Advertisement

Main Ad

~Emak!! Maafkan kak long!!~

As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!

Melalui entry ibu sebelum ini ada ibu ceritakan perihal EMAK.. Beliau adalah emak ibu.. Opah kepada Aqil Naim.. Emak yang telah membesarkan ibu sejak ibu berusia setahun jagung.. Hingga saat ini tak pernah ibu berpisah dengannya.. Ibu membesar depan matanya.. Kata emak "Mak tak izinkan seekor nyamuk pun hinggap kat kamu dari kamu kecil.. Tapi bila kamu dah besar kamu sendiri yang cari penyakit.." Ok, kenapa mak cakap macam tu?!! Itu dialog mak diawal waktu ibu disahkan mengandung si Aqil Naim.. Opah membantah keputusan nekad ibu untuk meneruskan kandungan.. Kerisauan jelas terpancar dimatanya dan jelas keluar dari sudut hatinya disaat ibu nekad mahu meneruskan juga.. Meskipun telah diberitahu risiko2 besar yang bakal ibu hadapi.. Walaupun telah diberitahu risiko yang paling berbahaya berkemungkinan jantung ibu berhenti daripada terus beroperasi.. 

Waktu itu ibu rasakan ibu adalah anak yang derhaka.. Tetap berkeras meneruskannya walaupun berjuta air mata emak tumpah dihadapan ibu.. Walaupun esakan tangisan emak jelas kedengaran dihadapan ibu.. Walaupun berkali2 emak menegaskan bahawa betapa kasihnya dia terhadap ibu.. Hingga tidak sanggup dia mengenangkan saat & detik andai kesukaran & risiko yang akan datang disepanjang kehamilan ibu.. Kata emak "Orang yang sihat pun macam2 dugaan sepanjang mengandung kak long!!!" Aduhai emak.. Emak terlalu risaukan ibu.. Risau apa yang bakal ibu tempuhi selama 9 bulan 10 hari.. Wahai emak!! Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu betapa hati ini juga turut meronta saat itu.. Meronta ingin meneruskannya disebabkan betapa kasihnya diri ini terhadap mu.. Kerana itu diri ini nekad.. Ia harus diteruskan.. 

Dilahirkan sebagai anak tunggal dalam keluarga.. Anak tunggal?!!!! Paksu?!!! Paksu Aqil adalah anak saudara sebelah atok Aqil yang dibela dari kecil disebabkan opah tidak mahu mengandung lagi apabila beliau mengetahui kebarangkalian untuk mendapat anak seperti ibu adalah tinggi.. Opah give up?!!! Tidak mahu mencuba?!!! Oh tidak!!! Tanpa menggunakan apa2 perancang kehamilan sepanjang perkahwinan mereka. Ibu masih ingat lagi waktu itu ibu berusia 18 tahun & paksu berusia 7 tahun. Manakala opah pula berusia 43 tahun. Opah telah disahkan mengandung lagi buat kali kedua.. Doa opah saat itu adalah satu "Andai rezeki ini yang terbaik buat agamaku, kehidupanku dan andai ia tidak menyeksa bayi dalam kandungan ku.. Aku mohon kau lindunginya hingga ke akhir perjalanan hidupnya.. Andainya nasibnya sama seperti kakaknya aku berserah padamu Ya Allah!! Kau tahu yang terbaik buat hambamu.." Dan selang sebulan.. Opah keguguran.. Nyata bukan rezekinya.. Allah swt lebih tahu.. Sehingga kini, opah & atok redha dengan rezeki yang mereka ada.. Syukur!!!!!

Kerana apa opah menangis?!! Kerana sayangkan ibu.. Tak sanggup ibu terus disakiti.. Tak sanggup melihat ibu terlantar sepi.. Itulah opah.. Apa yang menimpa ibu dia sanggup mengambil tempatnya.. Andai boleh diubah masa dia sanggup tidak meneruskan niatnya ingin berumahtangga andai dia tahu anak yang bakal dilahirkannya itu tidak sihat seperti yang diimpikan.. Kehidupan si anak yang penuh onak dan duri.. Hidup bergantung dengan darah orang lain.. Mainannya hanya jarum suntikan & makanan hariannya adalah ubat hospital.. Hidup si anak yang penuh dengan mainan emosi serta harus sentiasa berdepan dengan penerimaan insan2 sekeliling yang kurang memahami.. Emak terlalu pandang kedepan.. Hingga kadangkala membuat beliau lupa bahawa segalanya adalah rencana yang telah direncanakan sebaik2nya oleh maha pencipta.. DIA MAHA MENGETAHUI!!

Siapa sangka anak yang dikatakan kebarangkalian jangka hayatnya hanya seawal usia remaja telah bergelar seorang anak dara.. Siapa sangka anak yang ada kekurangannya sebagai seorang wanita normal telah disunting menjadi suri dihati seorang lelaki yang mulia jiwanya.. Siapa sangka anak yang tidak mungkin mampu memberikan zuriat keturunan ini telah diterima oleh sepasang mertua yang terbuka menerimanya seadaanya.. Alhamdulillah!!! Masih ada insan2 yang mulia yang telah Allah temukan sepanjang hidup ibu selama 29 tahun ibu bernafas di bumi ini.. Syukur Ya Allah!!!

Mak, maafkan kak long kerana selalu buat mak menangis.. Maafkan kak long kerana selalu mengguris hati & perasaan mak.. Maafkan kak long kerana tak mahu dengar nasihat & kata2 mak.. Maafkan kak long kerana sentiasa buat mak risau & bimbang.. Maafkan kak long kerana tak memberi kesenangan & ketenangan sepanjang mak membesarkan kak long.. Mak menangis!! Mak bersedih!! Mak sentiasa salahkan diri sendiri!! Semua disebabkan kak long.. Derhaka kah kak long?!!! Kak long tak minta mak diduga hingga ke saat ini.. Andai diberi pilihan dulu mungkin kak long tak memilih untuk memberi kesusahan dalam kehidupan mak.. Walaupun kak long tahu mak tak pernah menganggapnya begitu..

Disebabkan itu kak long tak pernah menangis depan mak.. Walaupun saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa diri ini terseksa zahir & batin.. Kak long sentiasa ketawa didepan mak.. Sebab gelak tawa emak adalah ubat & penawar segala keperitan dalam hati ini.. Kak long sentiasa mahu mak tersenyum.. Kerana itulah tangkal & nyawa dalam kehidupan kak long.. 

Pernah kak long berdoa moga Allah mencabut nyawa ini dahulu sebelum emak.. Sebab kak long tak dapat bayangkan bagaimana untuk terus kuat tanpa emak didepan mata.. Pernah kak long suarakan pada menantu emak, andai satu hari nanti Allah ambil nyawa ini dahulu tolong jangan pisahkan Aqil Naim dengan mak.. Emak dah cukup terseksa kehilangan satu2nya anak dalam hidup emak.. Kak long tak mahu mak kehilangan satu2nya cucu penyambung zuriat dalam keluarga kita.. Kak long lahirkan Aqil demi suami & yang paling utama demi penyambung darah keturunan emak & abah.. Kerana kak long satu2nya anak emak & abah.. Walaupun mak abah tak pernah memintanya tapi kak long tahu.. Mana mungkin darah keturunan ini terhenti disini.. 

Merekalah segalanya!!
Cucu kesayangan atok..
Dia intan payung opah..
Mak jangan menangis lagi!! Maafkan kak long..
Dengan restu mak abah kami bahagia..
Emak!!!
Tak perlu mak salahkan diri mak disebabkan takdir hidup kak long..
Takdir ini bukan salah sesiapa..
Mak abah bukan PENYEBABNYA..
Kak long redha!!!
Nota Si Jari Runcing ~Hati ini merintih.. Jiwa ini menangis.. Wahai hati.. Tabahlah dikau..~





Post a Comment

7 Comments

  1. kenapa ni ibu...sedihnya...

    owh...ibu anak tunggal ek...
    sama la kita...:)

    Ibu...entry ni sangat2 sedih...sayangnya mak ibu pada ibu...:)

    ReplyDelete
  2. speechless....

    tetiba emosi baca entri ibu

    ReplyDelete
  3. yang, nampaknyer kiter seruper yer...
    sbb tuh kot ms dr announce eB preggy bln 3 ari tuh... eB dh x sedap ati... eB mohon yg terbaik darinYA... macam yg terjadi pada EMAK u... ALLAh perkenankan doaku, kerana DIA yg lebih mengetahuinyer... eB keguguran bulan lps... sebak... :)

    sampaikan salam pada EMAK u... & tahniah kerana u SEORANG IBU yang tabah :)
    slamat HARI IBU yer

    ReplyDelete
  4. sedih la ibu baca luahan ibu..
    Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih cantik dan indah dari perancangan manusia..
    semoga ibu dan keluarga sentiasa dirahmati Allah..
    no wonder lah mak ibu x bagi ibu pindah rumah...

    pssttt: mak ibu sangat cantik ler, dah berusia pun masih nampak kecantikannya..(sampaikan salam pada beliau yea)

    ReplyDelete
  5. sbb sayang semuer kwn2 eB... hanyer seorang ibu yg faham perasaan seorang ibu kan? :)

    ReplyDelete
  6. touching..aku nangis baca entry ko ni sal. love makcik just like i love my mak. kim slm mak ngn ayah ko. n luv u my fren..
    (pssttt...aku mmg admire ngn mk ko. ms ko kawin dl, bl dia luahkan apa yg dia rs, apa harapan n doa dia, aku tekad mk ko kna masuk dlm list 'ibu cth' aku ;) ..)

    ReplyDelete
  7. terkesima baca entry kali ni...tetiba menyedari kita punyai persamaan..walaupun dlm keadaan yg berbeza...ibu dgn dugaan ibu, mama dgn dugaan mama..tp sebenarnyaa mama malu dan rs bersalah pd emak..krn gagal membahagiakan dia...huhu kesal krn asek buat dia risau dan bersedih...alangkah baiknya kalo waktu leh diputar semula....pasti mama akan ubah segala2nyaa yg membuatkan mak bersedih...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.