Hari ini Jumaat yang terakhir untuk tahun 2024. Jumaat minggu depan kita dah masuk ke tahun baru 2025. Alhamdulillah untuk sepanjang tahun 2024 ni. Banyak benda yang berlaku dan perubahan demi perubahan dalam kehidupan kita. Perubahan besar dalam kehidupan ibu untuk tahun 2024 ni bila ibu diarahkan bertukar ke tempat baru Unit Pencen setelah 9 tahun selesa di Unit Pendaftaran Terbuka. Bila umur dah 40an nak belajar kerja baru ambil masa juga. Jenuh juga berperang dengan diri sendiri. Mental dan fizikal jadi tak selari. Otak fikir lain tindakannya lain. Itu belum kira nak sesuaikan diri dengan rakan sepasukan lagi. Kalau sebelum ni bekerja sendirian kali ni kena bekerjasama berdua pula. Kena belajar kawal emosi dan cuba untuk jadikan hubungan tu serasi dan nyaman. Walaupun kadang-kadang rasa macam tak ada komunikasi 2 hala antara kami. Hahahaha!
Tapi sekarang ibu dah pandai menyesuaikan diri dan mengikut rentaknya. Ibu hanya akan bercakap kalau berkait dengan bab kerja atau ada benda yang ibu perlu tanya memandangkan dia orang lama di Unit tu. Selain dari itu kami tak ada nak berbual kosong. Hanya bercakap bila perlu dan dia pun hanya bersembang bila dia rasa dia nak bersembang. Bayangkan dalam sehari tu ibu boleh jadi seorang yang diam membisu selama hampir 8 jam di pejabat. Sebab ibu takut kalau ibu terlebih cakap atau bergurau dengan yang lain-lain dia jadi tak selesa. Ibu kena fikirkan keselesaan jiran tertangga juga. kan?! Tak semua orang selesa riuh rendah ni kadang mereka lebih nyaman dan tenang dengan kesunyian. Cewah!
Dalam tahun ini juga ada perkabaran gembira yang ibu terima. Salah 1 darinya ibu bakal terima anak saudara baru. Biras ibu yang selalu keluar me time dengan ibu tu sedang sarat mengandung 7 bulan. In syaa Allah bakal melahirkan anaknya hujung bulan Februari atau awal bulan Mac tahun depan. Setelah kedua mereka suami isteri menunggu hampir 8 tahun akhirnya Allah swt kurniakan rezeki yang paling berharga dalam hidup mereka berdua. Kami semua tumpang gembira. Sebab itu ibu sekarang dah jarang keluar me time dengan dia. Tapi kadang-kadang dia msg juga ajak keluar mengopi nak lepak menyembang katanya. Hahahaha!
Tahun ini ibu rasa jiwa ibu lebih kental dari sebelum-sebelumnya. Ibu ajar diri ibu untuk tidak terlalu memikirkan "apa kata orang". Ibu mula kecilkan circle pergaulan ibu. Memang susah pada mulanya sebab kita sejenis yang suka nak bercakap bergurau dan gelak ketawa. Tapi demi keselesaan orang lain kita terpaksa kawal semuanya. Ibu ambil dari sudut yang positif benda itu mendidik ibu agar lebih menjaga tutur kata. Tidaklah main lepas cakap saja. Tidak cepat melenting marah tak tentu hala. Sebelum nak bercakap fikir dulu penting dan perlu atau tidak ibu meneruskan percakapan. Atau lebih baik diam saja selagi ianya tidak mengganggu kerja seharian ibu.
Mula-mula ibu rasa agak kekok seolah-olah ibu dipulaukan orang. Mereka keluar kemana-mana hatta keluar makan sekalipun tak ajak ibu. Tapi bila difikirkan balik mungkin sebab ibu dah terbiasa beli makanan tengahari siap-siap waktu sarapan pagi. Jadi bila sesekali ibu tak ada makanan tengahari mereka pun jadi tak perasan. Kesimpulannya apa nak susah-susah pegi saja turun kantin sorang-sorang bungkus makanan bukannya ada orang nak culik pun betul tak. Benda tu mudah sebenarnya cuma hati ni saja yang menyusahkan benda yang mudah tu. Huhuhuhuhu!
Oklah itu sebahagian dari coretan cerita ibu untuk tahun 2024. Betul lah daripada ibu update status di Whatsapp atau menulis panjang di FB rasanya di Blog lebih selesa selamat dan ibu rasa puas. Seolah-olah ibu lambakkan semua perasaan ibu disini dan bila ibu baca satu persatu komen dari kawan-kawan ibu disini ibu dapat satu suntikan semangat baru.
Nak mula menulis blog memang malas tapi bila dah sekali dapat menulis. Menjela macam ni lah entrynya. Walaupun yang ibu coretkan disini bukanlah keseluruhan cerita. Tapi ia cukup membuat jiwa ibu sedikit tenang dan lega daripada sebelumnya. Seperti ibu telah keluarkan setiap yang terbuku didalam dada ini. Alhamdulillah! ;)
Korang dah ada plan cuti tahun baru nanti nak kemana ke?!
Setakat ni ibu tak ada apa-apa plan lagi.
Hujung tahun ni pun ibu tak ambil cuti.
Boleh dikatakan separuh dari kawan pejabat ibu ambil cuti.
Rasa tenang jer pejabat tu.
Seronok juga sesekali pejabat tu tak ramai orang.
Hahahahaha!
Opsss! Jangan lah ada diantara mereka yang sedar kewujudan Blog ibu ni.
Ibu harap 2025 nanti banyak lagi perkabaran gembira yang akan ibu terima. Ujian tu biasalah hidup kita di dunia ni memang untuk diuji. Ingat senang-senang ke nak masuk Syurga. Syurga tu mahal harganya. Semoga Allah swr angkat darjat kita diatas setiap ujiannya. Aamiin! Ibu dah ready nak masuk 2025 korang dah ready ke belum?! ;)
Cuti thn baru sehari jer pun🤣🤣🤣 tak sempat if nak gi mana2 mcm staycation ker... Errrr MZ kena plan utk cuti sek làa bln feb nanti ...moga2 tercapai hasrat MZ nak ✈️again
Saya rasa kurang serabut hidup, bila saya fokus update di blog shj. Menulis adalah terapi. Sambil menulis blog dapat pulak kenal dengan blogger lain, tambah seronok sebab minat sama - blogging.
Semoga tahun 2025 kita semua akan lebih kuat menghadapi apa jua cabaran dan hal tak terduga.
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
10 Comments
Cuti thn baru sehari jer pun🤣🤣🤣 tak sempat if nak gi mana2 mcm staycation ker...
ReplyDeleteErrrr MZ kena plan utk cuti sek làa bln feb nanti ...moga2 tercapai hasrat MZ nak ✈️again
Itulah MZ dkt pjbt ibu ramai mereka amil cuti rehat hujung thn ibu ni jer x tau nak cuti buat apa? Hihihi
DeleteAlhamdulillah, happy for you ibu. Semoga kehidupan ibu sentiasa dlm kerberkatan ALLAH SWT.
ReplyDeleteAamin Ya Rabb! In syaa Allah terima kasih umi atas doanya
DeleteMasuk 40-an mmg gitulah kot ... Nak tenang² je dlm segala hal.
ReplyDeleteHave a wonderful day & great weekend ibu 🌹
Iye btol tu PH. Lebih banyak mendiam dan tenang rasanya
DeleteSaya rasa kurang serabut hidup, bila saya fokus update di blog shj.
ReplyDeleteMenulis adalah terapi. Sambil menulis blog dapat pulak kenal dengan blogger lain, tambah seronok sebab minat sama - blogging.
Semoga tahun 2025 kita semua akan lebih kuat menghadapi apa jua cabaran dan hal tak terduga.
Ibu dah mula rasa seronok dan puas bila dpt update blog
Deletemoga hari2 yg akan datang lebih baik dr hari2 yg lepas..in sya Allah
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb!
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.