Advertisement

Main Ad

~awak S.A.K.I.T tapi boleh beranak ye?!~

As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
awak S.A.K.I.T tapi boleh beranak ye?!

Selamat pagi semua.. Hari ni tak nak layan picca dulu lah.. Jom layan bebelan ibu kejap nak?! Sesekali bagi kome juling biji mata baca bebelan panjang dari ibu ni tak salah kan?!!! Biasalah kalo time2 dekat hospital ni mood nak membebel ni meninggi sikit dari hari2 biasa.. Bila duduk dalam suasana dikelilingi oleh orang2 yang sakit ni kita sikit sebanyak akan rasa down seketika.. Tambahan waktu2 macam ni ditinggalkan seorang tanpa teman.. Sebenarnya ibu sendiri yang tak nak diri ni terlalu dimanjakan.. Sikit2 nak berteman.. Asyik2 nak berteman.. Cukuplah masa ibu kecik2 dulu dah puas deme temankan ibu tiap kali masuk darah.. Sekarang biarlah berdikari sendiri pulak.. Tahun depan dah nak 30 tahun dah umur tu weh oiiiiii!!! Huh!!! 30 tahun?!!! Macam tak percaya je.. Ya Allah!!! Kau panjangkanlah umur ku.. Berikanlah kesihatan yang baik buat ku.. Permudahkan segala urusan ku.. Amin!!!!!!!

Aduh!!! Kenapa nak mula emo2 ni ibu?!!! Asal time masuk darah je mesti ibu emo.. Mesti ibu down.. Mesti ibu fikirkan bukan2.. Isk Isk Isk!! Nak mo lah fikir benda2 yang tak elok untuk kesihatan ni ibu.. Tapi ibu pun punya naluri yang terlalu halus dan sukar untuk difahami hatta diri sendiri pun sukar memahami gelodak hati ni.. Apa yang dia mahu?!! Apa yang dia tanggung?!! Apa yang dia rasa?!! 

Bila duduk di hospital ibu sedih kenangkan nasib kami.. Apa kesudahan kami.. Apa lagi yang perlu kami tempuh lepas ni.. Apa lagi perkabaran yang bakal kami terima.. Apa?!!!! Kenapa?!!! Bagaimana?!!! Semuanya terkumpul menjadi satu persoalan yang sama.. Persoalan yang sukar untuk dijawab.. Setiap hari adalah hari2 yang menakutkan bagi kami.. Setiap perkabaran yang diterima adalah satu tamparan buat kami.. "Si sipolan ni baru meninggal sesak nafas!!" atau "Si sipolan ni masuk wad ICU masalah jantung!!".. Bla!! Bla!! Bla!! Bla!! Saban masa semakin kurang sahabat seangkatan kami yang sama2 berjuang dari kecil demi sebuah kehidupan yang normal.. Manakala setiap hari lahir pula anak2 kecil yang ingin membabitkan diri dalam perjuangan kami ini.. Lahir seorang lagi anak baru Thalasemia.. Kesian mereka.. Tapi itukan dah janji mereka.. Sama seperti ibu juga.. Dah janji ibu dengan yang maha pencipta.. Siapa yang berhak mempersoalkannya..

Kenapa ibu ni duk merepek meraban benda2 macam ni!! Mesti Aqil tak suka baca kan?!! Ayah pun bukan suka ibu selalu cakap benda2 macam ni.. Sebab bila ibu sedih mereka yang sayangkan ibu akan lebih sedih dari ibu.. Berat beban yang ibu tanggung.. Berat lagi bebanan perasaan yang mereka terpaksa harungi sepanjang hidup disamping ibu.. Mereka perlu kuat untuk ibu terus kuat.. Kesian mereka..

Pagi tadi waktu ibu tengah mengadap Mr. Lappy ibu.. Seorang rakan yang jarang ibu jumpa disebabkan tarikh temujanji kami tak sama bertanya kan sesuatu pada ibu.. "Itu gambar siapa?!!!" dia merujuk pada Desktop Background Mr. Lappy ibu yang terpampang picca Aqil Naim & ayah.. Tak ada picca orang lain lagi yang ibu nak tepek kalau tak picca kedua hero hati ibu tu.. Ibu jawab "Husband & anak saya.." rakan ibu tersenyum dan nampak sedikit kerut di dahinya "Awak sakit tapi boleh beranak ye?!" soalnya.. Soalan yang buat ibu tersenyum dan terus terdetik dalam hati "SYUKUR!!!!".. Yang mampu ibu jawab "Iyer!!! Cukuplah sorang ni jadi tangkal saya.." dan dia membalas "Bersyukur lah awak dapat jugak seorang anak.. Lelaki pula tu.. Jangan tamak sangat dengan pemberian tuhan pada kita.. Jaga kesihatan awak baik2 untuk dia.." dia terus mengukir senyum.. 

Dia seorang wanita yang berumur 35 tahun.. Seorang pesakit Thalasemia Hypo.. Dia tak perlu kerap masuk darah seperti ibu kerana darahnya masih mampu bertahan walaupun HB nya tak berada di tahap normal.. Dia hanya perlu terus jalani rutin pemeriksaan setiap 4 bulan sekali saja sepanjang hayatnya.. Kira peringkat tak teruk ler.. Masih belum berkahwin & berketurunan Cina.. Apa yang membuat ibu teruja adalah kata2nya yang terakhir itu.. 

"Bersyukur lah awak dapat jugak seorang anak.. Lelaki pula tu.. Jangan tamak sangat dengan pemberian tuhan pada kita.. Jaga kesihatan awak baik2 untuk dia.."

Kata2nya yang buat ibu tersenyum..
Hampir saja air mata ini menitis..
Tiba2 handphone ibu menjerit..
"Ayah!!!!"
Ibu terus senyum..
Dia macam tau2 je bila saat ibu perlu dengar suaranya..
Walaupun kami sekadar sembang kosong je..
Ibu tak kisah..
Kerana suaranya cukup menenangkan jiwa ibu..
Itu belum suara si Aqil Naim lagi..
Layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!





Pernah ibu terfikir..
Sesekali ibu masuk darah ni..
Nak bawak Aqil Naim temankan ibu..
Tapi bila difikirkan balik..
Buat apa..
Yang sakitnya ibu..
Bukan dia..
T.A.M.A.T
Tata!! Titi!! Tutu!!
Nota Si Jari Runcing ~Semalam keluarga kecil kami terima jemputan daripada seorang rakan blogger ibu.. Siapa?!!!! Suprise!!! Mereka suami isteri berasal dari Kedah tapi menetap & berkerja di Ipoh.. Bakal menimang cahayamata kedua & ketiga serentak.. Insya'allah!!! Semoga dipermudahkan segalanya buat beliau.. Siapakah gerangannya?!!! Ibu cite dalam entry esok je lah erk.. Kalo kome nak tengok gelagat si Aqil Naim membantu anak dara orang buat keje dapur mai le sini esok {eceihhhhhhhh!!!!! calon suami yang bagus sungguh anak ibu ni ;p}~

Post a Comment

30 Comments

  1. eB pn g2... ramai yg akter eB msh bertuah sbb dh dpt spsg cahayamata... tp hati nih ttp meronta2 nk lagi... tamak kan?

    ReplyDelete
  2. lya mbaca kata2 tu..rsa sayu sgt kat hati ni.. mmg betul apa y dikatakan tu.. ermmm...kt harus bsyukur dgn apa y kita ada..xpela... skurangnya msih ada rezeki utk kt nikmati perasaan mjadi seorg ibu,,, jd..utk mereka y tsyg.. kt jagalah kesihatan diri sebaiknya...

    ina..lya faham sgt dgn apa y ina alami... sama gak dgn lya.setiap hari penuh dgn persoalan..mcmana pula dgn hari esk..

    lg tganggu late ni lps tgk stnaza cinta..pesakit SLE mninggal.. huhuhu.

    apa2 pun ajal maut ditangan tuhan, selagi kt diberi peluang utk mnikmati khidupan ni..kt harus hargainya..hargai setiap saat berada disisi org tsyg..smoga,, apabila kt pergi..akan mninggalkan kenangan y trindah dlm hidup2 insan y kt sayangi..

    ReplyDelete
  3. sedihnye sis..tabahkan hati okes..sis antara org yg paling special dlm dunia ni tau..

    ReplyDelete
  4. Semoga ibu tabah ye..lin baru tahu ibu ade thalesmia..takpe..kita bersyukur diberi nikmat ini walu diselang dengan dugaan kan..

    ReplyDelete
  5. walaupun zai tak dapat bayangkan kesakitan ina...tapi memang menyentuh perasaan jugak kata2 wanita tu...hargailah segala pemberian allah kepada hambanya...jaga kesihatan ina untuk 2 hero ina....nasib zai pada masa hadapan pun kita tak tahu macam mana...

    ReplyDelete
  6. betul setiap kali pergi hospital mcm2 kita rasa..
    setiap patah perkataan yang keluar dalam mulut doktor itu umpama nyawa hujung tanduk...

    moga ina terus tabah dan jue doakan yang terbaik buat ina sekeluarga...


    ##kita serupalah tahun depan dah nak masuk 30##

    ReplyDelete
  7. singgah membaca tamo komen byk2....peluk cium utk aqil

    ReplyDelete
  8. berat mata memandang..

    betul apa ina kata,hanya mereka yg melalui faham perasaan org yg menghadapinya..apa yg termampu, sekalung doa utkmu...semoga Allah berikan kekuatan utk menghadapi hari2 mendatang..

    ReplyDelete
  9. mmg suka tgk mata aqil.. ngan lentiknya bulu mata dia..
    moga ada sinar untuk ina ;) semua keajaiban dariNYA

    ReplyDelete
  10. ina jangan emo2. nnt sedih ayah dgn aqil baca. apa pun yg penting ina masih dpt kasih syg suami dgn anak. mcm kwn ina ckp tu la. at least ada soerang. ada org yg sihat pun blm tentu ada anak kan? rezeki ina sbb dpt aqil.

    ReplyDelete
  11. bila sekali baca mcm x kena ayt perempuan tuu .. tapi bila dibaca ulang2 kali barulah kita mengeti maksudnya .. kena fikir positif kan .. dia pun bukan melayu mgkin penggunaan ayat dia x kena di halwa telinga kita ..

    insyaallah , semua ini kehendak allah , dia lebih mengetahui percaturan dia kepada hamba2nya .. kita hanya perlu terus berdoa dan memohon yg terbaik darinya ..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah Aqil penyambung Kasih sayang ayah Dan ibu, semoga ibu terus tabah menghadapi hari2 mdtg....dugaan ini berat buat ibu, percayalah Allah sygkan ibu

    ReplyDelete
  13. sentiasa ingat...lebih ramai lg org yg bernaseb malang drp diri kita..
    dgn itu hati kita rs lega sedikit...dan lebih rs bersyukur.. :)

    ReplyDelete
  14. @eB ezrin Ops!! Tak nak reply komen panjang kat sini.. Ai email u ye.. ;p

    ReplyDelete
  15. @Anum Yeker dear.. Nanti hari2 mai sini tau tgk si dak tecik ibu ni.. ;)

    ReplyDelete
  16. @LYAfrina Hik3!! Kata2 lya cukup membuat hati ina tenang.. Kadang2 ina kena banyak bermotivasi & muhasabah diri.. Manusia ni kekadag sedikit je rasa syukur.. Cuma kena selalu diingatkan.. Insya'allah!!! Ina akan cuba berusaha ke arah yg terbaik.. Untuk semua.. Doakan ina ye.. Amin!!!

    ReplyDelete
  17. @linziana Yer dear.. TQ sangat2.. Mudah2an dengan dugaan Allah ni kita akn lebih kuat, tabah & lebih bersyukur serta redha.. ;)

    ReplyDelete
  18. @zaidah Terima kasih kak.. Insya'allah kak.. Doa akak sentiasa iringi ina.. ;)

    ReplyDelete
  19. @cik Jue Aka Ibu Farisyah Yerlah cik jue.. Kekadang tiap kali time nak ngadap doktor mst debar2.. Eh!! Sebaya yer kita?! Ina pggil Cik Jue bleh kan?! ;)

    ReplyDelete
  20. @MamaYatie Terima kasih sangat2!! Moga Allah swt saja yg mampu membalas tiap kalungan doa dari sahabat2 ina di Alamaya ni.. ;( SOb3!!!!!

    ReplyDelete
  21. @::NureeN:: TQ Nureen.. Amin!!! Nanti bleh tengok Aqil FTF erk.. eB dah tgk dah.. ;)

    ReplyDelete
  22. @anisalya Itulah!! I try my best utk ketawa demi insan2 tersayang.. Huk3!!!! Hari ni ok dah.. ;p

    ReplyDelete
  23. @ieda Rencana Allah swt itulah yg terbaik & terindah.. Insya'allah!! ;)

    ReplyDelete
  24. @ajumohit Terima kasih Aju.. Insya'allah.. Allah terlalu sayangkan tiap2 hambanya yang diberikan dugaan.. ;)

    ReplyDelete
  25. @Mama Gee Btul tu mama.. Muhasabah & motivasi diri kita.. ;) TQ mama.. ;)

    ReplyDelete
  26. setiap yang berlaku ada hikmahnya...cuma kita kena bersyukur ngan apa yg ada...hero2 ina tu penguat ina utk terus tabah mengharungi hidup...so, kuatkan semangat...nota kat bawah tu tak tahan baca..tq...tersengeh2 syila membaca titik permulaan pertemuan kita....

    ReplyDelete
  27. @♥SyilaSyira♥ Hik3!!! Detik pertemuan erk?!! Hik3!! Comelkan tgk anak2 kita elok pakat mainnya.. ina riso deme bergaduh je.. ;)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.