Advertisement

Main Ad

Makan Malam Keluarga Yang Pertama 2025

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Genap sebulan blog ibu masih bertahan update entry demi entry. Masih belum lagi tenggelam seperti selalu. Hahahaha! Tahniah ibu Aqil semoga bertahan lama lah hendaknya. Chaiyok! Habis sudah cuti hujung minggu ibu. Hari ni mulalah rutin bekerja seperti biasa. Sepanjang bercuti Sabtu dan Ahad ibu cuba luangkan masa untuk update blog dan draft entry siap2 ada juga yang ibu setting auto publish. Sepanjang cuti tu juga ibu usahakan seboleh mungkin BW ke blog kawan2 sekalian. Tak lupa juga membalas komen2 kalian dalam setiap entry ibu. Eh! Seronok lah pula. Hihihihi! Seperti waktu mula2 menulis blog dulu. Gembira rasanya bila ramai kawan2 yang datang singgah dan tinggalkan komen dekat blog ibu ni. Alhamdulillah! ;)

Malam Jumaat minggu lepas adalah makan malam pertama bersama dengan emak dan abah. Susah sebenarnya nak ajak mereka berdua keluar makan malam terutamanya abah. Kena buat temujanji awal-awal sebelum abah decide tak nak makan nasi malam-malam. Kalau dia dah decide malam tu dia tak nak makan nasi ajak dan pujuklah macam manapun memang dia akan berkeras tak nak keluar makan makan malam. Dia akan cakap "Kamu bawaklah mak kamu tu Kak Long abah tak nak makan nasi malam ni...." Aduh!!! Nak kata abah diet tidak juga sebab perutnya dah semakin maju ke depan ibu tengok. Hahahahah! Comel!

Balik kerja hari Jumaat lepas ibu terus call emak ajak keluar makan malam lepas Magrib. Seperti biasa emak akan cakap "Kamu pegi call abah kamu sendiri ajak dia kalau mak yang cakap karang ada je alasan dia...." Iskkkkkk emak ni lah dah sama macam ibu setiap kali Aqil nak minta apa-apa "Aqil pegi bagitau ayah nanti tengok ayah cakap apa...." Huhuhuhu!

Bila dah emak cakap macam tu ibu pun call abah sebelum tu ibu tanya emak mood abah ok ke tidak. Hahahahaha! Dalam tiga kali deringan telefon abah dah jawab panggilan ibu. Terus ibu pujuk abah ajak keluar makan malam tu. Mulanya abah cakap kita pergi lepas Isya ibu pun ok kan sajalah asalkan abah nak pegi keluar makan malam dengan kami. Tak sampai setengah jam letak panggilan abah call ibu semula. "Kak Long kita keluar makan lepas Magrib lah abah lapar lah hujan-hujan ni...." Hahahaha! Petang tu hujan lebat ikutkan ibu dengan ayah pun dah lapar itu yang kami rancang nak ambil Aqil dari rumah emak abah dan terus lajak keluar makan malam. Bila abah sendiri yang dah cakap macam tu ibu pun ONZ terus. Ibu dah terbayang Siakap Stim Halia waktu-waktu hujan dapat hirup kuah dia panas-panas sedapnya.

Lepas solat Magrib kami terus keluar ambil mereka yang dah siap-siap menunggu. Masing-masing perut dah berkeroncong kelaparan dan kesejukan. Huhuhu! Paksu Aqil tak nak ikut keluar makan sebab dia dah kenyang baru lepas makan nasi. Tak apalah adik nanti Kak Long open table lagi yer. Kalau ada rezeki hujung bulan ni nanti kita repeat lagi. Kedai yang kami nak pegi ni tak jauh masih dalam kawasan perumahan juga. Nasib baik malam tu pelanggan pun tak ramai dan makanan yang kami order cepat sampainya. Yang bestnya kedai ni makanan semuanya dihidang serentak bukannya dia hantar satu persatu dan selalunya ikan lah paling akhir siap. Nasi dah dekat nak habis baru ikan sampai. Huh! 

Malam itu ibu rasa bahagia dan seronok sangat-sangat. Ibu tengok semuanya berselera makan. Tak ada pembaziran makanan malam tu semua makanan licin yang tinggal tulang ikan saja. Abah dan ayah Aqil sampai berebut meratah kepala ikan. Ibu order dua jenis masakan ikan. Satu Siakap Stim Halia kegemaran emak dan satu lagi Siakap 3 Rasa kegemaran abah. Adil dan saksama. Hahahaha! Lauk lain yang ibu order Kailan Ikan Masin, Kangkung Belacan, Telur Dadar, Somtam dan Udang Goreng Tepung kegemaran budak Aqil. Udang tu dia bedal sorang-sorang. ;)

Waktu semua leka dengan makanan masing-masing ibu amati wajah emak abah. Semakin jelas kedutan diwajah mereka berdua. Ibu bersyukur kerana saat ini ibu masih diberikan rezeki dan kesempatan untuk melihat wajah mereka dari dekat. Wajah yang semakin dimamah usia. Senyuman yang masih sama gelak ketawa yang serupa. Saling usik mengusik dan sakat menyakat antara satu sama lain. Gigi pun dah makin berkurang tapi senyuman mereka tetap yang paling indah dipandangan mata ibu. Ibu sayu sebenarnya bila mengenangkan bertambah lagi setahun umur ibu hujung bulan ini bermakna semakin bertambah jugalah umur emak dan abah. Jika tahun ini abah menjangkau 69 tahun manakala emak pula 68 tahun waktu ibu pula menjangkau ke umur 60an nanti adakah mereka berdua masih lagi ada disisi ibu?! Mengenangkannya ibu jadi sayu. Ya Allah! Semoga kau berkati usia ibu bapa ku dan mereka sihat keduanya. Semoga ibu diberi peluang dan kesempatan untuk terus berbakti pada mereka. Aamiin!

Eh! Tetiba nak sayu pula ibu ni. Haishhhhh! Tak tahu kenapa sejak dua menjak ini ibu rasa diri ibu agak sensitif daripada biasa. Ayah pun tegur katanya ibu mudah tersinggung dan menangis. Padahal benda tu tak besar manapun masalahnya cuma fikiran ibu ni yang suka overthinking. Adakah ini disebabkan faktor usia ataupun hormon ibu ni?! ;)


Kurang seorang ahli keluarga kecil ibu.
Paksu tak nak join sebab baru lepas makan nasi di rumah.


Antara menu kami malam tu.
Semuanya licin.
Alhamdulillah!

Bila seharian penat di pejabat dapat luangkan masa dengan keluarga macam ni terus hilang segala penat dan lelah. Setiap masalah di pejabat pun lesap entah kemana. Tapi hari ni Isnin datang balik masalah tu semua. Hahahaha! Itulah dia kitaran kehidupan ada naik dan turun. Kita hadap sajalah selagi mampu dan terdaya. Hari ini bos lelaki ibu bertukar ke Jabatan lain. Dengan ini diisytiharkan bahawasanya selepas ini semua bos ibu adalah PEREMPUAN. Maka bermulalah era "Perempuan Tak Pernah Salah" Hahahahahaha! Opssssssss!

Post a Comment

26 Comments

  1. hahaha... sepesen je mak kita ibu..kalau kita ajak mkn kat luar mesti mak suh bgtau bapak sendiri... sbb kalau mak yg bgtau ada je alasannya... anak ajak dia on je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan kak. Bukan ibu je rasanya kebanyakannya akan mcm tu. Pegi tanya abah@bapak kamu. Hahahahahaha! Seronok dpt bawa mereka keluar makan sesekali. Tgk muka sorang² jatuh rasa sayu. ;,)

      Delete
  2. Setuju.....selalu every weekend kami sekeluarga berkumpul, tapi memandangakan masing- masing banyak urusan keluarga..sesekali aje la berkumpul...dapat makan ramai- ramai pun seronok kan Ibu...walau takde pi bercuti kemana- mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berkumpul mkn ramai² tak sedar bertambah nasinya padahal menu dia simple saja kan SA to vibe dia tu lain macam

      Delete
  3. Bahagia rasa bila dapat gembirakan mak ayah kan. Untung tinggal tak jauh daripada mereka, boleh selalu jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sis bahagia melihat wajah mak abah hilang segala rasa penat bekerja

      Delete
  4. Ok ok nampak semangat update blog tgh ada.. insyallah moga istiqomah :D
    Tiba tiba abah call semula minta di awalkan nak makan malam terus jadi best kan hahaha..

    ReplyDelete
  5. Sudah semestinya bukan mudah untuk ajak orang tua makan malam-malam...sekali sekala mungkin mereka mahu kot...memang seronok makan ramai-ramai begini

    ReplyDelete
  6. semoga kite sentiasa update.. hihihihihi..

    sedapnye makanan yg terhidang tu ibu aqil..

    ReplyDelete
  7. Betul ada kala, sensitif tak tentu hala. Orang perempuan kan, hormon kadang ke laut, kadang ke gunung everest bak kata kawan dulu2. Take care.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki Ibu masih ada Ibu ayah tempat bermanja ☺️
    Semua pun nampak happy...kenyang perut suka hati hehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, kita masih boleh menikmati doa ibu dan ayah...semoga mereka berdua diberikan kesihatan yang baik..aamin

    ReplyDelete
  10. sama lah dgn Abah Ana pun bila ajak mkn-mkn di luar mmg byk alasannya hehehe

    ReplyDelete
  11. Udang bedal sorang2? Ini betul2 die hard fan ni!

    ReplyDelete
  12. Untung Salina masih berpeluang makan-makan bersama mak dan abah. Saya tak sempat nak buat gitu, bapak pergi awal.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.