As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!
Ibu senyap bukan sebab tak ada cite.. Bukan sebab menjauhkan diri kerana berkecil hati.. Cuma ibu tak ada mood untuk mencoretkan apa2 disini.. Kalau nak diikutkan banyak kisah Aqil Naim yang boleh ibu tulis.. Tapi bila rasa nak menaip saja idea kering hingga buat ibu tak tahu macam mana nak olah ayat untuk membina perkataan {eceihhhhhhh!!! amik kau sekali ibu dapat membebel ;op}..
Apa perkembangan Aqil Naim yang terbaru?!!! {uishhhh dak tecik ibu 2 memang makin berkembang pesat}.. Ibu dia ni je kurus kering tak kembang2 pun.. Sekarang ni di rumah, Aqil Naim dah naik pangkat.. Selain menjadi anak kepada ibu & ayahnya serta cucu kepada atok & opahnya dan juga anak saudara kepada Paksu dia.. Dia adalah seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 {itu kalo keje dengan gomen} or Telephone Operator {badan swasta} senang cakap TUKANG JAWAB TELEFON jer ler.. Asal je dengar bunyi telefon berlari bagai nak rak budak kecik 2.. Laju je tangan dia mencapai.. Oleh disebabkan itu sekarang telefon kami telah dipakukan ke dinding dengan kedudukan yang agak tinggi {padan muka Aqil tak sampai nak angkat ;op}..
Sebab apa kami tak benarkan dia jawab panggilan 2?!!!! Nak tau erk?!!! Betul ke nak tau ni?!!!! {kome memang suka amik tau pun hal dak tecik 2 kan??!! ;op}.. Tapi ibu memang nak share ngan kome pun kisah ni..
SEBABNYA ADALAH!!
Dia akan angkat telefon tu dan mula bercakap..
"Halooooooo sape ni?!!!"
Soal si kecik..
"bla bla bla"
Mungkin si pemanggil 2 sedang cakap apa ibu tak tahu..
"Hah!!!!! Apa?!!!! Apa cakap tu?!!!!!"
Si kecik terus menyoal..
"bla bla bla"
Suara si pemanggil malang itu lagi..
{kalo kami tak sedar lagi time ni tak tau ler apa perasaan si pemanggil tu}
"Huh!!!! Ntah sapa2 ntah!!!!"
Rungut si kecik & terus menghempaskan ganggang telefon..
{kahkahkahkahkahkah lawak betul}
So, itu adalah penyebabnya telefon tersebut harus digantung tinggi2.. Sebab si Aqil Naim lebih pantas dari kami.. Kadang2 kami leka bila masing2 berada di dapur {tempat utama opah}, di ruang tengah {atok duk membaca paper}, di luar {ayah duk godek2 moto @ merokok @ main PSP} atau di dalam bilik {ibu ler 2 duk layan Mr. Lappy ;op}.. Ini bila kes kami semua dah jemu duk melayan katun dia tak habis2 {tv kat depan dah dikuasai si Aqil Naim} kami pun buat ler hal masing2..
Nota Si Jari Runcing ~Itulah dia si Aqil Naim.. Itu baru sikit cite pasal dia.. Baru kes mengangkat telefon.. Belum kes lain lagi.. Dah banyak kes yang budak kecik 2 buat sejak akhir2 ni.. {budak BIJAK ler katakan ;o)}~
4 Comments
biasala tu budak.... hehehe
ReplyDeletebudak2 skrang bijak2 :)
ReplyDeletedah nampak aqiL tak boleh jadi operator menjawab telefon. tak ada bakat. ekeke.
ReplyDeletehehehe..lucu plak si Aqil nih..
ReplyDeleteumah ni seb bek ler xder telefon telekom..kalau x mesti dhiya pun camtu kot..heehe
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.