Semalam hari pertama Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) budak Aqil. Petang semalam ibu dengar dia bersembang dengan ayah. Apalah dibualkan dua beranak tu ibu biarkan saja. Bagi ruang “Man To Man” bersembang. Gugurl pasang telinga saja.
Bila ibu datang ayah terus bagitau yang Aqil cakap dia tak dapat jawab habis kertas ujian Matematiknya. Aqil tinggal 4 soalan yang tak dapat dijawab. Kata si Aqil soalannya susah dan berkali-kali dia baca tetap tak faham. Matanya sayu memandang tepat wajah ibu. Mungkin dia rasa ibu mesti bising, kenapa tak habis jawab soalan.
Bila tengok pandangan mata dia, ibu senyum. Ibu tanya padanya, berapa anggaran markah 4 soalan yang tak dapat dia dijawab. Katanya dalam 12 atau 15 markah. Ibu senyum lagi, tak apalah sebab Aqil dah usaha. Ibu dengan ayah nampak usaha Aqil ulangkaji sepanjang cuti sekolah yang lepas. Setiap malam Aqil luangkan masa sejam setengah untuk baca buku walaupun dengan cara sambil membaca sambil dengar lagu. Huhuhu!
Malam semalam ibu minta Aqil lupakan pasal kertas ujian Matematik yang dah lepas. Fokus dengan subjek hari ini dan seterusnya. Hari ini subjek BI dan Sains. Semoga yang baik-baik saja untuk kamu sayang. Ibu tahu soalannya susah. Ibu tengok soalan dalam buku pun pening kepala inikan soalan ujian yang dibuat Lembaga Peperiksaan Malaysia. Memang dah macam zaman ibu masa ambil UPSR/PMR/SPM dedulu. Boleh demam dibuatnya. ,;)
Semoga dipermudahkan urusan anak-anak kita untuk menjawab soalan yang diberi. Ibu rasa ini lebih mendebarkan berbanding waktu ada UPSR atau PMR/PT3. UASA format baru cara baru semuanya baru. Untuk terima dan sesuaikan diri dengan sesuatu yang baru semuanya perlukan masa. Lepas ni tak ada lagi dah penilaian berdasarkan berapa bilangan "A" kamu. ;)
Kakak Iman last day hari ni... killer subject semua hari ni sc & maths... seminggu ni dia mmg stay up je pastu kol 4 bgn lg sambung lg study... tp kalau bkn musim exam pun dia mmg bgn 4 pg utk study... x apalah abang Aqil... kalau x dpt apa ditarget next time study hard lg k
Killer subject dua2 tu Kak.. Semoga Kakak Iman dapat keputusan yang cemerlang in shaa Allah! Apapun asalkan anak2 usaha apapun keputusan mereka kita redha kan kak terima seadanya. Aqil hari kedua baru kertas Sains. Katanya dapat jawab semua betul ke tidak tu tak tahu.. Hahahahaha! Anak lelaki, itu jawapan dia bg dkt kita.. Hissshhhhh! Sabaq je lah..
Ibu kalau buat kerja ok jgk dengar lagu ammi tp kalau belajar atau membaca memang tak boleh. Hilang fokus silap2 bukan menghafal tapi menyanyi. Hahahaha!
Lupakan je la soklan yg x berjawab tu. Erdina Auni masih tenang-tenang sahaja. Bila ditanya jawapannya ok saja. Nampak juga dia study malam sebelum tidur, pagi sambung main game balik sebelum ke sekolah.
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
22 Comments
Kakak Iman last day hari ni... killer subject semua hari ni sc & maths... seminggu ni dia mmg stay up je pastu kol 4 bgn lg sambung lg study... tp kalau bkn musim exam pun dia mmg bgn 4 pg utk study... x apalah abang Aqil... kalau x dpt apa ditarget next time study hard lg k
ReplyDeleteKiller subject dua2 tu Kak.. Semoga Kakak Iman dapat keputusan yang cemerlang in shaa Allah! Apapun asalkan anak2 usaha apapun keputusan mereka kita redha kan kak terima seadanya. Aqil hari kedua baru kertas Sains. Katanya dapat jawab semua betul ke tidak tu tak tahu.. Hahahahaha! Anak lelaki, itu jawapan dia bg dkt kita.. Hissshhhhh! Sabaq je lah..
DeletePia hari isnin nanti start exam maknya yg terlebih risau ni...insyaAllah Aqil boleh buat yg terbaik good luck Aqil
ReplyDeleteIsnin minggu depan start exam ye?! Semoga dipermudahkan semuanya utk Pia ye.. Terima kasih Afzan doakan Aqil. :)
Deleteall the best aqil!
ReplyDeleteTq kakak Anies.. Xoxo!! ;)
Delete😀👍😀👍
DeleteXoxo!
DeleteGood luck aqil. U can do it!. Fighting!
ReplyDeleteTq Untie.. ;)
DeleteMemang akan rasa ralat tidak dapat jawab semua soalan. Takpelah harap dapat lupakan nanti.
ReplyDeleteMemang nampak dia kecewa. Alhamdulillah! Dia dah boleh move on. Dia fokus dengan paper seterusnya. ;)
DeleteMacam saya ni dulu suka study sambil dengar radio. hehe. Good luck ye Aqil!
ReplyDeleteSal pun sama ye?! Hihihi! Terima kasih Kak Sal.. ;)
DeleteAll the best Aqil
ReplyDeleteTerima kasih SA. ;)
Deleteanak2 ibu pon dah merasa susahnya...time anak2 Cuya entah macam mana la kan ...Eh Cuya kahwin pon belum. Eheks! takpe, merenung masa depan...kekeke
ReplyDeleteHehehehehe! Tak apa Cuya kita doa yang baik2 saja ye. ;)
Deletedari dulu sampai sekarang...ammi tak reti belajar atau buat kerja yang melibatkan bacaan sambil dengar lagu.
ReplyDeleteIbu kalau buat kerja ok jgk dengar lagu ammi tp kalau belajar atau membaca memang tak boleh. Hilang fokus silap2 bukan menghafal tapi menyanyi. Hahahaha!
DeleteLupakan je la soklan yg x berjawab tu. Erdina Auni masih tenang-tenang sahaja. Bila ditanya jawapannya ok saja. Nampak juga dia study malam sebelum tidur, pagi sambung main game balik sebelum ke sekolah.
ReplyDeleteMain game tu wajib kot Ummi. Release stress kata Abg Aqil. Aishhhhhhh! Budak2 sekarang punya jawapan. Berani sungguh. ;) Good luck utk Auni ya. Xoxo!
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.