Advertisement

Main Ad

Semakin kurang berjalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..

Hello! Apa kabar semua?! Semoga dalam keadaan baik-baik belaka hendaknya. Setiap hari doakan yang baik-baik untuk semua dan diri kita. In shaa Allah! Semoga setiap urusan kita dipermudahkan Allah swt.

Hari ni ibu nak membebel tentang apa pula?! Semalam tengah ibu guling-guling layan perasaan sambil belek hp ibu jenguk entry lama ibu. Guna hp saja malas nak buka laptop. Pinjam hp ayah line Maxis ayah laju sikit. Terus laju jari-jemari ni menaip. 

Ibu nak cerita sikitlah tentang perubahan kehidupan kami. Kalau di’throwback’ balik entry lama ibu sebelum ni. Terutamanya waktu tahun 2010, 2011 dan 2012. Kami seisi keluarga suka berjalan. Boleh dikatakan setiap minggu jugalah Cik Puteh bawa kami tiga beranak jelajah kawasan. Ada yang luar Perak ada juga hanya dalam negeri saja. Tapi memang sejenis hujung minggu tak lekat duduk di rumah. 

Yang peliknya banyak pula duit kami yer?! Huhuhuhu! Owhhhh! Ibu lupa itu zaman sebelum kami ada komitmen bulanan yang tinggi. Sebelum kami punya rumah sendiri. Sejak dah mula tolak loan rumah kami sedikit berjimat cermat. Tapi masih lagi boleh kesana kesini cuci mata. Hujung minggu dapat keluar tengok wayang atau window shopping saja pun tak apa. 

Cuma sejak dunia dilanda pandemik Covid. Sejak kita semua mula PKP dan seangkatan dengannya. Kami dah jadi malas nak berjalan. Memang boleh dikira berapa kali hujung minggu kami keluar berjalan. Melainkan keluar makan atau beli barang. Kalau keluarpun ayah nak cepat-cepat balik rumah. Susah nak ajak ayah window shopping cuci mata macam dulu-dulu. Kalau berjalan dalam kawasan pun susah ini pula nak ajak ayah berjalan keluar dari Perak. Kesian sungguh rasanya. Macam katak bawah tempurung jadinya. Kalau ajak ayah ride dia semangat tapi kesian pula si budak Aqil Naim asyik kena tinggal. Nanti bila dia dah besar ada keluarga sendiri ibu ayah pula yang dia tinggal. Siapa suruh kecik-kecik suka tinggalkan dia kan?! ‘;)

Seronok juga bila ibu tengok kawan-kawan ibu di IG kesana dan kesini makan angin. Ibu di rumah hanya makan hati berulam jantung sajalah. Huk! Huk! Huk! 

Hujung minggu ni cuti tiga hari sempena Maulidur Rasul. Dapat extra cuti hari Isnin sebab kelepasan am jatuh hari Ahad. Ibu rasa macam nak ajak ayah berjalan. Kemana tak tahu lagi. Tambah baru sembuh dari Covid ni kalau boleh nak lah ambil udara segar sikit. Kita bagi refresh sikit. Kan?! ;)

Gambar lama di Victoria Bridge Kuala Kangsar

Teringat zaman PKP dulu..
Siapa sangka kita yang sebelum itu hidup bebas tanpa apapun kerisauan..
Diuji dengan ujian yang tiada siapa pun menduga akan terjadi..
Kun Fa Ya Kun!
Maka jadilah ia..

Post a Comment

2 Comments

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.