Advertisement

Main Ad

Tak Jadi Makan Kenduri Kita Makan Sizzling Mee

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry fresh dari oven!!

Masuk raya kedua dah hari ni. Ewah! Hihihi! Masih lagi meriah dengan bunyi dentuman bunga api. Seronok pula rasanya, kalau tidak sunyi sepi saja. Tak sabar pula nak menyambut Ramadhan dua bulan saja lagi. Berkumandang dari Masjid suara jemaah bersolat Tarawih. ;)

Sambung cerita semalam di hari raya pertama. Huhuhu! Disebabkan sebelah siangnya kami tak jadi pegi kenduri. Malamnya ayah pujuk hati ibu. Ajak makan luar. Ayah tengok ibu semakin sihat lepas bangun dari tidur. Mulut pula asyik mengadu perut lapar. Ayah ajak ke TF Value-Mart Tambun. Elok lah, dapat juga nak menambah sikit barang dapur yang dah nak habis.

Kami makan di Food Court TF Velue-Mart Tambun. Ibu suka sangat dengan Sizzling Mee disitu. Cuma kalau pegi lewat dia dah habis. Nak dijadikan cerita kami keluar rumah lepas Magrib. Elok kami sampai adik yang jaga kedai tu bagitau kuah hanya cukup untuk dua orang makan saja. Aduh! Ayah suka. Aqil suka. Ibu pun suka. Tapi bila ibu fikir-fikir balik, ibu kena makan nasi. Kalau tidak cari penyakit lagi lah jawabnya. Dah tau sakit kepala pegi makan Mee. Mee tu kan ke angin. 

Ibu tak jadi makan Sizzling Mee. Hanya ayah dan budak Aqil saja layan makan Sizzling Mee. Ibu tukar menu order Tomyam dan nasi. Lega rasanya dapat makan nasi. Tomyam dia pun sesedap rasa masam-masamnya. Selesai makan kami terus cuci mata cari barang dapur. Ayah pula sakit kepala lepas tu. Sebab terbang duitnya dekat RM200. Hahahaha!


Meriah dengan lampu merah menyala.
Sepanjang malam hujan turun.
Alhamdulillah!
Hujan-hujan hari cuti ni yang buat mata nak lelap sesaja.
Huhuhu!


Ibu makan Tomyam Ayam.
Sedap rasanya masam-masam pedas.
Kena dengan tekak ibu.


Sizzling Mee untuk ayah dan budak Aqil.
Sedap!
Ikutkan kegemaran ibu ni.
Tapi sebab dah habis hanya lepas untuk dua orang punya saja.
Ibu berkorbanlah tukar menu lain.
Ibu cukai sikit dari deme. ;)


Habis hati lah dia dapat makan makanan kegemaran dia.
Kalau dulu satu plate tu kami kongsi berdua.
Tapi sekarang satu plate tu memang cukup-cukup untuk dia seorang.
Tak nak kongsi dah katanya.
Amboiii!

Ini cerita malam semalam. Siang tadi kami tak duduk dirumah. Emak ibu mengajak ke Kuala Kangsar. Saja nak jenjalan cuci mata katanya. Hihihi! Ibu cerita dalam next entry ye. ;)

Post a Comment

10 Comments

  1. Meriah betul mee sizzling tuu. Mengancam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah tu yg ibu suka tu puas makannya. Memang tak kedekut bahan2 sebab tu cepat habis. Kena datang awal. ;)

      Delete
  2. Memang kegemaran sangat mee sizzling ni, anak dah besar ni memang selera makan, kadang-kadang makan kita tak habis pun dia tolong habiskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Aju betul kalau dia tengok ibu dah terkuis2 makanan dia tanya "Ibu tak larat ke?!" Bila dia tanya soalan tu makanya dialah yang akan menghabiskan semua makan ibu. Hihihihi! Tapi jenis budak Aqil badannya tak gemuk2 kurus kering cuma bertambah ketinggian saja.

      Delete
  3. Sedap sangat sampai budak kedai cakap berapa yang cukup.
    Untunglah ada orang pukul makan lain lepas tidak jadi pergi kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihihi! Agaknya ayah pun nampak betapa kecewanya ibu tak dapat makan nasi ambeng tu. ;) Aah memang sedap Sizzlingnya. Pernah sekali kami datang dah habis rezeki orang yang didepan elok sampai turn kami nak bagi pesanan "Maaf kak kuah dah habis..." Alahai! Kecewa. ;)

      Delete
  4. Aduh!! Mengancamnya.. Lama tak makan mee Sizzling.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mengancam Sha. Lagi 1 ibu suka Sizzling Mee dekat food court Ipoh Parade. Sedap!

      Delete
  5. sizzling me tu fav my boys..if myself, i suka yeemee soup hehhe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.