehidupan, diri sendiri & insan sekeliling.. Perkahwinan ini mengajar kami erti sebenar bertolak ansur sesama manusia.. Menerima & memperbaiki kelemahan masing2.. Mengajar kami lebih erti sabar.. Selama 4 tahun bersama ayah.. Ibu semakin yakin dengan jodoh yg diaturkan oleh Allah swt.. Dulu sebelum mengenali ayah.. Ibu anggap cinta itu sesuatu yg kejam.. Mempermainkan, menghancurkan, memberi harapan akhirnya ditinggalkan.. Itu tanggapan ibu tentang cinta..

Rupanya ibu silap.. Cinta tidak sekejam itu.. Hanya manusia saja yg meletakkan kedudukan sebuah percintaan itu.. Ternyanta segala kesilapan & kegagalan itu lebih mematangkan seseowang dalam mengenali istilah sebenar cinta.. Cinta tak semestinya memiliki.. Tapi adalah untuk dihargai.. Dalam percintaan, ia ibarat medan perjudian.. "KAMU TIDAK PASTI ADAKAH KAMU AKAN KALAH ATAU MENANG BESAR.." Tetapi terlalu kejam andai meletakkan cinta didalam kelompok itu.. Kerana cinta itu adalah sesuatu yg suci.. Manusia dijadikan dengan sekeping hati yg punya banyak ruang.. Dikurniakan pula akal & fikiran yg waras untuk kendalikan kesemuanya itu mengikut landasan & keredhaan Allah swt.. Kita diberi ruang & diberikan pertunjuk.. Cuma kadang hati yg kusam membutakan mata & akal seseowang untuk lebih menghargai sesuatu perkara.. 

Selama 4 tahun.. Mata ibu mula celik.. Minda ibu mula terbuka.. Dan hati ini ibu kunci rapi.. Ibu manggakan ia.. Untuk seowang suami.. Yg amat ibu cintai.. Syukur padamu tuhan kerana memberi ruang untuk diri ini merasai nikmat kebahagian.. Moga ia kekal hingga ke hujung nyawa.. Izinkan aku menjadi bidadarinya di dunia & di syurga.. Amin!!!!!! 

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YG KE-4 SAYANG!!!

Selepas SAH bergelar pasangan suami isteri.. {bergambor gedik's skit.. ;op}
Hadiah apa untuk ulangtahun kali ni?!!!!
{ibu ni x abeh2 hadiah je diingatnya}
Ulangtahun kami kali ni..
Kami terima hadiah yg terbaik untuk kehidupan kami selepas ini..
Apa hadiahnya?!!!!!!!
TAWARAN KERJA DI POS MALAYSIA BERHAD!!!!
Yearhhhhhhhhhh!!!! Ayah berjaya..
Ingat lagi tak bebelan ibu ~Ayah Temuduga Lagi~
Dan tak sia2 ayah berkampung di Pejabat Pos sampai larut malam menunggu untuk ditemuduga..
Kisah ayah ditemuduga dibawah ni..
{giler x penah2 dibuat owang interview sampai jauh malam}
Tapi kiranya penantian ayah tu berbaloi2..
1/2/2011 ayah terima panggilan telefon dari Pejabat Pos Malaysia Cawangan Ipoh, Perak..
Ayah diminta hadir pada 2hb2 {hari aniversarry kami} untuk ambil surat tawaran..
Tarikh surat tawaran tersebut adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg ke-4..
Itulah hadiahnya..
Akhirnya ayah diterima kerja dengan Syarikat Badan Berkanun yg punya banyak kemudahan..
Berbanding dengan Syarikat Swasta sebelum ini..
{klinik panel untuk anak isteri pun tak disediakan}
Syukur dengan rezeki yg Allah swt berikan..
Semuanya rezeki si Aqil Naim..
Jadi 7/2/2011 ayah mula menjadi warga Pos Malaysia..
"Berkhidmat dengan penuh dedikasi & komitmen yer sayang.."
Terima kasih pada keluarga Ibu Dina&Haziq..
Terutama adinda beliau Cik Wan Nur Ainun..
Bantuan kalian sangat2 dihargai..
Tak mungkin dapat kami lupakan..
TERIMA KASIH!!!!!!!!!!

**Nota Si Jari Runcing**
Nampak gayanya plan nak sambut besday Aqil Naim dekat sebuah pulau indah dalam Malaysia terpaksa dibatalkan lah.. Ayah baru masuk keje tak kan nak amik cuti.. Alahai Aqil!!!!!

Post a Comment

4 Comments

  1. May God bless you guys ! :D happy anniversary!

    ReplyDelete
  2. owh..so sweet.happy annivesary dear.soo happy for u..mine is 5 years this year.tp belum plan apa-apa lagi nak celebrate anni mcm mana.

    and,congrats..sbb dah dpt kja baru.satu perkembangan yg positif di awal tahun kan..?

    take care.. :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.