Terpanggil untuk ibu menulis topik berkaitan dengan tajuk entry ibu kali ini.
Bukan untuk mengupas apa2 isu.
Cuma sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes2 yang berkait dengan masalah mental di tempat kerja.
Mungkin disebabkan bebanan kerja yang semakin melampau berbanding dulu.
Zaman ibu mula2 menjadi penjawat awam dulu kerja tidaklah sekeras sekarang.
Sekarang zaman serba canggih kebanyakan kerja semua melalui sistem. Ada masanya sistem membantu mudahkan kerja.
Ada juga waktunya sistem sendiri menyusahkan urusan kerja tersebut.
Zaman yang semuanya kena sempurna.
Pelanggan perlu dilayan sehabis baik.
Malah kena menghormati pelanggan berbanding pegawai atasan.
Kalau tersilap langkah kita yang akan diadukan ke pegawai atasan.
Itu belum masuk bab viral kan video kita.
Sebab itu ibu paling tolak kalau diberi tugasan di kaunter tempat yang terbuka.
Biarlah ibu duduk setempat di dalam pejabat sahaja.
Berbalik pada topik ibu hari ini.
Kadang2 kita selalu dengar kawan sepejabat meluah perasaan secara berkumpulan.
Tak sanggup nak bekerja dengan sipolan.
Nak mohon bertukar ke pejabat lain sebab tak suka dengan cara sipolan.
Sipolan tu macam tu lah.
Sipolan ni macam ni lah.
Macam2 lagi lah drama mengalahkan Slot Akasia.
Hahahahaha! Sebenarnya yang toksik sipolan itu ataupun kita?!!!!
Sebab bila ibu fikir2kan kembali.
Kita ni tak toksik ke sebab bercakap tentang orang itu orang ini.
Berkumpul ramai2 dan jadikan seseorang itu sebagai bahan perbualan?!!!!
Kalau seseorang itu tak toksik dia akan elak dari bercakap hal orang lain.
Dia akan duduk ditempatnya dan hanya fokus dengan hal sendiri dan kerja sendiri.
Bukan tidak boleh bergaul cuma perlu berpada2.
Bukankah Profesionalisme tu penting dalam sesebuah Organisasi.
Pada pandangan ibu orang toksik ni ada dimana2 saja.
Terpulang pada kita untuk pandai mengawal diri kita.
Kita tidak akan dapat mengawal orang lain.
Apa lagi pemikiran dan perbuatan mereka.
Bukan tugas kita untuk merubah orang lain mengikut kemahuan kita.
Bentuk lah keperibadian kita sendiri.
Jadilah seorang yang punya jati diri dan prinsip sendiri.
Jangan ikutkan orang sangat.
Orang yang baik dia tidak akan menilai orang lain dengan pandangan yang tidak baik.
Bukanlah nak kata ibu ni baik sangat. Tapi kalau dah datang kerja asyik dengar cerita tentang orang itu orang ini. Kita yang daripada sejuk boleh bertukar jadi panas. Siapa yang toksik sebenarnya?! Huhuhu!
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.