Bila kita bekerja di satu tempat yang ramai staff mestilah ada bermacam ragam orang yang kita temui. Ada yang jenis diam-diam ubi berisi. Dia diam tapi dia tahu banyak benda dan hanya akan berikan pendapat atau pandangan bila ditanya. Dia tahu bila masa yang sesuai untuk dia bersuara dan lebih banyak mendengar dari menyampuk perbualan atau perbincangan orang.
Bila bercakap bab menyampuk ni ada satu golongan manusia yang agak menjengkelkan ibu. Dia punya sifat ingin tahu tu terlalu tinggi setinggi gunung Everest. Kenapa ibu cakap macam tu. Korang cuba bayangkan dari tempat duduk dia tu boleh dia menyampuk bila orang lain tengah berbual atau berbincang tentang kerja mereka. Yang peliknya kerja tu tak ada kena mengena dengan dia langsung. Dia Unit lain tapi cukup suka mencelah perbualan orang dari Unit lain. Kadang-kadang dia seolah-olah nak menunjukkan yang dia serba tahu tentang semua benda. Anoying gila!
Paling tak suka bila waktu itu ada Pegawai Penyelia yang turut sama dalam perbincangan. Sungguh tak beradab menyampuk hal urusan kerja orang lain. Mungkin betul dia hanya nak berkongsi pandangan tapi kamu pun ada kerja kamu sendiri yang masih belum selesai. Boleh tak kamu fokus dengan kerja kamu saja jangan nak masuk campur hal kerja orang lain. Dengan suara nyaringnya dia bercakap dengan nada yang tinggi seolah-olah nak tarik perhatian orang pula. Iskkkkk tak berkenan langsung ibu.
Nasib baik lah yang dia sibuk-sibuk kan tu bukan kerja ibu. Kalau benda tu ada kaitan dengan ibu memang nak kena lah jawabnya. Ibu nak tanya satu saja dekat dia "Kau apa hal?!!!" Hahahahaha! Melawak saja tak adalah ibu nak cakap macam tu. Umur dah 40an ni tak ada masa ibu nak layan perangai kebudak-budakkan macam tu lagi dah. Kalau dia rasa dia memerlukan perhatian lebih dari Pegawai Penyelia silakan. Kadang-kadang kalau tunjuk sangat kepandaian kita ni di tempat dan dalam keadaan yang tak sesuai hanya akan memakan diri sendiri. Cukuplah sekadar kita tahu kerja kita dan kita buat sehabis baik. Janganlah sibuk nak masuk campur hal kerja orang lain pula. Biarlah mereka selesaikan hal kerja Unit mereka sendiri bersama dengan rakan sepasukan mereka. Betul tak?!!!
Bukan kita tak boleh nak ambil tahu.
Cuma bila masuk kategori menyibuk hal kerja orang ni.
Dia dah jadi tak sopan.
Tambah-tambah bila itu bersangkut dengan Unit lain.
Ibu lebih suka diam dan mendengar sambil memerhati. Jika perbincangan mereka itu ilmu yang boleh ibu ambil akan ibu ambil sebagai nota. Kalau nak tahu lebih lanjut ibu akan tunggu selesai mereka berbincang sesama mereka. Bukannya ibu mengganggu perbualan dan perbincangan mereka. Orang kata antara ilmu dan adab. Utamakan adab dahulu. Setinggi mana pun ilmu kamu kalau tak ada adab tak guna juga.
Iye kak mungkin betul dia nak share ilmu cuma cara dia tu agak anoying sebab dia suka nak bangkak cakap orang seolah mcm pendapat dia saja yg betul dan bila kita kemukakan pandangan kita dia kata itu tak betul salah. Kalau dengan org mcm tu selalunya ibu akan elakkan dari berdebat dgn dia. Malas nak bising2.
dekat office lama ammi ada sorang kakak tu gini. Semua benda dia tau. Benda yang kadang-kadang kita mmg tau dia taktau pun dia kata dia tau. Yang penting agaknya pada dia....biar org tau aku tau. Ala-ala FOMO gitu
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
10 Comments
Sabar ibu, ambil yg positif, dia just nak share ilmu tu... biarlah dia
ReplyDeleteIye kak mungkin betul dia nak share ilmu cuma cara dia tu agak anoying sebab dia suka nak bangkak cakap orang seolah mcm pendapat dia saja yg betul dan bila kita kemukakan pandangan kita dia kata itu tak betul salah. Kalau dengan org mcm tu selalunya ibu akan elakkan dari berdebat dgn dia. Malas nak bising2.
DeleteSetuju. Saya seorang yang tidak pandai menyampuk. Orang tanya baru saya bercakap. Jika tidak, saya lebih suka mendengar sahaja.
ReplyDeleteUmur2 ibu skrg mendengar dan hadam tu lebih baik daripada menyampuk cakap org
Deletemcm2 ragam dan kerenah selagi bernama manusia kan...if jd head/boss etc lg lah fenin
ReplyDeleteIye betul tu itu yg kadang2 boss pun jadi emosional kesian jgk nak kena melayan kerenah peel anak buah
Deleteada benda yg perlu kita tahu tp part yg sibuk nk tahu tu tkperlu la ..nk2 melibatkan unit lain kan
ReplyDeleteIye betul tu mama melainkan jika orang mntk pandangan dan pendapat kita. Elakkan dari menyampuk perbincangan orang lain.
Deletedekat office lama ammi ada sorang kakak tu gini. Semua benda dia tau. Benda yang kadang-kadang kita mmg tau dia taktau pun dia kata dia tau. Yang penting agaknya pada dia....biar org tau aku tau. Ala-ala FOMO gitu
ReplyDeleteJenuhlah orang gitu Ammi. Tak boleh dilayan sangat. Kadang susah juga orang mcm tu.
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.