Advertisement

Main Ad

My Motivator

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Ibu susah nak stress lama-lama..
Sebab ibu ada “Motivator” yang akan bagi motivasi pada ibu..
Siapa lah lagi kalau bukan si bulu mata lentik seorang tu..
Semalam balik kerja ibu rasa stress sangat..
Sampaikan ibu give up rasa nak berhenti kerja sahaja..
Memandangkan bebanan kerja yang melampau..
Keadaan kesihatan ibu yang tidak berapa baik..
Ibu rasa tak mahu kerja lagi..
Nak berhenti duduk di rumah sepenuh masa sahaja..
Sampai ke tahap itu sekali..
Tapi bila Aqil Naim balik sahaja dari sekolah petang semalam..
Kata-kata semangat dari Aqil yang buat ibu sedar..
Kenapa ibu harus mengalah..
Tiada sebab dan alasan untuk ibu berhenti kerja..
Sakit bukan alasan..
Ibu kena yakin pada diri dan yakin Allah swt akan lorongkan jalannya..
In shaa Allah!



Terima kasih Aqil Naim..
Atas segala kata-kata semangat..
Ibu kuat!



Nak masuk ke fasa awal remaja..
Jerawat halus pun dah mula tumbuh di muka.. ;)

-sEkIaN-

Semoga ibu akan terus bersemangat.. Chaiyok! 

Post a Comment

0 Comments