Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
8 Comments
Happy mother's day IbuAqil...
ReplyDeletekita meraikan hari ibu coz meraikan ibu yg melahirkan, membesarkan dan memberi kita kasih sayang, wlaupun harga kasih sayang ibu tak ternilai
saya sayang mak saya :)
sebenarnya... everyday pun memang kita menghargai ibu kita...
ReplyDeletehm... ini semua bergantung kepada niat kita...
kalau haram..
kenapa semanis kurma hari tu...tak cakap pun haram...
sedangkan ustazah sendiri pun mengucapkan selamat hari ibu...
kalau valentine memang ler haram... huhu sebab banyak berlaku perkara tak elok...
tapi hari ibu...
kita menghargai ibu kita...
lagi pulak... bukan niat kita nak raikan sebarangan "Mother" kita meraikan...
ibu yang melahirkan dan menjaga kita sejak dari kecik lagi..
lagi pulak ibu adalah seorang yang istimewa...begitu juga bapa...
tiada mereka maka tiada lah kita...
jadi tak salah dalam setahun kita pilih sehari sehari untuk meraikan untuk pengorbanan seorang insan yang begitu istimewa... IBU.
semua bergantung pada niat kita...
lagi pun... bila kita ucapkan selamat hari ibu...dalam hati dengan sebulat kata sebulat hati adalah untuk menghargai insan yang bergelar IBU...
pendapat peribadi ibu...
:)
selamat hari ibu...untuk salina sasliza...:)
betoi, eB stuju....
ReplyDeleteknaper nk jumutkan pikiran kiter hanyer sbb hari ibu org barat tuh?...
kiter raikan ibu kiter dgn cara kiter sbg tanda kiter syg dier... tidak semuer bertuah dpt raser jadik seorang ibu kan?... tringat kngan melahirkan... bangga jadik seorang ibu...
happy mother's day dear :)
selamat hari ibu..ibu aqil
ReplyDeleteyg penting niat dan hati kita kan..
org yg kita raikan pun org yg bertungkus lumus, bertrung nyawa, melahirkan kita, membesarkan kita.
mungkin bagi yg duk jauh ngn ibu tu, bila hari ibu tiba semua pakat2 nak balik nak celebrate..bukan ker bagus tu..at least, tika org lain sibuk ingatkan ibu masing2 bagi mereka yg dh lama x tingatkan ibu kat kampung, terdetik hati jugak teringat kat ibu mereka kan???
kita bukannya celebrate dengan buat benda pelik2, cuma ucapan..
kekadang ramai org yg malu nak ucapkan sayang dan kasih even kat mak sendri..waktu hari ibu ni ler kalau mereka nak tunjukkan kasih mereka, kalau x direct ucap pun, kad atau hadiah dah menggembirakan hati ibu kan???
islam pun sentiasa galakkan kita menggembirakan dan menjaga hati ibu..
xder yg silapnya ibu, cuma ada yg sempit pikiran..tu maka sempit lah jadinya ilmu mereka..
bayangkan kalau hari ibu, semua org mendoakan yg terbaik utk ibu mereka..ramai jugak tgk ppost kat FB, semoga Allah terus merahmati mak, semoga terus murah rezeki..
ok aper..kan?kan?
yg penting niat, dan ibu kita sentiasa di hati..
ciannye pd owg yg x jdi ibu ag ni...
ReplyDeletehuwaaaaaaaaaaaaa....
nasib baik ummi ade aqil kannnnn
mama percaya Allah fhm niat kita...
ReplyDeletesudah tentu penghargaan ni diberikan pd ibu...
sebaiknya...penghargaan yg berterusan bukan sekadar 1 hr saja kan?
slmt hari ibu ye ina...moga jadi ibu yg hebat dan setabah ibu2 kita.....muaxxx
ReplyDeleteSlmt hari ibu..slm kenal..sy follow blog.. jemput la dtg ke blog sy http://she-is-me-shida.blogspot.com
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.