Advertisement

Main Ad

salam MAAL HIJRAH 1436 daripada EMIENAQIL

EmIenAqil R&F is best viewed using IE V9, Mozilla Firefox & Google Chrome "ONLY!!" TQ!! (",)
Assalamualaikum!!
Hii dear all!!
Apa kabar semuanya?!
Credit picca from FB
Kepada semua sahabat yang mengenali keluarga kecil kami di alamaya ini. Dengan rasa rendah diri, ibu mohon kemaafan dari kalian andai sepanjang perkenalan kita ada rasa hati yang terguris, tersentuh, terkilan dengan kejahilan kami insan hamba Allah swt yang tak pernah sempurna. Ibu bukan Malaikat apa lagi seperti Nabi dan juga Rasulullah saw. Ibu hanya manusia biasa yang penuh dengan khilafnya. Seringkali juga terlupa dan alpa dengan keangkuhan dan sombongnya duniawi. Masih cuba berlajar memperbaiki diri. Masih berusaha membuka mata hati menerima teguran dan nasihat dari mereka yang masih henti menasihati. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa disisi tidak pernah pergi jauh dari diri ini.
Salam Maal Hijrah dari kami EmIenAqil (",)
Muhammad Aqil Naim.
Hadirnya dia membawa seribu rahmat.
Disambut dengan penuh kesyukuran.
Ditambat dengan kesyahduan.
Membesar menjadi sebuah kekuatan.
Meningkat menjadi sejuta semangat.
Menjadi tongkat untuk mengampu diri agar terus berdiri.
Membina perjalanan yang penuh keajaiban dengan izinNYA.
Masa berganti masa.
Tahun beganti tahun.
Alhamdulillah!
Masih tetap seperti dulu.
Tiada yang berubah.
Malah terus berusaha ke arah yang lebih baik.
In shaa Allah!
Istiqomah ikhlas kerana Allah swt.
Layanzzzz!
-sEkIaN-
Nota Si Jari Runcing ~Menjadi tetamu Allah membuat cintaku semakin membuak. Ya Allah! Agungnya cinta kasih mu buat setiap hamba mu itu. Meskipun satu ketika waktu dia hidup dalam penuh sombong dan takbur kepada mu. SubahanAllah! Kami rindu menjadi tetamu mu Ya Allah! ;,(~

Post a Comment

1 Comments

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.