Advertisement

Main Ad

Aqil Naim Lambat Lagi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..

Hello kawan-kawan selamat berhujung minggu semua. Hari minggu kami seperti biasa kalau tak keluar kemana-mana duduk rumah saja lah jawabnya. Hari minggu adalah hari mendobi, membersih, melipat dan segala bagai lah. Cuma yang seronoknya sekarang tugas mendobi dan menyidai kain menjadi tugas hakiki si bulu mata lentik ibu yang seorang tu. Daripada basuh kain sidai kain semua ibu serahkan pada Aqil Naim. Cuma tugas melipat kain saja dia tak buat. Dia paling tak suka melipat kain. Huhuhu! Jangan kata Aqil Naim nak diikutkan ibu ni pun tak suka lipat kain. Tak tau lah apa masalahnya bila masuk bab melipat kain rasa lemah segala sendi otot ni. Hahahaha! Kuat sungguh drama ibu Aqil.. Ngeheeeeee!

Entry kali ni ibu bukan nak membebel pasal kisah mendobi atau melipat kain sebenarnya. Ibu nak bercerita tentang si Aqil Naim. Kalau ada yang pernah baca entry-entry ibu sebelum ni. Ibu ada cerita tentang masalah pembelajaran Aqil Naim. Dia seorang yang agak perlahan pergerakannya. Dalam banyak benda semuanya "lambat". Dari dia sekolah rendah lagi memang ibu ayah diberitahu oleh cikgu, Aqil Naim punya masalah "lambat" kalian boleh baca dalam entry ini. Setiap tahun waktu perjumpaan bertemu waris di sekolah, hati ibu tak tenang. Apa yang akan ibu ayah hadap bila berdepan dengan cikgu nanti. Ternyata setiap jangkaan ibu tu betul. Masalahnya tetap sama setiap tahun. AQIL LAMBAT!

Bulan lepas buat pertama kalinya setelah hampir dua tahun kita berada dalam fasa Pandemik Covid 19 pihak sekolah mengadakan sesi bertemu waris secara bersemuka. Terujanya ibu usah dikenanglah. Bayangkan berapa lama mereka hanya belajar secara PdPR online dari rumah. Belajar secara online dan bersemuka ni banyak perbezaannya. Rasanya lebih mencabar belajar secara online kerana penerimaan setiap pelajar tak sama. Ada yang boleh dan ada juga yang tak boleh menerima input yang diberikan cikgu secara online. Senang cerita budak lelaki bila disuruh belajar online yang mereka buat adalah main game. Aqil Naim pernah tertidur waktu kelas online sedang berlangsung. Memang mencabar tahap kesabaran ibu waktu itu. 

Dalam sesi bertemu waris kali ni ibu ingatkan tiada lagi masalah "lambat" Aqil Naim. Tapi jangkaan ibu meleset. Bila cikgu kelas Aqil beritahu "Aqil Naim dia hanya ada satu saja masalah. Dia LAMBAT! Cikgu Matematik dan Geografi complain Aqil Naim tak buat kerja yang cikgu beri...." Ibu terdiam. Alahai Intan Payung. Ingatkan bila kamu dah meningkat remaja ni ibu tak akan dengar dah perkataan keramat tu lagi. Yang paling ibu geram bila cikgu tanya padanya "Apa masalahnya Aqil?! Awak tak siapkan kerja?!" Korang tahu tak apa Aqil jawab?! Dia jawab "Owhhhh saya lupa..." Aduh Aqil Naim. Ibu malu. Berubah air muka cikgu dengar jawapan kamu.

Balik rumah memang tadah telinga saja lah dia dengar bebelan ibu yang dah macam peluru. Ibu nak tengok keputusan peperiksaan akhir tahun kamu nanti. Kalau sama saja keputusannya atau lebih teruk dari peperiksaan pertengah tahun bersiap sedialah kamu ye sayang. Huhuhuhu! Ini bukan satu ugutan tapi satu amaran. Jangan tahu nak main handphone saja. Mata pun dah semakin rabun power cermin mata pun dah naik. Hurmmmmmm!

Hari Isnin cuti kelepasan am yang lepas Aqil Naim minta ibu ayah bawa dia ke kedai buku. Jadi kami bawa dia ke Popular dalam AEON Kinta City. Dia cakap dia nak cari buku nota PT3 Form 1 - Form 3. Ibu ayah turutkan saja kemauhannya. Ibu tak kisah nak belikan kamu berapa banyak buku pun. Cuma yang penting kamu buat ulangkaji. Bukan lepas beli buku balik rumah kamu simpan saja dalam laci tak buka-buka lagi. Itu bukan bebelan macam peluru lagi dah. Ibu boleh meletup terus macam bom jangka. Jadi kalau tak mahu ibu meletup jangan buat sambil lewa yer.


Tekun dia memilih buku.
Ibu tak masuk campur.
Pandai-pandai lah kamu pilih mana yang kamu rasa sesuai.
Sebab sejak dah masuk ke alam remaja ni.
Setiap apa yang ibu pilih mesti ada saja yang tak berkenan dihati dia.
Tak kisah lah dari segi pemakaian atau apapun.
Budak dah makin remaja lah katakan.
Waktu kecil dulu bolehlah semua benda ibu yang aturkan.
Sekarang ibu cuma jadi pemantau saja lah.
Huhuhuhu!


Lama juga dia memilih.
Sekali Aqil shoping lima buku dia sapu.
Empat buku nota dan satu buku latihan.
Tak kisah lah sayang janji kamu baca.
Jangan lepas beli kamu simpan sahaja.


Lepas shoping mestilah lapar kan.
Kita singgah makan dulu.
Dulu boleh ibu berkongsi nasi dengan Aqil.
Sekarang nasi ibu pun dia yang habiskan tiap kali ibu tak habis makan.


Aqil shoping ayah pula menderma.
Setelah hampir dua tahun baru lah ayah dapat menderma darah semula.
Ayah memang suka menderma darah.
Dari zaman bujang dulu.
Bila dapat isteri yang ada penyakit berkaitan darah ni.
Lagi bersemangat lah dia nak menderma.
Alhamdulillah!


My Heroes.

Terima kasih buat semua penderma darah yang budiman.
Terharu ibu melihat ramai yang sudi menderma darah. 
Tak terbalas jasa kalian semua.
Darah kalian dapat menyelamatkan banyak nyawa.


Post a Comment

4 Comments

  1. Sekadar membaca sahaja sebab tak ada anak maka tak dapat beri pendapat. Moga Aqil Naim dapat tingkatkan fokus ya. Mungkin ibu boleh cuba amalkan makanan sunnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa Sal..
      Sal tinggalkan komen beri cadangan ni pun bersyukur sgt..
      Terima kasih yer..

      Delete
  2. anak saya pun ada juga yang lambat. tapi saya syukur aje kerana mental dan fizikal yang sihat. Cuma lambat sahaja.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.