Advertisement

Main Ad

~Wordless Wednesday #M.E.M.B.E.B.E.L tentang Aqil Naim vs S.C.H.O.O.L ;)~

As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
Wordless Wednesday #M.E.M.B.E.B.E.L tentang Aqil Naim vs S.C.H.O.O.L ;)

Panjangnya tajuk entry.. Maknanya bebelan ibu kali ni pun mesti panjang menjela.. Sesekali bagi ler peluang ibu membebel kat sini yer.. ;) Ada tak yang nak tau perkembangan Aqil Naim setelah masuk 2 minggu dia ke sekolah?!!! Permintaan Deq Cha sebenarnya yang mintak ibu ceritakan pasal Aqil & sekolah ;) {tq dear sebab bertanya tentang Aqil & sekolah}.. Kalau tanya ibu kisah seharian dia di sekolah.. Nyata lah ibu tak tau sebab awal pagi lepas jer Aqil Naim beralih tangan pada teacher, ibu serahkan 100% kepercayaan ibu atas penjagaan pihak sekolah.. Kerana yakin & percaya ibu serahkan Aqil Naim untuk mereka didik mengikut tahap umur Aqil sekarang.. Mesti ramai yang rasa terlalu awal untuk Aqil ke sekolah kan?!!! Tapi rasanya masih ada lagi yang lebih awal dari Aqil Naim lagi.. Bagi ibu dalam usia Aqil Naim sekarang dah seeloknya ibu & ayah hantarkan dia ke sekolah.. Disana banyak pendedahan yang Aqil akan dapat.. Disamping kawan2 baru.. Aqil Naim akan lebih tahu bagaimana untuk mendisiplinkan diri.. Berdikari apabila dia berada dikelompok selain daripada ahli keluarganya sendiri.. Malahan Aqil akan lebih yakin dengan diri sendiri.. Insya'allah!!!!

Dari pemerhatian ibu, Aqil seorang yang cepat belajar.. Dia mudah ingat setiap apa saja yang berlaku & yang diperkatakan oleh orang2 sekelilingnya.. Jadi rasanya tak salah untuk ibu & ayah daftarkan Aqil Naim ke sekolah lebih awal berbanding waktu zaman ibu & ayah dulu2 kan?!! Umur 6 tahun baru masuk tadika ;).. Walaupun pada awalnya ibu kurang keyakinan diri untuk hantar Aqil ke sana.. Memandangkan kos bayaran bulanannya agak tinggi dari biasa.. Untuk hantar Aqil sesi sepenuh masa dari pagi sampai ke petang yuran bulanannya adalah RM290.. Termasuk kelas Iqra pada sebelah petang serta aktiviti2 lain.. Ibu & ayah pejamkan mata saja.. Bagi ibu & ayah wang ringgit boleh kami cari.. Biarlah Aqil Naim dapat yang terbaik demi masa depan dia.. Jangan tak tau ibu dah mula pasang angan2 dimana nak hantar Aqil bila dia dah masuk Sekolah Rendah & dimana pula ibu nak daftarkan dia bila melangkah ke Sekolah Menengah.. Giler ker ibu ni?!!!! ;p Aqil baru nak masuk 4 tahun ler tahun depan.. Kenapa jauh sangat ibu dah merancang nih?!!! ;) Mana ada ibu bapa yang giler bila sebut tentang harapan mereka pada anak2.. Mesti harapan mereka tinggi.. Apa salahnya ibu simpankan dalam hati impian & harapan ibu pada Aqil.. Mungkin itu juga adalah doa bila ia dah terdetik jauh di sudut hati ibu nih.. Amin!!!!! Kita minta yang terbaik.. Kita doakan yang terbaik.. Kita beri yang terbaik.. Insya'allah!!!

Tadika Visi Cemerlang!! Disitulah ibu & ayah tempatkan Aqil Naim.. Kalau ditanya pada ibu "Apa yang bagusnya dekat sana?!!!".. Buat masa ni ibu masih belum dapat bagi jawapannya.. Tunggu ibu review pertengahan tahun depan setelah Aqil Naim selesai tamatkan sesi pertama persekolahan dia.. Kalau ditanya sekarang perkembangan Aqil setelah hampir 2 minggu disana.. Aqil dah mula biasakan diri dengan berbahasa Inggeris.. Walaupun masih pelat2.. Dia dah tau menggunakan perkataan "What are u doing?!" "What is this?!" "My name is Aqil Naim.." "This is bla bla bla!!" ;) Ibu bangga!! Aqil jugak dah pandai baca A to Z & mengira One to Ten.. Aqil dah boleh mengenal kenderaan & haiwan dalam Bahasa Melayu & Inggeris {walaupun tak banyak yang dia tahu}.. Dan sekarang setiap kali balik dari sekolah.. Ibu & ayah adalah anak muridnya.. Masuk2 kereta dari sekolah sampai ke rumah sepanjang jalan kami akan diajarnya macam2.. ;) Bahagianya hati ibu sayang.. Baru 2 minggu tuh.. Belum setengah tahun lagi.. ;)

Aqil Naim!!! Ibu & ayah punya harapan yang tinggi pada Aqil.. Kerana Aqil satu2nya zuriat ibu & ayah.. Kami sentiasa berdoa moga Aqil akan jadi lebih baik dari kami.. Aqil akan jadi yang terbaik diantara yang terbaik.. Kami sentiasa mahukan yang paling baik dalam hidup Aqil.. Ibu harap satu hari nanti Aqil akan faham.. Kenapa kadangkala ibu & ayah terlalu tegas dengan mu.. Bukan kerana kami tak sayang tapi kerana kami terlalu sayangkan mu.. Aqil!!! Ibu & ayah sentiasa mendoakan agar Aqil berjaya bukan saja di dunia namun di akhirat kelak.. Amin!!!!!! ;) 

Layanzzzzzzzzzzzzzz!!!






Aktiviti kesukaan Aqil sekarang..
Main Puzzle & tengok DVD ABC.. ;)
Waktu main Aqil Naim pun berubah..
Isnin hingga Jumaat tepat jam 9.30 malam..
Adalah masa untuk tidur!!!!!!! ;)
T.A.M.A.T
Tata!! Titi!! Tutu!!
Nota Si Jari Runcing ~Hari Jumaat ni ada taklimat di sekolah Aqil.. Untuk pelajar baru sesi 2012.. ;) Rasa macam baru semalam ibu ditolak keluar dari dewan bedah setelah selamat melahirkan permata hati ibu & ayah.. Sekarang dia dah meningkat dewasa.. Melangkah ke alam baru.. ;) Sayu!!!! Nampak sangat usia ibu dah makin meningkat.. Moga Allah swt berikan kesihatan yang baik buat ibu untuk sama2 dengan ayah melihat kejayaan Aqil nanti.. Amin!!!! ;) Pstttt!! Sekarang ibu dah rajin cucuk ubat tau.. Sejak kena sound dengan nurse hari tu ler.. ;p~

Post a Comment

44 Comments

  1. tak de salahnya mmbina impian utk anak kita. smua tu prncangn mudah2an Allah makbulkn ;D

    ReplyDelete
  2. ooohhh sungguh teruja. lepas abg aqil, dah pasti kakak oni pula, diikuti aie. waaaa, anak-anak sudah membesar. kita berikan yg terbaik utk mereka. biar mereka cerdik pandai dan pandai menghargai kita.

    mujurla akak tak berkampung kat skolah kan? kalau tak mesti akak tersenyum lebih sikit drpd ini. TAHNiAH abg aqil. ur are the best dear. aunty missed u. one fine day kita jumpa ok ;)

    ReplyDelete
  3. tumpang happy..lya pon xcited nak htr asya k skolah.. pada awlnya nk start htr thn depan... tp.. ada pblem xdpt dielakkan... tangguh dlu skejap..

    semamengnya kt mberi harapan y penuh pada satu2nya harapan kt kan?? lya faham sgt rsa tu..kalo bruk anak kt..sorang tu la..kalo baik anak kita pon..ttp dia sorang.. sbb cuma ada 1 harapan.. smoga harapan kt mbesar dgn jayanya & deredhai serta tuhan permudahkan pjlanannya mnuju kejayaan sbgaimana tuhan pmudahkan pjalanannya utk menumi kita sbg ibubapanya dulu..amin...

    sayang aqil..sayang asya !!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..sejuk hati baca n3 ni..anak akak dulu pun sekolah bila masuk usia 4 tahun..x der salahnya ina.. skrg ni student darjah satu pun da pi tuisyen..bukan mcm kita dulu kan...

    semoga anak2 kita sama2 akan menjadi anak yg bijak n cemerlang di dunia n akhirat..amin.

    ReplyDelete
  5. semoga aqil naim terus berjaya dunia akhirat.. amin..

    ReplyDelete
  6. wah...perkembangan yg baik tu ina...
    baru 2 minggu tuh...

    bagi akak, takde istilah 'terlalu awal' utk ke sekolah..zaman skrg parents kena jelas, pegi skool di umur 4thn ke bawah bukan utk didera belajar baca, tp lebih kepada palyschool utk perkembangan asas fizikal, mental & emosi anak2...
    anak2 akak start dr umur 2 thn akak dah antar pegi playshcool..

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah kak, Aqil akan jadi seorang anak kebanggaan Ibu Ayah nya.. :)

    ReplyDelete
  8. wah..aqil dh pandai speaking ye..bijaknya dia..:-D

    ReplyDelete
  9. moga aqil jadik anak yang boleh dibanggakan ayah dan ibu..amin

    ReplyDelete
  10. good boy moga lebih cemerlang lagi lepas nie..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah... cepat dia belajar. alya pun nak masuk 4 thn dpn. nak hantar ke PASTI dan dia pun mcm excited jgk. next year kena tgk mcm mana perkembangannya.

    ReplyDelete
  12. aqil semakin minat belajar..syabbass aqil..hehe..mest ibu aqil suka kan perkembangan ni kan..;)

    ReplyDelete
  13. walaupun akak belum punyai anak... tapi dalam kepala ni macam2 yg akak rancangankan untuk masa depan mereka... semoga aqil menjadi anak yg bijak pandai....... amin.

    ReplyDelete
  14. tumpang bangga jugak.....semoga aqil terus rajin berusaha

    ReplyDelete
  15. sebagai ibu, kita inginkan yang terbaik untuk anak..
    moga Aqil menjadi anak cemerlang di dunia dan akhirat, amin....

    ReplyDelete
  16. nureen pon bangga.. ellesya pon dah dok start ngajo dia.. ;)

    ReplyDelete
  17. mesti kita bangga dgn pencapaian anak kita kan sis...:)
    Seronok tgk dia org membesar..:)

    ReplyDelete
  18. @ch@ Insya'allah Deq Cha!! Mudah2an satu hari nanti Allah jodohkan kita sekeluarga berjumpa jgk.. Waktu tu ai nak polok u kuat2.. Sbb u comel sgt.. Hik3!!!

    ReplyDelete
  19. @LYAfrina Betul tu Lya.. Baik buruk dialah seorang.. Biarlah yg terbaik utk dia.. Sebab dialah seorang.. Ina harap bila dia dewasa nanti dia faham, tahu & mengerti.. ;)

    ReplyDelete
  20. @Mamamya ;) Terima kasih kak.. ;) Inapun rasa x ada salahnya.. Zaman sekarang cabarannya terlalu tinggi dgn teknologi yg makin canggih.. Ina harap Aqil mampu lakukan yg terbaik.. Amin!!! Terima kasih ye.. ;)

    ReplyDelete
  21. @MamaYatie Betul tu kak.. Kita bkn mendera.. Cuma beri dia peluang dididik mengikut tahap kemampuan dia skrg.. :)

    ReplyDelete
  22. @anisalya Betul tu kak.. Aqil pun dah makin suka tiap2 pagi bila nak pegi school.. ;)

    ReplyDelete
  23. semoga aqil terus membanggakan mummynya=)turut bangga=)

    may allah bless u dear aqil..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.