Advertisement

Main Ad

Seksanya Jangkitan Kencing Kotor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Seksa rasanya bila kena jangkitan kencing kotor ni. Sakit dia sampai tak boleh bawa bincang. Nak duduk pun serba tak kena jadi tak selesa. Ibu kerap kena jangkitan kencing kotor. Ada yang kata sebab kurang minum air masak. Tapi yang selalu ibu perasan ibu akan mudah terkena jangkitan kencing kotor kalau ibu menahan kencing. 

Selalunya bila ibu dah leka dan fokus buat kerja, ibu suka menahan kencing. Ibu bertangguh nak ke bilik air kononnya nak habiskan sikit fail atas meja. Hakikatnya fail-fail tu tak pernah habis pun. Sentiasa masuk yang baru adalah. Punyalah ibu malas nak bangun ke bilik air. Tambah bilik air jauh dari meja ibu. Itu yang sanggup menahan kencing. Lepas tu dah mula rasa pedih tak selesa.

Semalam sepanjang hari di pejabat ibu menahan sakit. Nasiblah boleh dikawal tak ada sampai peringkat yang teruk. Kawan-kawan suruh ibu minum air barli. Sanggup mereka turun ke kantin belikan ibu air. Paksa suruh ibu minum sampai habis. Sebab mereka tau ibu paling tak suka air barli. Hahaha!

Ibu pernah kena jangkitan kencing kotor sebelum ni. Jadi masih ada lagi ubat yang sebelum ni diberi klinik. Ibu makan ubat tahan sakit dan ubat bancuhan ural effervescent granules. Ibu paling risau kalau dia dah mula kencing berdarah. Sakitnya Allah swt saja yang tahu. Perit!

Penyakit Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Jangkitan saluran kencing (UTI) berlaku apabila kuman menjangkiti sistem urinari yang terdiri daripada pundi kencing, buah pinggang, salur ureter dan salur uretra. Jangkitan ini boleh berlaku sama ada dalam kalangan kanak-kanak atau dewasa dan ia lebih dialami oleh wanita.

Info Kencing Kotor

Google

Ubat bancuhan Ural Effervescent Granules.

Google

Seksanya semalam menahan sakit.
Ikut hati ibu nak ambil cuti rehat dirumah.
Mengenangkan fail yang menimbun gagahkan juga masuk office.

Ibu risau juga bila selalu kena jangkitan kencing kotor ni. Takut penyakit batu karang. Minta dijauhkan lah.

Post a Comment

16 Comments

  1. moga cepat sembuh ya..aamiin -- err bab kurang minum air tu, sama ler mcm perangai MZ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin Ya Rabb! Terima kasih MZ atas doanya. Iye ibu liat minum air. Hahaha!

      Delete
  2. syafakillah...

    yg saya tahu kalau tahan kencing ni ada kaitan dgn penyakit batu karang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul tu anies. Ibu risau juga ada juga kawan office cakap macam tu.

      Delete
    2. kalau sakit lg, mungkin boleh minta nasihat doktor dulu...

      Delete
    3. Alhamdulillah Anies dah berkurang sakitnya. Cuma rasa sikit2 je tak selesa. Dalam proses nak baik kot ni. ;)

      Delete
  3. Teringat dulu masa mengandung biasa kena tapi sekarang tak pernah kena tapi memang betul antara punca sebab tahan kencing. Tak elok juga tu Lina takut kang jadi batu karang lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Dana silap ibu juga suka sangat menahan kencing konon nak siapkan sikit lagi kerja lepas tu dah menanggung sakit. ;)

      Delete
  4. Kak Sue pun pernah kena macam nie, sakit dia tu rasa serik dah lepas tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak memang serik kak. Hilang mood dibuatnya kak. Dah lah kena masuk office mengadap kerja. Stress jadinya. ;)

      Delete
  5. huhu ibu jangan buat mcm tu lagi...risau ada kesan lain,take care ye bu

    ReplyDelete
  6. Saya pernah kena, so selain barli, saya amalkan jus kranberi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba jgk jus tu nanti. Ibu dah makin sembuh cuma masih ada rasa tak selesa sikit di bawah perut. ;)

      Delete
  7. Amalkan minum air barli withour sugar ye Ibu, makan buah tembikai pun okey...biar kerap kencing jangan tahan kencing lagi tau...semoga cepat sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin Ya Rabb! Alhamdulillah SA. Dah semakin baik dah. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.