Advertisement

Main Ad

UPSR Batch Covid 19

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..

Semacam saja tajuk entry ibu kali ini. UPSR Batch Covid 19. Bukan satu lawak jenaka. Tapi itulah hakikatnya. Jika tidak kerana diuji dengan virus Pandemik Covid 19 yang telah menyerang bukan sahaja Malaysia tetapi satu dunia. Tahun ini 2020 Aqil Naim akan menduduki UPSR. Disebabkan virus tersebut pihak Kementerian Pelajaran terpaksa membatalkan UPSR bagi pelajar Tahun 6. 

Jika hendak di ikutkan rasa hati sememanglah sedih. Enam tahun ibu dan ayah menanti. Setia mengikuti peningkatan demi peningkatan Aqil Naim setiap tahun. Namun kami terpaksa akur anak kami tidak akan menduduki dan memiliki sijil UPSR. Bukan Aqil Naim sahaja tetapi semua rakan-rakan yang seusianya tidak dapat menduduki UPSR.

Tapi tidak mengapa. Itu hanya satu permulaan. Perjalanan Aqil masih jauh lagi. Aqil boleh buktikan untuk peringkat Sekolah Menengah pula. Apa?!!!! Sekolah Menengah?!!!! Ya Allah! Anak ayah ibu dah besar. Menganjak ke usia remaja. Suara pun dah semakin garau. Opssss! Hihihi!



Mr Lappy ibu pun dah turun ke dia.. ;)

Post a Comment

0 Comments