Assalamualaikum!!
Hii dear all!!
Apa kabar semua?!
Entry frozen!!
DAY 2 mood DIA pasang SURUT
Ikutkan hari ni dah hari ke-6 minggu kedua Aqil Naim ke sekolah..
Pagi Sekolah Agama Rakyat petang Sekolah Kebangsaan..
Untuk si bulu mata lentik tu menyesuaikan diri dengan jadual baru bukan mudah..
Dengan disiplin baru..
Mood & suasana baru..
Seusia 7 tahun dia memerlukan masa & ruangnya sendiri..
Dan sebagai ibu & bapa..
Ibu & ayah perlu banyak bersabar & bertolak ansur..
Ibu ayah masih bercuti di hari kedua..
Bukan kerana tidak percayakan kewibawaan Aqil..
Cuma ibu nak bagi lebih sokongan pada Aqil diawal2 fasa baru jadual hidupnya demi masa depan..
Cehhhh!! Ayat ibu skema sungguh..
Macam Aqil Naim jugak "skema".. ;p
Day 2!!
Ibu bagun seawal 5 pagi..
Nampak sangat sebelum ni ibu bangun lambat.. ;p
Hari kedua ibu bekalkan Aqil Naim nugget ayam..
Aqil masih tak pandai nak membeli di kantin..
Mungkin dia runsing nak bersesak2..
Bila ibu tanya "Aqil tak nak beli apa2 ker?!"..
Aqil jawab "Saya kan ada bekal ni.." dia senyum2 jer..
Sebak pulak rasa hati ibu..
Baby ibu dah tak baby lagi dah.. ;,)
Hari kedua awal pagi mood Aqil tak elok..
Kalau hari pertama bangun pagi dia semangat..
Petang dia buat perangai..
Hari ni terbalik pulak..
Bangun2 pagi dia mengeluh liat nak bangun..
Nak mandi pun menangis..
Bila turun sarapan muncung Aqil dah sedepa panjangnya..
Ibu layankan jer..
Ayah yang dah tarik muka ibu sabarkan..
Kalau boleh tak nak marah2..
Tak nak mood Aqil Naim bertambah spoil..
Tapi bila Aqil Naim dah sampai ke Sekolah Agama..
Dia dah boleh senyum sikit..
Oklah tu kot.. ;)
Layanzzzzzzzzzz!!
Hari kedua..
Menangis waktu mandi..
Ntah apa mood dia ntah..
Agaknya rasa teramat penat hari pertama dia tak puas tido kot..
Ayah jenuh sabar melayan Aqil Naim..
Ibu pulak kena ceriakan diri nak up kan mood dia.. ;)
Ibu tak mahu Aqil ke Sekolah dengan perasaan sebal..
Balik dari Sekolah Agama.. :D
Tengoklah tu..
Betapa cerianya dia..
Dari bawah ibu dengar suara dia je..
"Tepi sikit nak lalu nak lalu ni..."
Aiyoooooooo!!
Turun elok2 sayang jangan tertolak kawan2..
Inilah ibu kata mood pasang surut..
Kalau semalam awal pagi mood Aqil ok petang mood dia k'o..
Hari kedua mood waktu petang dia terbaik..
Masih ibu bekalkan makanan..
Bawak beg comel tembikai yang sama..
Dengan tanpa rasa segan dia bawak bekal tu.. ;)
Alhamdulillah!!
Segak tak saya?!!
Alahaiiiii!!
Baby boy ibu dah besar dah bertukar jadi Big Hero 1.. ;D
Masa ni Aqil bisik apa ntah pada ayah..
Agaknya dia suruh ayah bawak ibu balik kot..
Ibu yang tak nak balik2..
Aqil Naim steady jer.. ;D
Di kantin tertib je budak ini.. ;)
Bila disuruh beli makanan dekat kantin..
Aqil Naim jawab "Saya kan ada bekal ni.."
Senyum2 sambil tunjuk bekalan dia... ;,)
Balik pukul 6.15 ptg dialah yang paling ceria..
Alhamdulillah!!!
Anak ibu yang semakin bijak.. ;D
Belajar rajin2 sayang..
-sEkIaN-
Nota Si Jari Runcing ~Hari pertama kedua yang bermakna dan semoga hari2 seterusnya Aqil Naim terus berjaya.. Aamiin!!!!~
6 Comments
perasaan dia masih confuse dgn suasana baru.. persekitaran baru... sekolah pagi dan ptg mmg buat budak rasa penat... sikit.. nanti lama² biasalah tu ...
ReplyDeletelama2 ok la kan
ReplyDeleteaqil kan budak gud...
ReplyDeletesekejap2 je drama kan..
lg pon sbb terlalu penat kot..
lg2 sekolah keb sebelah petang.. lg lah letih..
mcm kat sini semua sekolah satu sesi sebelah pagi aje..
kelas agama lak xada lg kat sini..cuma kna cari sendiri.. mana y nk hantar..hantarlah.. cam asya lya htr kafa kat pasti , start kul 3-5ptg.. tu pon dh letih sgt bila balik kafa..
penat sekolah pagi petang...mesti ada pasang surut anginnya tu..
ReplyDeleteaqil...dah besar...dah g school!
ReplyDeletemuka aqil ni nmpk matang...xnampak mcm darjah 1...
hihi..biasa la tu ye..mood ke sekolah memang berubah2..cam nana dulu2 gak..haha
ReplyDeletesalam kenal kak & jmeput ke blog nana
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.