Advertisement

Main Ad

Kembali bercambah benih lama..

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..
Salam Perak Amanjaya..
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!


Alhamdulillah! Selesai sudah Majlis Pertabalan Sultan Perak yang ke-35 DYMM Sultan Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Semoga Negeri Perak terus Amanjaya dibawah naungan DYMM Tuanku Sultan.. Daulat Tuanku!

Hari semakin menganjak petang membawa ke malam.

Kembali rasa nak bercerita. Sejak dua menjak ni ntah apa penyakit lain yang dah mengganggu tidur malam ibu. Mata tak dapat lena selagi jam belum mencecah ke angka satu atau dua pagi. Aduh! Mata yang semakin degil tak mendengar kata hati. Disuruh lena dia tak mahu. Dipaksa lelap dia memberontak menjadi semakin bulat. Akhirnya terpaksa juga mencari ubat penawarnya agar dapat kembali tidur lena. Amboi ayat kau ibu Aqil. ;)

Kembali bercambah benih lama. Lama sudah rasanya retina mata tak menari-nari disetiap halaman helaian sebuah buku cerita. Tak kisahlah cerita dogeng hikayat cinderella melayu ataupun apa sahaja. Buku yang terakhir dibaca hasil penulisan E-Man Sufi. Daripada kisah Suami Yang Ku Benci (ayah Aqil, bukan awak yang saya benci kerna saya tak pernah bencikan awak cuma geram sikit-sikit tu adalah sekali dua ;D), Hikayat Si Pematah Hati, Bukan Kerana Aku Tak Cinta (buku E-man yang pertama dibaca baru tahu ada kisah lain yang ada kait-mengait sebelumnya) diakhiri dengan Romeo vs Juliet. The End! Lepas tu dah terkubur balik minat membaca bersama buku-buku didalam rak di bilik bawah. Kesian! 

Cuma beberapa hari ni selepas berkenal-kenalan dengan sebuah (sebenarnya dah beli berbuah-buah) buku genre anak muda masa kini yang tak ada ala-ala cinderella melayu. Kebayakannya lebih kepada dunia zaman sekarang dan kejadian yang "sebenarnya" sedang berlaku di zaman GST. Atau zaman moden. Atau zaman semuanya hanya dihujung jari. Atau lebih tepat dipanggil dunia di akhir zaman. Hah!  Amik kau! ;,D Maaf ini hakikat sebenar kita berada di dunia akhir zaman kini. ;,( Allahurabbi!

FIXI! Legen Press! Baru tahu tentang kewujudan mereka. Itupun setelah terbaca posting di wall fb seorang sahabat lama. Dari perkongsiannya ada "segelintir" penggunaan bahasa atau olahan ayat didalam penceritaan buku keluaran FIXI & LP ini yang cuba disampaikan si penulis boleh merosakkan anak muda masa kini. Bahasa moden yang bercampur-campur. Rubish! Sampah! Jadi itu katanya dan dipersetujui oleh seangkatan dengannya. Disertakan dengan "bukti" sedikit dari babak-babak penceritaan dalam salah sebuah buku keluaran FIXI & LP yang agak "daring" bahasanya dan mempunyai "double meaning". Boleh membuat segelintir manusia yang punya nafsu membayangkan sesuatu sehingga diluar kotak kawalan pemikiran yang logik dan "bersih". Ditekankan sekali lagi "segelintir" bukanlah semua. Ikut juga pada penerimaan k"otak" kawalan si pemikir itu sendiri sebenarnya. Tapi disebabkan status sahabat ibu itu "penggunaan bahasa yang cuba disampaikan boleh merosakkan anak muda masa kini" ibu sebagai bukan lagi seorang "anak muda". Yang sudah dapat menerima kenyataan diri ini semakin menganjak ke usia tua. Hahahahaha! Gelak sikit. Sehabis daya cuba berusaha mencari buku genre anak muda yang dibahaskan mereka itu untuk mengenali sendiri garapan sebenar penulisan dan penyampaian si penulis mengikut k"otak" pemikiran ibu sendiri. Kengkonon! Tengok! Penggunaan bahasa diri sendiri juga yang sesekali tidak betul. Wohooooo! Chill yaa... ;)

Seperti biasa, siapalah yang sudi dengan rela hati serta penuh kasih sayang sanggup menjadi peneman setia ibu dalam usaha mencari buku-buku tersebut. Jika tidak si dia kekasih halal ku. So sweet! Ok suka hati kalau nak muntah tak kisah pun. ;) Sesudah semalaman di google antara tajuk buku yang hangat menjadi pilihan pembaca. Ataupun menjadi best seller sepanjang masa. Maka ibu senarai pendekkan dalam tujuh ke lapan tajuk dan terus bersemangat mengajak ayah ke Jaya Jusco Kinta City Ipoh. Pada mulanya kaki terus menuju ke kedai buku yang paling popular. Udah namanyapun POPULAR kan mestilah dia yang paling popular kan. Pandai betul pilih nama kedai. Andai kata tak popular pun dia tetap akan dipanggil POPULAR. Hahahaha! 

Cari punya cari sampaikan ayah dan Aqil Naim dah berkejaran satu sama lain. Tidak pun Aqil Naim berkejaran sendirian. Manakala si ayah tegak berdiri mencuci mata sambil membersih minda mencari jati diri. Yolah tu! Ibu masih setia mencari-cari dari satu rak ke satu rak tidak juga diketemui. Akhirnya, ibu ke satu lagi kedai buku yang agak jarang ibu masuki. Selalu lalu-lalang di luar saja. Itupun sebab dihadapannya ruang kedai makan Secret Recipie. Duduk makan minum lepas tu cuci mata dari luar sahaja tengok buku-buku yang berada didalam kedai. Tengok sajalah tak berkeinginan nak masuk belek pun. Cuma pada hari itu disebabkan keinginan yang agak tinggi ibu panjangkan kaki melepasi pintu masuk kedai. Pada mulanya merata hala ibu cari dimana letaknya novel-novel melayu. Owhhhh! Di sana di satu sudut rak yang bertingkat-tingkat. Ibu berdiri tegak dihadapannya dan mata meliar mencari dan terus mencari. Ada! Malah tajuk-tajuknya sahaja buat ibu terpinga-pinga. Hanya satu ayat sahaja tapi penuh maksud tersirat. Akhirnya setelah menjeling melihat air muka si ayah yang agak penat dan masih setia menanti. Laju saja tangan menarik dua buah buku yang telah disenarai pendekkan menuju ke kaunter bayaran. Selesai dibayar ok boleh balik. Jom ayah kita bawa Aqil Naim balik. Sambil bibir mengukir senyum manis buat kekasih halal ku itu. 

Sampai sahaja dirumah, memikirkan esok masih lagi bercuti rehat hujung minggu. Sekali lagi penyakit itu datang. Gian! Gian nak menyemai "benih" lama. Ibu mulakan penjelajahan novel FIXI pertama pilihan ibu. Kelabu! ;)



Kelabu!

Sipnosisnya.. Nak tahu cuba google sendiri. Hahahaha! Nampak sangat jari dah tak terdaya nak menaip panjang lagi. Sudah sekian lama rasanya tak menaip dan menyusun susun atur ayat panjang sebegini. Mungkinkah pengaruh dari membaca novel genre "muda mudi" seperti ini?! Atau?! Arh! Kalau ibu yang semakin tua merentas usia boleh sedikit terpangaruh bagaimana dengan mereka?! Si "muda mudi"?! Keseluruhan setelah membacanya ibu jatuh cinta dengan gaya penceritaan yang disampaikan. Apa yang tidak ibu jangka dipertengahan cerita itulah sebenarnya "dia" siapa Amir?! Nak tahu nak kenal dia cari buku ni boleh baca sendiri.

Apapun saja pengaruhnya ia tetap ada dua pilihan. Samada memilih yang baik atapun buruk. Betul kan?! Siapa setuju?! Sila tepuk dahi. Hah! Kan.... Dah terjebak. Di nyatakan di sini, ini adalah blog peribadi yang kebanyakkan ceritanya hanya ada kena mengena dengan diri ataupun hidup ibu sendiri tidak bersangkut paut dengan orang lain terutama yang tidak pernah ibu kenali. Kecuali mereka. Mereka yang telah menjadi sebahagian dari diri dan hidup ini. Warghhhhh!! Kagum seketika dengan ayat penulisan sendiri dalam erti kata lain "masuk bakul angkat sendir". Hentam sajalah kau ibu Aqil. Padahal ayat tunggang langgang pecah bersepai. Hancur! Tapi masih belum dianggap sampah lagi kot kan?! Terpulang...

Kesimpulannya setelah membaca novel genre "muda mudi" ni. Hurmmmmm!



Maka seterusnya. Terjebak!! Kunjungan untuk kali kedua sebanyak tiga buah buku yang ibu sambar. Habis cerita.



Diantara koleksi yang sudah ada dalam simpanan. Yang pertama dibaca adalah "kelabu" diikuti dengan "seyogia" dan bakal menanti giliran untuk dibedah isi perutnya adalah "gantung". Jangan tak tahu akan menyusul penghantaran pos laju untuk tajuk-tajuk yang seterusnya. Amik kau ibu Aqil! Bankrap ler lepas ni. Hahahahaha

Apa salahnya kan?! Membaca kan dapat menambah ilmu dan meluaskan pengetahuan. Menghayati jalan cerita dan ambil nota pada "pengajaran" yang boleh kita perolehi dari si penulis. Membaca juga bagi diri ibu dapat mengembangkan buah fikiran kita. Kerana setelah ibu tanamkan kembali "benih" membaca itulah maka lahirlah penulisan ibu bagi entry panjang lebar untuk kali ini. Esok lusa dan seterusnya ikut pada keadaan semasa dan kekangan waktu. Hahaha!

Tapi.....

Ada ke yang sudi nak baca sampai habis?! (bulat biji mata memandang screen iphone) berhenti dulu bateri dah tinggal 16%. Kita charge dulu.



Belanja kalian satu gambar dia si bulu mata lentik dengan si dia yang sejak azali memang banyak bulunya. ;)

-sEkIaN-

Nota Si Jari Runcing ~Jari ku sudah lenguh minta dipicit-picit! ;D~

Post a Comment

3 Comments

  1. weh!!..rindunye ke mu..bile buleh jumpa nieh..

    ReplyDelete
  2. wit..wit.. ina dah mailer.. lama tak dengar cerita weh...
    sekarang dah mula bercambah kembali yer... akak tak der masa nak baca tu..

    ReplyDelete
  3. Lya pom suka.baca novel
    . Tp skarang sjk bkhwin..on off..bgntungbpd masa..

    Betol.ina... mmg pgunaan bhs novel skarang jauh beza dgn y lama2..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.