Advertisement

Main Ad

PRU15 Rakyat Malaysia Memilih

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti sejuk!!
PRU15 Rakyat Malaysia Memilih
19/11/2022 @ Sabtu

Selamat hari baru di minggu yang baru buat semua. Ada mood nak kerja ke tu?! Atau masing-masing dah target hari ni kita dapat Cuti Peristiwa?! Hihihihi! Tak kisah lah kalau diberi cuti kita cuti kalau disuruh kerja kita kerja. Hidup mesti diteruskan walau apapun yang jadi. Semoga negara kita masih dalam keadaan aman sementara kita menunggu pembentukan penuh kerajaan yang baru. Kita semua telah jalankan tanggungjawab kita untuk negara tercinta yang lain kita berserah pada Allah swt. Kerana sebagai Islam kita yakin tidak akan terjadinya sesuatu itu jika tidak dengan izin Allah swt. Kun Fayakun! Maka jadilah ia. Siapa pun yang diberi mandat untuk mentadbir kerajaan nanti jalankanlah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. In shaa Allah! ;)

Ibu baru perasan sejak ibu mula menulis blog dari tahun 2010 hingga kini telah hampir 12 tahun. Ibu tak pernah abadikan kenangan musim PRU disini. Kalau nak diikutkan rasanya sejak ibu menulis blog, ini adalah PRU yang ke-3. Kenapa kedua-dua PRU yang sebelum ni ibu tak teringat untuk menulis disini?! Iskkkkkkk! Tak adalah kenangan ibu mengundi waktu PRU13 dan PRU14 yang lepas. Tak apalah, kata orang barang yang lepas jangan dikenang kalau dikenang meracun diri. Kita terus melangkah ke hadapan. ;)

Hari ni ibu nak bercerita kenangan ibu mengundi Sabtu lepas. Awal pagi ibu dah bangun, memang rasa macam nak sambut RAYA. Bersemangat ibu memilih baju apa yang ibu nak pakai. Malam sebelum tu dalam group kawan-kawan pejabat dan pesan "Jangan pakai baju warna parti yang bertanding sebab nanti orang boleh tau kita undi apa..." Hahahahaha! Macam-macamlah diorang ni punya spekulasi. Ibu pilih pakaian casual saja. Ikut hati nak saja ibu berkebaya macam RAYA hari tu. Hishhhhhh! Nanti tak pasal-pasal orang viralkan pula. Ngeheeeeee! Gila apa nak mengundi pun berkebaya segala. Huhuhuhu! Cuma yang nak tergelaknya si Aqil Naim boleh pilih T-Shirt warna merah. Cepat-cepat ibu suruh dia tukar pakai baju lain. Hahahahahaha! Blur sekejap budak itu tak tau hujung pangkal. Tapi dia kan anak soleh apa ibu suruh dia turutkan saja tanpa banyak tanya. Bagus Intan Payung ibu ni. ;)

Kami keluar rumah pukul 8 pagi sebab nak ambil opah Aqil dulu. Kebetulan ibu dan opah mengundi di pusat mengundi yang sama, SK Wira Jaya. Kami mengundi di kawasan DUN Simpang Pulai dalam Parlimen Gopeng. Sebelum nak buang undi opah cakap nak makan dulu. Opah risau takut lama berbaris tunggu giliran nanti. Jadi kami singgahlah makan dulu dekat restoran mamak dekat kawasan rumah saja. Memang penuh lah restoran pagi tu. Dalam restoran mamak ada berbilang kaum dan bangsa. Kita kan rakyat Malaysia. 

Selesai sarapan kami terus tuju ke pusat mengundi. Ayah dan Aqil hanya tunggu dalam kereta sebab tempat parking kereta penuh. Jadi ayah terpaksa turunkan ibu dan opah jauh sikit, maka berjalan kakilah kami. Kereta memang tak boleh masuk sampai ke dalam kawasan mengundi. Tak apalah kita jalan pelan-pelan yer opah. Macam-macam ragam orang pagi tu ramai juga yang keluar mengundi waktu pagi. Boleh saja kami nak keluar petang, tapi memang dah terbiasa dari dulu kalau keluar mengundi mesti awal pagi. Selesai cepat hati pun rasa lega.

Ibu dan opah lain-lain saluran. Opah saluran 1 manakala ibu pula saluran 4. Opah di bawah dan ibu terpaksa naik ke tingkat 1. Sampai depan saluran 4 ibu dah nampak barisan untuk pengundi di saluran 4 sudah mula panjang. Alahai! Matahari pun dah mula keluar. Walaupun seawal pukul 9 pagi tapi dah terasa bahang panasnya. Bepeluh jugalah ibu berbaris hampir setengah jam. Selesai saja tanggungjawab ibu membuang undi, ibu terus turun mendapatkan opah. Mulalah kami bergambar wajib PRU tunjuk jari yang dah berdakwat merah. Bangga rasanya. ;) Menang atau kalah parti yang kami undi itu tidak akan mematahkan semangat kami sebagai rakyat Malaysia. Jika masih dipanjangkan umur dalam tempoh 5 tahun kami datang mengundi lagi. In shaa Allah! ;)

Selesai ibu dan opah mengundi kami hantar opah dan Aqil balik rumah. Kerana giliran ayah Aqil pula membuang undi. Ayah mengundi di DUN Manjoi dalam Parlimen Tambun. Eh! Kenapa tak sama dengan tempat kami tinggal?! Sebab ayah tak nak tukar alamat lokaliti dia. Dulu ayah tinggal di kawasan itu jadi walaupun lepas kawin ayah dah pindah dia tetap tak mahu tukar alamatnya. Tak apalah ayah mana-mana pun boleh asalkan ayah keluar mengundi. Lepas hantar opah dan Aqil balik, ibu dan ayah terus pecut ke pusat mengundi ayah pula di SK Jati. 30 minit jugalah perjalanan nasib baik higway tak jeam. Hahahahahaha! Waktu kami sampai, tempat ayah mengundi juga sudah mulai sesak. Mujur dapat parking kereta dekat dengan pusat mengundi. Alhamdulillah! Urusan ayah pun tak lama lebih kurang dalam 20 minit saja selesai lah tanggungjawab ayah sebagai rakyat Malaysia. Syukur! ;)


Kita isi perut dulu baru pegi mengundi yer.
Bila perut dah kenyang baru hati senang.


Dari jauh dah mula berderet kereta.
Sanggup mereka berjalan jauh demi tunaikan tanggungjawab pada negara.


Ayah tak dapat hantar ibu dan opah sampai ke dalam.
Tak apa lah opah kita jalan pelan-pelan yer.


SK Wira Jaya.
Waktu ibu lihat mereka yang datang mengundi ibu kagum dengan semangat mereka.
Lihatlah walaupun kurang upaya tapi itu bukan alasan untuk tidak keluar mengundi.
Tak kisahlah parti apa yang mereka undi.
Tapi kegigihan dan semangat mereka mempertahankan calon pilihan mereka patut dicontohi.


Uimakkkkk!
Besarnya kawasan SK Wira Jaya ni.
Ibu dan opah dah mula semput. ;)


Moh kita selfie opah buat kenang-kenangan.
Padahal masa ni masing-masing semput.
Sudah lah kena pakai mask.
Rasa macam tak cukup oksigen. 
Hihihi! 


Masa ni ibu dah naik ke tingkat 1 sebab saluran 4 mereka tempatkan di atas.
Opah pula mengundi di saluran 1 di tingkat bawah.
Kita berpisahlah sekejap.
Jalan elok-elok opah.


Huh!
Korang tengoklah panjang tak panjang barisan ibu?!
Bilik mengundi ibu selepas dari meja.
2 orang yang berbaris depan meja tu pengundi di saluran 5.
Kenapa saluran 5 tak ramai?!
Rasanya mereka keluar lambat agaknya.


Matahari dah betul-betul naik atas kepala.
Memang panas terik.
Bermandi peluh dibuatnya.
Tak apalah bukan selalu kan. ;)


Waktu ni ibu dah melepasi meja tadi.
Tapi rasa macam panjang juga lagi barisan kami.
Setengah jam jugalah ibu berbaris.


Ini pula yang berbaris di belakang ibu.
Panjang juga. ,;)
Bersemangat sungguh pengundi saluran 4 ni.


Ikutkan tak lah ramai sangat.
Tenang dan aman saja keadaan waktu tu.
Tak ada sampai bersesak-sesak.


Selesai ibu dan opah.
Wajib bergambar macam ni lepas mengundi.
Hahahahaha!
Opah pun layankan saja.
Mother and daughter is done PRU15.
Alhamdulillah!


Ok bonda jom kami hantar balik.
In shaa Allah!
5 tahun akan datang kita datang lagi yer.
Eh! Mask ibu mana?!
Kenapa tak pakai mask?!
Korang jangan tak tahu ada cerita di sebalik mask ibu tu.


Elok sampai giliran ibu betul-betul depan petugas yang nak semak nama.
Dia suruh ibu buka sikit mask.
Nak tengok betul ker muka yang datang mengundi ni sama dengan yang dalam IC.
Sekali ibu tarik sikit mask ibu dia pun PUTUS!
Hampeh betul waktu tu lah nak putus segala.
Punyalah petugas tu semua gelakkan ibu.
"Amboi! Semangat betul nak pangkah sampai putus mask" Katanya.
Malu sungguh dibuatnya.
Ibu hanya mampu ketawa jer lah nak cakap apa lagi.
Simpan saja lah mask yang putus tu dalam beg.
Hahahahahaha!


Lepas hantar opah dan Aqil balik rumah.
Kami terus pecut ke tempat ayah mengundi pula.
Semangat nak memangkah serius sangat mukanya. ;)


Waktu kami sampai dah berderet kereta.
Sanggup mereka parking jauh dan berjalan kaki ke dalam.


Ayah tawakal masuk sampai ke dalam.
Semoga ada parking yang dekat sikit dengan tempat mengundi.
Alhamdulillah!
Rezeki kami masuk-masuk tengok ada 1 parking kosong. ;)
Tak adalah nak berjalan jauh sangat.


Jom ibu teman ayah memangkah.
Ibu pun excited nak tengok gelagat orang keluar mengundi. ;)


Ayah mengundi di SK Jati.
Kawasan tempat tinggal lama ayah dulu.


Semak senarai calon yang bertanding.
Sebenarnya ayah dah tahu siapa yang bertanding.
Saja nak cuci mata sikit.
Huhuhuhu!


Sambil tunggu ayah memangkah ibu duduk bawah khemah yang disediakan.
Sambil ibu perhati petugas PRU yang bertugas.
Sangat berdedikasi mereke menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi.
Warga tua mereka pimpin.
Wanita yang dalam pantang mereka pimpin.
Kereta sorong pengundi yang tidak mampu berjalan mereka tolak.
Setia mereka menunjukkan arah dan memberi maklumat yang diperlukan.
Urusan setiap pengundi pun berjalan lancar dan mudah.
Terima kasih buat semua petugas PRU15.


Alhamdulillah!
Wajib bergambar dengan ayah pula.
Both of us is done PRU15.
Kita datang semula untuk memangkah 5 tahun lagi.
In shaa Allah! ;)

Sepanjang malam ibu tak lena tidur. Kejap-kejap terjaga. Punya lah nak tahu siapa yang menang. Persaingan agak sengit. Sampai ke hari Ahad kerajaan baru tidak dapat dibentuk kerana tiada mana-mana parti bertanding yang menang majoriti. Kita tunggu sajalah apapun keputusannya. Semoga kita semua masih berada dalam keadaan aman dan tenteram. Ya Allah! Kau lindungilah kami semua daripada pemimpin yang zalim. Amiin Ya Rabb!


Post a Comment

14 Comments

  1. sampai hari ini.....kerajaan baharu belum terbentuk walaupun sudah habis PRU-15

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul tu. Masih menjadi tanda tanya. Semoga semuanya baik2 belaka.

      Delete
  2. selesai tanggunjawab kita
    harap2 Malaysia dpt PM yg dipilih

    ReplyDelete
  3. Samalah kita... x pernah mengabadikan kenangan pru sebelum ni di blog... br thn lepas tulis kt blog utk prn tp tu pun krn bertugas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak ada kenangan waktu PRU13 dan PRU14 dulu. ;)

      Delete
  4. sejarah sgh PRU kali ni macam2 jadi smp skrg pun masih tergantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu semoga janganlah tergantung lama2 risau terjerut pula nanti. Hihihihh

      Delete
  5. Nasib baik saya pakai baju merah tak disuruh balik. Hehe. nasib saya baik pulak tak ramai orang. Cuma kena panjat tingkat 2. Berdebar nak tahu pakatan apakah yang bakal dibentuk nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi! Penat Aqil tukar baju lain dia bukan turun pun tunggu dalam kereta jer. Semoga siapapun yg memerintah jangan sia-siakan mandat yang diberikan oleh rakyat. ;)

      Delete
  6. semangat semuanya keluar mengundi jlnkan tanggunjawab demi negara

    ReplyDelete
  7. cuaca ok tu. tu yg bersemangat nk keluar mengundi👍

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.