Hari Ahad yang lepas tiba-tiba ibu rasa rindu nak ride dengan ayah. Ayah pula bila ibu ajak ride sekarang ni dia onz saja. Tapi jangan ajak dia naik kereta. Macam-macam alasan dia bagi. Jalan jeam lah cuti panjang lah orang balik kampung lah. Iskkkkkk! Jadi ibu cakap pada ayah jom lah kita ride. Rasanya dah lama kita tak ride. Last kita ride akhir bulan Julai hari tu. Eleh! Macam lah lama sangat yer tak?! Huhuhu!
Orang pertama yang ibu kena minta izin adalah si Aqil Naim. Nak ride dengan suami yang sah pun kena minta izin dulu tau. Hahaha! Mestilah kena minta izin Intan Payung ibu seorang tu sebabnya dia nak ditinggalkan. Mana boleh ride naik motor bertiga. Nak pusing taman pun sekarang tak lepas naik motor bertiga. Zaman Aqil Naim kecil-kecil dulu boleh lah merempit tiga beranak. Sekarang ni kaki dia pun dah lagi panjang dari kaki ibu. Saiz kasut dia pun lagi besar dari ayah. Percaya tak saiz kasut Aqil Naim 8?!! Hahahaha! Pujuk punya pujuk Aqil izinkan ibu ayah ride. Katanya ibu dengan ayah kan dah kawin apa salahnya pegi dating berdua. Ewah! Pandai kamu bercakap yer. Hakikatnya kamu memang suka kalau ibu ayah hantar kamu duduk dekat rumah opah kan?! Dari awal kita pindah rumah sendiri dulu kamu memang suka nak melepak dekat rumah opah berbanding rumah sendiri kan?! Nasib baiklah ibu ayah beli rumah satu taman dengan rumah opah jadi tak ada masalah setiap kali Aqil cakap nak kesana.
Hari Ahad awal-awal pagi ibu dah bersiap. Punyalah excited nak ride. Waktu nak keluar rumah ibu tengok langit dah mendung. Alamak! Macam mana nak ride macam ni. Ayah cakap nak pakai baju hujan siap-siap ke?! Ibu fikir-fikir tak apa kita redah dulu. Tengok jauh mana kita boleh sampai. Kalau cuaca tak mengizinkan kita patah balik ke belakang. Kalau cuaca elok kita teruskan perjalanan sampai ke puncak impian. Ewah! ;)
Kami sarapan siap-siap dekat kedai mamak sekitar area rumah saja. Isi perut dulu barulah lancar perjalanan nanti. Ibu ni sejenis yang wajib sarapan awal pagi. Kalau lambat makan takut kena gastrik. Sejak doktor bagi ibu ubat baru, mudah sangat ibu diserang gastrik. Ubat tu pula kena ambil waktu perut kosong dan lepas setengah jam lepas tu baru boleh makan. Jadi perut ibu tak tahan lama cepat rasa pedih. Bila dah sarapan baru lah selesa nak buat apa-apa.
Kami mula mendaki pukul 9.20am. Pada awalnya langit nampak mendung. Kami redah saja. Semakin lama kami mendaki langit semakin cerah. Alhamdulillah! Cuaca elok sepanjang perjalanan. Kata kawan-kawan ibu hujan turun hanya di beberapa kawasan saja. Ibu dah risau sebab kalau nak ride hujan-hujan ni agak bahaya. Ibu rasa gayat.
Kami sampai di atas pukul 10.50am. Destinasi pertama yang wajib kami singgah mestilah Bharat Tea Plantations di Tanah Rata. Sejuk-sejuk dapat pekena teh panas nikmatnya. Selain dari pekena teh mestilah nak OOTD kan?! Huhuhu! Nasib lah ayah sejenis yang melayan. Selagi ibu tak puas hati dengan gambar sendiri selagi itulah ibu suruh ayah ambil berkali-kali. Ambil sampai ibu rasa puas hati. Redha jer lah yer ayah. Lepas dah puas cuci mata sambil minum teh, kami bergerak ke tempat lain pula. Selalunya bila ride ni kami tak ada tempat spesifik yang nak disinggah. Ride ni sekadar nak lepas gian saja. Tapi kali ni kami singgah di Animal Feeding Rainbow Garden di Tanah Rata. Ayah bab haiwan ni dia memang suka. Pencinta haiwan lah katakan. Tiket masuk ke sana dewasa RM8 untuk kanak-kanak ibu tak ingat RM6 rasanya.
Lepas dah puas bagi makan haiwan barulah perut kami pula terasa lapar. Kami singgah makan tengahari di Food Court Kea Farm Brinchang. Kalau dulu di sini hanya ada pasar sayur. Tapi sekarang dah ada food court yang selesa juga dan banyak pilihan makanan. Harga makanan pun berpatutan dan yang penting dijamin halal sebab kawasan peniaga Muslim.
Lepas makan kami gerak balik. Memang setiap kali ride kami akan turun sebelum waktu petang. Salah satu sebabnya risau takut hujan turun. Lagi pun tujuan asalnya sekadar nak lepas gian ride saja. Cuma ride kali ni dapat lah singgah dua tiga tempat. Rasa kepuasannya lain dari yang sebelumnya. Sampaikan ibu cakap nanti kita ride lagi yer ayah. Akan datang ni ibu target nak pegi The Sheep Sanctuary dekat Kea Farm tu juga. Hari tu tak sempat singgah sebab dah rasa penat sangat lepas makan. Memang fikir nak balik cari tilam saja. Ngeheeee! Kami terus turun selepas selesai makan tengahari. Alhamdulillah! Perjalanan balik kami lancar selamat sampai ke rumah. ;)
Next month kita ride lagi yer ayah. Nanti ibu list kan setiap kali ride kita nak singgah mana. Pernah juga rancang nak ride dan bermalam semalam di sana. Dapat sewa hotel budget pun jadilah bukan nak sewa hotel mahal-mahal pun asalkan selesa untuk lelap kan mata. Nak merasa suasana malam di Cameron Highland. Nak ambil feel honeymoon sesekali. Hihihihi!
Jom layan Picca Of Love kami hari tu..
Cameron Highland @ 9/10/2022
Seronok bila dapat luangkan masa berdua dengan ayah..
Walaupun perkahwinan kami dah masuk 15 tahun..
Dapat peluang dating berdua macam ni terasa nikmat macam zaman mula-mula bercinta dulu..
Kita rindu kamu juga.. Rindu sangat.. Tq tau sudi jenguk kami lagi.. Tq juga sudi tinggalkan komen.. Iyer Aqil dah anak bujang dah tak berapa nak kalau diajak jalan kemana2.. Tak macam zaman kecik dulu melekat je dengan kita.. Huk! Huk! Huk!
Aamiin Ya Rabb! Terima kasih mendoakan kami.. Iye kami dah rancang bila dia dah besar nanti kita ride sama2.. Aqil Naim sebuah motor ibu dan ayah sebuah motor.. Hihihi!
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
8 Comments
ibuuuu..rindunya..baru dapat singgah sini..wahhh pegi detim naik kemeren mcm couple baru2 kawen gituuu..kemon ibuuu, aqil dah anak bujang dah..of course la aqil kasik chance ibu dengan ayah pegi detimmm..boleh aqil detim dengan opah pulak..hahaha
ReplyDeleteKita rindu kamu juga.. Rindu sangat.. Tq tau sudi jenguk kami lagi.. Tq juga sudi tinggalkan komen.. Iyer Aqil dah anak bujang dah tak berapa nak kalau diajak jalan kemana2.. Tak macam zaman kecik dulu melekat je dengan kita.. Huk! Huk! Huk!
Deleteseronoknya..ride sama2...romantik gitu. btw nice pics..semua pun cantik & well captured.
ReplyDeleteTq sis.. Guna kamera hp jer sis.. ;)
DeleteIbu dan ayah nk dating ride..bertabah aqil kena tinggal
ReplyDeleteAqil Naim redha kena tinggal..
DeleteDia bagi peluang ibu ayah detim..
Hihihihi
Wah.. Romantis gitu. Semoga bahagia sampai ke syurga. Tak apalah Aqil Naim pun dah besar so dah faham. Takut lepas ni dia pulak minat ride
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih mendoakan kami..
DeleteIye kami dah rancang bila dia dah besar nanti kita ride sama2..
Aqil Naim sebuah motor ibu dan ayah sebuah motor.. Hihihi!
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.