Advertisement

Main Ad

Boleh Ke Ibu Jadi Ibu Yang Baik

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Boleh ke ibu jadi ibu yang baik?! Itulah persoalan yang pernah bermain difikiran ibu sewaktu mula-mula ibu tahu yang ibu mengandung. Waktu itu umur ibu 25 tahun. Tidaklah muda sangat cuma yang membimbangkan ibu adalah perwatakan dan pemikiran ibu masa itu seolah-olah ibu rasa ibu belum cukup matang untuk menjadi seorang ibu. Puas ibu fikir diri sendiri pun belum tentu ibu boleh bawa dengan baik inikan nak jadi contoh yang baik pada anak. Kadang-kadang ibu rasa belum bersedia waktu itu ataupun ibu lebih kepada takut sebenarnya.

Tahun depan genap 17 tahun ibu bergelar ibu kepada budak Aqil. Melihat kemenjadian Aqil sekarang ibu tahu ibu dah lakukan yang terbaik untuk Aqil. Walaupun ibu masih lagi belum menjadi ibu yang baik sebenarnya. Ada ketikanya Aqil terpaksa telan dan tolak ansur dengan emosi ibu yang tak menentu. Sekejap ok sekejap tak ok cepat nak marah atau berjauh hati. Yang paling menyedihkan ada masanya ibu bawa masalah dan tekanan ibu di pejabat balik ke rumah. Ibu jadi seorang yang bad mood dan tak gembira. Sedangkan waktu itu Aqil juga ingin meluah rasa dan tertekan dengan aktiviti seharian dia di sekolah. Bila Aqil lihat ibu dalam keadaan penat dan stress dia jadi orang yang memendam rasa dan mula menjauh diri buat hal sendiri. 

Bukan ibu tak sedar itu semua. Ibu sedar sebenarnya ibu tahu perubahan sikap ibu waktu itu. Ibu cuba berubah sedikit demi sedikit. Maafkan ibu Aqil Naim menjadikan Aqil tempat melepaskan rasa hati. Sekarang ibu cuba ubah cara interaksi ibu dengan Aqil. Orang kata ada anak perempuan ni boleh jadi kawan baik kepada ibunya. Tapi ibu tak ada anak perempuan dengan siapa ibu nak meluah dan bercerita?! 

Sekarang bila emosi ibu kacau bilau ibu suka ajak Aqil bersembang. Kiranya itu macam sesi luahan kaunseling antara ibu dan anak. Huhu! Dalam masa yang sama ibu boleh tahu bagaimana cara Aqil berfikir sekiranya berada dalam situasi yang ibu sedang alami dan cara dia selesaikan masalah itu. Ternyata pemikiran Aqil lebih matang dan tenang dari ibu. Hiihihihi! Sejak akhir-akhir ini tekanan dan beban kerja ibu semakin bertambah. Masuk umur 40an ni ibu dah tak sekental dulu. Kalau dulu bekerja lebih masa pun tak menjadi masalah pada ibu. Sekarang limit kerja ibu cukup setakat 8 jam saja. Lepas tu ibu dah tak boleh fikir kerja lagi dah. Boleh jadi gila otak badan pun boleh jatuh sakit.

Eh! Melalut dah cerita ibu ni. Rasanya dah lari jauh dari tajuk. Ah! Lantak lah situ. Hahahahaha! Terima kasih korang sebab sudi baca sampai habis. ;)
 

Ibu tak tahu adakah ibu ni ibu yang baik.
Tapi yang pasti ibu ada seorang anak yang sangat baik.
Perhatian yang dia bagi pada ibu mungkin tak nampak depan mata.
Setiap kali ibu tidur ibu tahu Aqil suka curi-curi cium ibu kan?!
Hahahahaha!
Ibu sedar sebenarnya waktu tu tapi malas buka mata.

Aqil, terima kasih kerana jadikan ibu seorang ibu yang sempurna dimata Aqil. ;)

Post a Comment

12 Comments

  1. smua ibu nk jd terbaik utk anak2 kan...walaupun apa jua dugaan rintangan mendatang...insya allah kita bole lakukan yg terbaik

    ReplyDelete
  2. kiranya umur 25 salina dh bergelar seorang ibu yer..kira muda jugak tu!!! rezeki tu, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Anak yang sangat baik mesti datang dari ibu yang baik

    ReplyDelete
  4. Semua ibu pasti melakukan sedaya upaya usaha mereka untuk menjadi seorang ibu yang baik. Jika anak tu baik, makan ibu ayah la yang mencorakkannya kerana anak itu cerminan ibu dan ayahnya....

    Anak yang baik pasti ibunya juga baik....

    ReplyDelete
  5. in sya Allah....he grown so well...alhamdulillah,
    sweet nya curi2 kiss ibu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! In syaa Allah! Semoga anak2 kita semua menjadi penyejuk mata dan hati kita. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.