Advertisement

Main Ad

Rutin Bulanan Ibu Pembukaan Tahun 2023

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

[Baca Juga] : Pembukaan Tahun 2023

Alhamdulillah! Semalam rutin bulanan transfusi darah pertama ibu bagi pembukaan tahun 2023. Semuanya berjalan lancar. Kali ni ibu cuma dapat satu pint darah saja. Tadi mereka ambil sekali lagi spesimen darah ibu untuk dihantar ke tabung darah untuk misi pencarian pint kedua. Mohon doakan ibu dapat darah pint kedua dalam masa terdekat ni ye kengkawan. Tak cukup ikutkan masuk satu pint ni. Hemoglobin (HB) darah ibu masa cek Jumaat minggu lepas pun rendah cuma 8.2 saja. Patutlah ibu kerap sakit kepala. Cek tekanan darah semalam pun rendah 111/55 saja. Berpusing macam gasing dibuatnya. Tapi ibu maintain lagak si wira perkasa yang turun menyelamatkan bumi. Muahahahaha! Mula nak merepek meraban dah ni.

Oklah tak nak mukadimah panjang menjela. Seperti biasa semalam sebelum ayah hantar ibu ke hospital kami pegi sarapan dulu. Tempat biasa Restoran Nasi Beriyani Bukhara Ipoh. Kome mesti tau kan menu kegemaran ibu apa?! Tosai! Hahahaha! Macam dah tak ada makanan lain ibu ni. Ayah makan telur setengah masak dengan roti canai saja sekeping. Teh Tarik untuk ayah dan Teh O pilihan ibu. Selesai sarapan kami terus ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ibu nak pergi berjuang demi meneruskan sisa kehidupan. Ewahhhhhh! ;)

Alhamdulillah! Semuanya dipermudahkan berkat doa dari kengkawan semua. Urusan transfusi darah ibu kali ni tiada apa-apa komplikasi. Cuma urat ibu saja tak memberi kerjasama. Dia tak nak timbul besar yang naik hanya urat-urat halus. Jadi titisan darah turun agak perlahan dan ibu rasa sedikit sakit dan tak selesa dekat tempat cucuk branula/jarum. Nasib baik akak misi pandai cari urat, cucuk pun cuma sekali saja. Branula/Jarum yang digunakan kali ni size kecil warna biru jadi tekanan darah yang melaluinya agak sempit. Itu yang buat ibu rasa sedikit sakit dan tidak selesa bila masuk darah. Seperti kita memaksa dia melalui lubang yang sempit. Sedangkan jisim darah ni besar berbanding air. Jadi jika ditanya pada ibu mana sakit masuk air ke darah?! Sudah tentulah masuk darah sakit. ;)

Selesai masuk pint pertama ibu tak terus balik ke rumah. Jam pun dah pukul 12 tengahari. Sampai masanya ibu mencari makanan untuk mengisi perut yang dah mula berkeroncong. Ibu order grabcar saja sebab ayah kerja outstation jadi tak dapat ambil ibu. Bila ayah tak ambil makanya langkah ibu pun sedikit panjang. Ibu terus ke Plaza Angsana Mall Ipoh. Mencari Kerabu Suhun kegemaran ibu. Aishhhh! Banyaknya makanan kegemaran ibu ni. ,;) 

Bila perut dah kenyang diisi barulah ibu balik ke rumah dengan senang hati. Lalalalala! Order grabcar lagi sekali maka terbanglah duit ibu untuk grabcar saja semalam. Nasiblah kan siapa suruh tak nak balik rumah terus. ;)

Elok sampai depan rumah ibu nampak bungkusan plastik tergantung di pagar. Eh! Apa benda tu?! Rasanya ibu tak oder foodpanda lagi. Owhhhh! Rupanya nasi dari emak. Alahai! Nasi Goreng Thai Secret Recipie kome oiiiii. Hahahahaha! Kegemaran ibu juga tu. Muahahahahaha! Itulah dia rezeki dari Allah swt. Allah swt tidak memberi darah ibu secukupnya. Tapi diberinya rezeki lain yang lebih dari cukup. Alhamdulillah! ;)


Teh Tarik ayah.
Teh O ibu.
I love u.
Ahaks!


Tosai garing mesti ada.
Baru lah sempurna pembukaan hari ibu. ;)


Tangan yang sudah digari.
Tak boleh lari lagi dah.
Adoi! Sakitnya! ;)


Spesimen darah kedua kena hantar balik untuk cari pint kedua.
Doakan dipermudahkan segalanya untuk ibu.


Alhamdulillah!
Pekat darah ibu dapat kali ni.
Terima kasih wahai penderma darah yang budiman.
Jom layan gambar makan-makan pula. ;)


Ice Jelly.
Sedap oiiiii makan sejuk-sejuk.


Lawan pula dengan Kerabu Suhun.
Kome tau tak ini makanan untuk dua orang tau.
Hahahahaha!
Ibu order Kerabu Suhun dua tapi letak dalam satu mangkuk.


Side menu ibu Popia Goreng.
Nyummy's!
Ini semua budak Syira yang ajar.
Makan kena ada side menu.
Hahahahaha!


Nasi Goreng Thai Secret Recipie.
Terima kasih emak abah.
Tak pernah lupakan anak dia ni. ;)


Nyummy's!
Ibu berkongsi dengan ayah.
Bagi dua-dua merasa. ;)

Hari ni hari pertama ibu bekerja. Semoga bersemangat lah hendaknya. Jangan Thursday Blues sudah. Eh! Nak blues bagai apanya dua hari je ibu kerja minggu ni. Hari ni dengan esok. Lepas tu sambung cuti balik. Jangan mengada-ngada nak blues segala ye ibu. Semangat! ;)

Post a Comment

16 Comments

  1. Wah wah, kerabu suhun tu nampak sedap. Seriau pulak terbayang susahnya masuk darah tu

    ReplyDelete
  2. moga apa jua pun masalah Lina, moga dipermudahkan semuanya ya. Ujian dari yang maha Esa pada kita yg mampu menerimanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin Ya Rabb! Terima kasih Dana atas kata2 semangatnya..

      Delete
  3. Alhamdulillah semuanya lancar syukur 🤲
    Pint tu maksudnya apa ye? Plastik berisi darah tu ke Ibu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah! Syukur! Pint tu beg@pek darah PH. Mereka sebut pint. Iye plastik yg isi darah tu. ;)

      Delete
  4. moga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan blood transfusion tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Aamiinn! Terima kasih MZ atas doanya. ;)

      Delete
  5. Alhamdulillah semuanya ebrjalan dengan lancar ye Ibu...SA pun ada dapat transfusi darah dari penderma masa SA koma sebulan dulu...SA x tau istilah dia apa dimana darah SA di ganti dengan darah lain akibat kuman H1N1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu! Syukur SA semakin sihat. Semoga SA sentiasa sihat walafiat hendaknya.

      Delete
  6. semoga baik-baik sahaja ya...saya doakan kesihatan dan keselamatan buat Ibu Aqil sekeluarga

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.