Advertisement

Main Ad

Throwback Umrah 2014 Part 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Throwback Umrah 2014 Part 2

Ibu sambung balik cerita throwback umrah kami. In shaa Allah! Ibu cuba update kisah umrah kami ni satu entry setiap satu minggu yer?! Disebabkan ceritanya dah lama sekitar dua tahun lepas. Ibu pun dah tak berapa nak ingat detail tentang jadual waktu atau tarikh lawatan kami. Jadi izinkan ibu bercerita secara rambang saja lah yer dimana atau apa yang berlaku. Ia tak lebih sekadar coretan buat kenang-kenangan di blog peribadi kami ini. ;)

Antara tempat yang kami ziarahi sewaktu berada di Madinah..
Masjid Qiblatain..
Masjid Dua Kiblat..
Boleh klik sini kalau nak baca sejarah tentangnya..
Terima kasih incik wikipedia.. ;)


Cantik kan?!
Bila nampak je kubah masjid dari jauh..
Hati ibu dah berbunga-bunga.. ;)
Rasa kagum..
Sambil atok Aqil bercerita tentang sejarah masjid ni..
Mata ibu tak lepas dari memandangnya..
Tersergam indah.. 
SubahanAllah! ;,)


Masjid yang diceritakan dalam lipatan sejarah perjuangan Rasulullah..
Kini di hadapan mata kami..
Alhamdulillah!


Ayah, Aqil dan Paksu..
Bergambar kenangan..


Bagi atok Aqil ini kali ketiga atok sampai ke sana..
Pertama waktu haji dan kali ini merupakan umrahnya yang kedua..
Namun keterujaan nya masih tetap sama.. ;)


Masa ni Aqil merengek sebab bosan disuruh posing kot..
Ngeheeeee!
Aqil layankan saja bukan selalu sayang..
Lepas ni tak tahu bila kita nak kesana lagi..
Sobsssssss! ;,(


Ayah bergambar kenangan..
Aqil dah mula tenyeh-tenyeh hidung dia..
Haishhhh!


Udah dia main tutup-tutup mata pulak dah..
Sudahhhhhhh!


Owhhhhh!!
Menurun perangai atok dia rupanya..
Huhuhuhuhu!


The ladies.. ;)
Ibu bersama emak dan emak-emak saudara ibu..
Waktu ni semua bersemangat..
Ibu yang sakit pun jadi bersemangat..
Semangat disana lain sangat..
Disana ibu tak rasa penat tak rasa letih ataupun mengah..
Rasa sihat sepanjang masa..
Alhamdulillah! ;)


Gambar kenangan kami kaum hawa tak berapa banyak disini..
Tak apalah asalkan dapat juga bergambar kenangan walaupun sekeping dua.. ;)


Kami singgah disini tak lama..
Dapatlah solat sunat dalam masjid..
Dan cuci mata di gerai-gerai kecil luar masjid..
Alhamdulillah!
Sampai juga kami di salah satu Masjid yang penuh dengan sejarah..
Mudah-mudahan berpeluang lagi kami sekeluarga kesana..

-sEkIaN-

Cerita dua tahun lepas.. Cerita lama.. Cerita dah lapuk kata orang.. Tapi cerita tetap cerita.. Cerita kenangan abadi kami sekeluarga.. Semoga kalian yang sudi meluangkan masa membaca cerita ibu ini juga akan berpeluang menjadi tetamu-NYA satu hari nanti.. Aamiin! Ya Rabb! Ibu doakan untuk kalian semua.. ;)

Post a Comment

4 Comments

  1. seronoknya dapat pergi sana. ramai2 satu family lagi. alahai

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ibu aqil... wah! lama tak tinggalkan komen. biasa kita baca lalu jek kalo awak ada entri baru. alhamdulillah sampai ke sana. mami pun dah rindu nak ke sana lagi. paling best dapat gi 1 family kan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..rezeki ina....
    hrp ada rezeki lya nk kesini jgk

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.