Advertisement

Main Ad

Kesilapan kan selalu terjadi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Kejadian berlaku pada petang hari Isnin yang lepas..
Sewaktu Aqil tunggu waktu untuk solat Asar berjemaah dengan kawan-kawan yang lain..
Mereka berkumpul di dalam dewan..
Menurut cerita si Aqil Naim..
Waktu itu dia sedang duduk bersila sambil tunggu masuk waktu solat..
Biasalah keadaan dalam dewan ada yang berlari main kejar-kejar..
Budak-budak lah katakan..
Si Aqil Naim memang terkenal dengan sikap dia yang suka bersendirian..
Jadi dia buat hal dia saja lah..
Menurut dari ceritanya..
Sedang dia duduk melayan perasaan..
Tiba-tiba ada seorang budak darjah 4 terjatuh sewaktu main lari-lari dengan kawannya..
Jatuh betul-betul dekat Aqil..
Nasib tidak baik beliau terlanggar badan Aqil menyebabkan cermin mata Aqil terpelanting ke lantai dengan kuat dan patah bingkainya..
Bersungguh-sungguh budak itu minta maaf pada Aqil..
Abangnya juga minta maaf pada Aqil mewakili si adik..
Bila budak itu cakap nanti mereka minta duit RM50 dari bapa mereka sebagai ganti..
Aqil jawab “Tak apa, bukan sengaja tak payah ganti..” ;)
Alahai anak!
Sedang Aqil makan nasi balik dari sekolah tadi dia cakap..
“Kesian dia kan ibu mesti dia balik kena marah dengan bapa dia..”
Dia kena marah yang kamu risaukan..
Yang cermin kamu patah kamu tak risau macam mana nak belajar tak ada cermin mata..
Baru saja beli cermin mata tu bulan lepas..
Disebabkan cermin itu dah patah kami gagah juga pergi balik ke kedai cermin mata malam itu juga..
Nasib baiklah ada lagi bingkai yang sama cuma tukar cermin lama ke bingkai baru saja..
Melayang juga lah duit untuk bingkai baru Aqil..
Apa nak buat.. ;)



Patah yang tak boleh di ‘repair’ balik..
Huhu!



Cermin lama bingkai baru..
Harapan ibu semoga kesilapan tak akan berulang lagi..
Kata Aqil kesilapan kan selalu terjadi..
Hurmmm!
Yelah tu anak oiii..

-sEkIaN-
Nak diikutkan cermin mata ibu lagi banyak yang patah kalau dikira dari awal ibu mula pakai cermin mata dulu.. Bukan kelalaian kawan-kawan tapi sebab kesilapan sendiri.. Hihihihi! 




Post a Comment

0 Comments