Advertisement

Main Ad

Sakit Boleh Jadi Penghapus Dosa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry fresh dari oven!!
Salam Jumaat penuh barakah semua.

Hari ini ibu cuti. Bangun pagi tadi rasa melayang sakit kepala. Migrain ibu menyerang kembali. Sebelum ibu terlelap lepas makan ubat tadi ibu nak update blog sikit. Jangan risau ibu masih boleh kawal lagi rasa sakit ni, cuma kalau berdiri lama ibu rasa tak seimbang. Lantai seperti berombak-ombak tak sekata. Gayat! Daripada ibu jatuh pengsan dekat pejabat baiklah ibu ambil cuti saja dan berehat dekat rumah. Lepas makan ubat ni boleh ibu sambung tidur balik. Kalau di pejabat tu faham sajalah bukan boleh nampak muka kita. Ada sajalah kerja yang nak dibuat kan. Arahan yang diberi harus diselesaikan tanpa gagal. Ewah! ;)

Ibu doakan semoga kawan-kawan ibu semua dalam keadaan baik-baik saja hendaknya. Selamat bercuti hujung minggu buat semuanya. Jaga diri dan kesihatan elok-elok. 

Aqil Naim dah sembuh. Alhamdulillah! Hanya demam selsema biasa saja. Syukur! Berkat doa dari semua juga. Aqil dah sihat ibu pula ganti tempat Aqil. Harap ayah tak berjangkit lah sebabnya kalau ayah tak sihat, ibu bertambah susah hati kerana kebanyakan kerja dalam rumah ni ayah yang handle. Ibu bantu sikit-sikit. Ayah selalu cakap ibu ni dah macam penyelia saja. Hihihi!

Sakit Boleh Jadi Penghapus Dosa. Seperti tajuk entry ibu hari ini. Boleh klik link tersebut untuk bacaan lanjut. Ibu cuba copy paste disini tapi tak berjaya kerana setting tulisannya lari. Bagus juga perkongsian beliau. Artikel ditulis oleh Nurul Fatiha. ;)

Credit Picca from Pakcik Google

Alhamdulillah!
Setakat ni ibu masih ok lagi.
Tak rasa terlalu down sangat.
In shaa Allah!
Cuma ada juga yang menegur ibu.
Kata mereka sakit ni sebab semalam gelak banyak sangat kot.
Aduhhhh!
Tiba-tiba rasa macam dipanah hati ibu ni.
Iyelah kot orang tua ada cakap jangan seronok sangat nanti menangis.
Tapi ibu tak menangis pun sekarang ni.
In shaa Allah!
Emosi ibu baik-baik saja.
Ibu tak sempat nak reply komen kawan-kawan semua.
Apa lagi nak blogwalking.
Semalam ibu tidur awal terasa penat sungguh badan ni.
Nanti ibu ziarah blog kome pelan-pelan ye. ;)

Bagi ibu, SAKIT ni macam AJAL. Dia nak datang tak perlu dijemput. Datangnya dengan tiba-tiba. Siapa kita nak menolaknya. Tak ada siapa yang memintanya. Husnuzon ibu. ;)















Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga cepat sembuh buat Lina, takpe umur macam kita ni kalau tak sihat rehat betul-betul tak perlu paksa untuk ke pejabat. Kadang orang bukan tahu masalah kita kan, nampak kita kerja dikerahnya tenaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin! Tq Dana. Iye betul tu. Waktu kerja kita bekerja sungguh2 dan waktu kita sakit berehatlah sebab kerja banyak mana pun tak akan pernah habis. Kan?! ;)

      Delete
  2. sakit tu ujian and tanda Allah sayang. have a good rest & semoga cepat sembuh key!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiiin! Terima kasih Mummy atas kata semangatnya. Alhamdulillah! Dah ok sikit rasanya.

      Delete
  3. rehat ye bu...tak apa blogwalking tu nanti2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye baik yunk. In shaa Allah! Ibu akan ziarah juga blog semua pelan2. ;)

      Delete
  4. Kita ni manusia memang sentiasa buat dosa. Sakit tu sebagai peringatan. Semoga cepat kembali sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sal.. Ibu dah ok sikit dari semalam.. Betul sakit tu sebagai peringatan.. Kadang kita ni cepat lupa bila kita dalam keadaan sihat gembira.. Allah swt jentik sikit dari ujian2Nya.. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.