EmIenAqil R&F is best viewed using IE V9, Mozilla Firefox & Google Chrome "ONLY!!" TQ!! (",)
Assalamualaikum!
Hii dear all!
Apa kabar semua?!
kami MULAKAN dengan BISMILLAH dan IRINGAN doa
Ibu mulakan cerita tentang perjalanan kami menjadi "tetamuNYA" yer. Sebelum tu ibu serba salah sama ada nak menulis disini tentang perjalanan indah kami sekeluarga ataupun tidak. Bimbang jugak hati ni andai ada yang anggap cerita ini bertujuan untuk menunjuk2 ataupun apa. Owhhhhh sebelum tu ibu nak mintak maaf dulu kalau bahasa susun atur cerita ibu kali ni agak berterabur sampai memeningkan kepala kome nak membacanya nanti. Ikutkan benda ni ibu publish masa blog kami ni masih lagi ibu kunci pintunya. Sebab apa ibu kunci? Tak payah cite ler erk mestilah ada alasan ibu kenapa ibu kunci pintu rumah kami ni buat sementara waktu. ;)
Ok jom sambung sebelum ibu mula meleret yang bukan2. Hurmmmm mana nak mula?! Bismillahirahmanirahim! Kami mula bertolak dari rumah atok & opah Aqil. Umrah kami buat pertama kalinya ini disponsor penuh oleh atok Aqil. Abah cakap ini adalah hajat dia sebelum dia pencen. Abah nak sangat bawak anak menantu dan cucunya kesana. Ikutkan ini kali ketiga opah dan atok ke sana sekali waktu tunaikan haji dan dua kali tunaikan umrah. Dua kali sebelum ini mereka hanya pergi berdua saja. Tapi kali ketiga ni abeh satu angkatan dibawanya. Semoga Allah swt murahkan rezeki kalian berdua. Aamiin!
Mula2 ibu diberitahu oleh atok hajatnya mahu membawa kami semua kesana, ibu blur. Percaya tak ibu boleh fikir sampai ke tahap "pegi sana nak doa apa?!". Ok! Kome boleh cakap bodohnya ibu atau jahilnya ibu. Sampai boleh fikir macam tu. Kalau tanya apa perasaan ibu waktu mula2 nak persiapkan diri kesana macam2 rasa ada. Takut dah semestinya. Sangat2 takut sebab ibu sedar diri ini masih terlalu banyak dosa. Siapa yang tak takut kan?! Kita nak kesana. KerumahNYA dan menjadi tetamuNYA. Mahukah DIA terima kami?! Ya Allah! Setiap malam ibu tangisi dosa2 lampau. Setiap saat keluarga kami diuji dan terus diuji. Dan waktu itu ibu yakin apa yang harus ibu buat. Menyerahkan diri dan yakin 100% hanya padaNYA.
Kerisauan ibu berganda bila fikirkan Aqil Naim. Dengan dia yang semakin meningkat tahap kenakalan dan keaktifannya. Tak mahu duduk diam ada jer kerja yang dia nak buat. Sama ada kerja yang boleh menaikkan darah atau melemahkan jantung ibu yang agak2 tak berapa nak sihat sejak meningkat usia 30an nih. Owhhhhhhhhhh ibu dah semakin tua nampak gayanya. ;p Hu3! Ibu pernah dengar kisah anak2 kecil yang tak dapat dikawal waktu di tanah suci. Dalam keadaan ramainya hamba Allah yang berpusu2 dalam melakukan ibadahnya. Ibu jadi takut. Dapat ker kami kawal pergerakan Aqil. Mahu ker dia duduk diam tak banyak ragam. Macam2lah yang ibu fikir.
Macam mana keadaan kami disana?! Aqil Naim macam mana?! Ok nanti ibu sambung cerita. Penat pulak dah lama tak menaip panjang2 ni. Lagipun kalau sekali ibu menaip menjela2 karang juling pulak bijik mata kome nak membacanya. Ekekekekekeke! Kita sambung cite seterusnya dalam entry2 yang akan datang. In shaa Allah!
Phewwwwwwww! Nak mengarang satu entry pon berkali2 stopnya. Ada saja iklan yang mengganggu. ;) Redha jer lah yer ibu permintaan ayah & Aqil mana boleh dilambat2kan. Hu3!
Layanzzzzzzzz!
22/2/2014 - 8.35am - Ipoh, Perak
Persiapan kami sebelum berangkat.
Setiap seorang disediakan beg kecil warna hitam yang depan sekali tu.
Nampak tak riben kuning2 tu?!
Itu semua kerja opah.
Kata opah nanti dekat Airport senang kita nak kenal beg kita yang mana. ;)
Budak yang sangat2 excited nak kesana.
Dalam hati ibu tertanya2.
Budak kecik ni tau tak kami ni nak kemana?
Untuk apa?
Nak buat apa? ;)
Berangkatnya kami kesana membawa 1001 harapan.
Agar segala ibadah kami diterimaNYA dan dipermudahkan. ;,)
Inilah keluarga ibu.
Ada yang rindu tak?!
Alhamdulillah!
Kami semua dalam keadaan sihat2 belaka.
Aqil melayan atok chepor nya bersembang.
Banyak sangatlah tu cerita dia.
Terima kasih pada keluarga mertua ibu..
Sudi menghantar kami ke stesen bas.
Kami naik bas dari Ipoh terus ke KLIA.
Di KLIA ada saudara mara sebelah opah Aqil yang menyambut kami.
Umrah keluarga kami dimeriahkan dengan kakak opah tiga orang yang sama2 turut serta.
Mak saudara ibu yang tinggal di KL dua orang.
Yang duduk di Ipoh seorang.
Bila tengok gambar ni ibu sayu.
Semoga Allah swt beri kesihatan dan kesembuhan buat atok chepor Aqil.
Aamiin!
Sebelum bas sampai kami makan2 dulu dekat kedai mamak.
Risau sangat ibu dekat sana tak ada teh ais mamak nih.
Muahahahahaha!
Tapi ibu lupa rupanya disana ada air yang lebih nikmat rasanya daripada segala air yang ada.
Air Zamzam. ;,)
Ayah tengah hafal doa erk?! ;p
Melayan perasaan yang bercampur baur.
Dia yang sentiasa happy.
Paling excited budak ni ler.
Mungkin dia rasa teruja pertama kali naik bas kot. ;D
Game dia kami tak tinggal tetap juga dibawa.
Fikirkan takut dia tak duduk diam sepanjang perjalanan dalam bas & kapal terbang.
Nak pegi sana pun terpaksa bawak gadget nak umpan dia.
Adoiyai Aqil Naim. ;D
-sEkIaN-
Nota Si Jari Runcing ~Alhamdulillah! Perjalanan kami yang pertama tak ada apa halangan. Dalam masa 3 jam kami selamat sampai ke KLIA. Disana debaran dihati semakin kencang. Dup! Dap! Dup! Dap!
2 Comments
kenangan terindah dlm hidup ina se family..untung sgt aqil
ReplyDeletealhamdulillah dipermudahkan .. x semua org ada kekuatan dan keberanian nak kesana .. kiranya pintu hati ibu dah terbukalah ni .. walaupun buat umrah ...
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.