Advertisement

Main Ad

Penat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Menjadi seorang pelajar memang memenatkan..
Nak berjaya bukan mudah..
Aqil harus berkorban masa dan tenaga..
Mana ada benda yang mudah dalam hidup..
Semua kita kena usaha untuk mendapatkannya..
Bila masuk ke alam pekerjaan tanggungjawab menjadi lebih besar..
Dari zaman persekolahan lah kita belajar mendisiplinkan diri..
Belajar memikul tanggungjawab serta amanah yang diberi..
Jika ibu ingin bandingkan zaman ibu ayah belajar dulu tak sama dengan Aqil..
Matapelajaran sekarang terlalu banyak..
Sekolah rendah sudah mula belajar Sains dan Sejarah..
Dengan matapelajaran Bahasa Arab lagi..
Awal persekolahan Aqil dulu ibu keliru..
Apa bendalah agaknya matapelajaran RBT dan TMK ni?!
Rupa-rupanya RBT itu singkatan dari Reka Bentuk dan Teknologi..
TMK pula singkatan dari Teknologi Maklumat dan Komunikasi..
Hahahahaha!
Ibu rasalah Aqil kalau ibu yang masuk sekolah zaman kamu sekarang ni..
Makin banyak lah rambut ibu yang gugur.. ;)
Aqil sekolah kebangsaan di sesi pagi..
Seawal pukul 5.30 pagi ibu sudah kejutkan Aqil..
Anak yang tidak banyak ragam walaupun waktu kecil dulu dialah yang kuat melalak menangis tak ingat dunia.. 
Kenangan sungguh.. Huhuhu!
Paling mudah untuk ibu kejutkan Aqil setiap pagi..
Panggil saja namanya dua tiga kali sambil ibu usap-usap hujung kakinya..
Dia pun menggeliat..
"Aqil, bangun nanti lambat solat Subuh.."
Diapun terus buka mata..
Perlahan-lahan dia duduk..
Tak sampai setengah jam Aqil pun siap berbaju sekolah..
Segak dan tampan anak bujang ibu yang seorang ni..
Jerawat batu pun dah mula memenuhi muka..
Alahai! Anak bujang dah besar meningkat fasa awal remajalah katakan..
Sedar-sedar nanti dia cakap "Ibu, saya nak kawin....."
Huwaaaaaaaaaaaaaa! ;,(



Letih sangat lah tu..
Lepas dah bersiap pun kadang-kadang boleh terlelap balik..
Bertabahlah wahai anak..
Kejayaan pasti menjadi milik mu nanti..
In shaa Allah!
Doakan Aqil Naim ya.. ;)

-sEkIaN-

Teringat ibu waktu zaman sekolah dulu.. Cukuplah seksa opah Aqil nak gerak ibu bangun pagi.. Paling liat nak bangun mandi.. Nasib baiklah Aqil tak menurun perangai tak elok ibu tu sayang.. Hihi!

Post a Comment

0 Comments