Advertisement

Main Ad

~Wordless Wednesday #mood nak M.E.M.B.E.B.E.L hari ni boleh tak?! ;)~

EmIenAqil R&F is best viewed using Mozilla Firefox "ONLY!!" TQ!! (",)
 
As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
Wordless Wednesday #mood nak M.E.M.B.E.B.E.L hari ni boleh tak?! ;)
Selamat kembali bekerja setelah bercuti panjang..
Sebelum ibu mula membebel panjang nak tanya dulu..
Macam mana cuti panjang 4 hari kome?!
Best tak?!!
Mestilah bestkan dah namanya CUTI apa yang tak bestnya..
Walaupun cuti panjang sekadar duduk kat rumah jer kan?!
{ayat saja nak sejukkan hati jer tu.. ;p}
Cuti yang lepas kami terjah Key Ell..
Lepak Subang Bestari rumah untie ibu @ kakak kepada opah Aqil..
Kebetulah hari Ahad ada kenduri kawin anak kepada kawan atok Aqil di Cheras..
Jadi kami tumpang tidur semalam di rumah untie ibu..
Tak sempat nak terjah rumah kawan2 alamaya ibu yang duduk area KeyEll nun..
Walaupun dalam otak ni dah ada list rumah sapa yang agak ringan kaki ni nak serbu..
Tapi bila dah berkumpul sedara mara ni plan dia jadi carca merba sikit..
Orang ni nak kesini, kita nak kesana, orang tu pulak nak ke situ..
Macam2 hal..
Kami yang muda ni ikutkan jer lah plan orang2 tua..
{ayat poyo tak hengat!! macam lah awok tu mudo le sangat.. ;p}
Sabtu malam kami sampai di Subang Bestari..
Ahad tengahari kenduri kawin di Cheras..
Dari Cheras kami terus drift ke Putrajaya..
Bawak Aqil Naim ukur lilit keluasan Masjid Putrajaya yang tersergam indah.. ;)
Dah jadi macam pelancong pulak bila dibawa jalan2 kat sana..
Ramai betul pengunjung berbilang bangsa kat sana yer..
Kebetulah hari Ahad ada sambutan Maulidur Rasul..
Plan utama kami ke sana konon nak naik Cruise..
{sebenarnya untie ibu yang beria plan nak naik Cruise tu..}
Tapi dek kerana tahap kepanasan yang melampau ditambah pulak ibu berbaju kurung bagai hari tu..
Memang tak ada mood ibu nak senteng kain nak panjat Cruise tu..
Kain dah le jenis kain kembang payung..
Nak melangkah pun dah jalan rope itik serati pulang petang..
Terkedek kedek awok menapak..
Tension!!!!
Itu belum bab nak kejor si Aqil Naim lagi..
Member rileks berlari sana sini tak ingat donia..
Yang ibu dia ni terkinja2 dari jauh nak kejor tak dapat sebab langkah tak panjang..
Paling tak pun volume suara ni je lah yang memeriahkan suasana sekitar Putrajaya tu..
"Aqillllllllllllll!!! Jangan lari jauh2!!!!! Bahaya!!!!!!!!!!!!!"
Si Aqil Naim buat derk jer...
Pening!!!!!
Oleh disebabkan itu ibu terpaksa telan panadol 2 biji..
Kepala dah macam nak pecah..
Plan kami nak naik Cruise..
C.A.N.C.E.L
Seterusnya kami 2 biji kereta semuanya terus memecut ke Pantai Bagan Lalang..
Perghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Jauh rupanya tempat tu..
Ibu ingat dalam masa sejam kami sampai ler..
Rupa2nya kata cousin ibu si Apiez..
"Jauh dia macam dari KL ke Melaka Kak Rose!!"
What?!!!!
Baik kita ke Melaka je terus kalo tau macam tu..
Ayarkkkkkkkkkkk!!!
{okeh Kak Rose adalah nama panggilan manja ibu khas untuk ahli keluarga, panggilan sedari ibu kecil baby lagi.. ;)}
Di Bagan Lalang kami singgah kat rumah sepupu ibu..
Tak sempat nak singgah tepi pantai sebab ibu tak selesa nak pakai baju kurung duduk tepi2 laut ni..
Karang tak pasal2 duk melayang2 kain dah macam layang2 jadinya nanti..
Tak selesa!!!
Sampai jer rumah sepupu ibu tak cari benda lain lagi dah..
Terus tuju toilet untuk mandi & salin baju..
Selesa rasanya lepas berseluar & ber'blaus..
Baru le boleh nak singah lepak2 pekena makanan laut..
Restoran Senandung Malam Pantai Bagan Lalang
1st time ibu sampai kedai makan yang orang nak order makan kena beratur panjang..
Lepas sejam lebih order baru makanan sampai..
Itupun kalau nasib baik kalau nasib tak baik kita up sikit 2 jam lebih tunggu baru makanan sampai..
Sampai si Aqil Naim pun merengek2 serba tak kene..
Nak pujuk dia punya pasal..
Terbang ler RM10 semata2 beli mainan yang tak sampai 10 minit dah jahanam..
Last2 ibu dia yang naik hantu bila benda tu dihempasnya sampai pecah..
Ayarkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Rasa nak lari je tengah2 laut dibuat dek budak Aqil Naim ni..
Sabar jer lah!!!
Elok je makanan sampai kami semua berjaya menghabiskannya dalam jangka masa yang agak membanggakan..
Tak sampai sejam semua pinggan dengan air licin kami kerjakan..
Memang hebat!!
Yang tinggal hanya saki baki tulang temulang & kulit2 lala yang tak sesuai untuk ditelan sama..
Itu dah tahap kebuluran yang melampau..
Wakakakaakkakaaaa!!!
Oklah kalau dah namanya licin apa lagi tunggu..
Angkat kaki cabut balik cari tilam peluk bantal..
Tidur jer lah jawabnya...
ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!
Ok habis dah membebel!!!
Puas hati dapat membebel panjang hari ni..
Permulaan setelah 4 hari berehat dari membebel..
Harap maaf kerana penggunaan bahasa & susunan ayat ibu yang agak serabut..
Juling biji mata kome nak baca nyer yer dak.. ;)
Terima kasih ler sebab setia baca sampai habis..
Walaupun tak disajikan dengan picca of love kami..
Esok2 jer lag ibu tepek picca2 kenangan kami dekat Putrajaya & Pantai Bagan Lalang yer..
Sebab hari ni khas untuk mood ibu nak membebel jerk..
Walaupun hari ni Wordless Wednesday kan?! ;)
Ermmmmmmm!!
Tapi rasa tak best lah kalo tak selit picca of love si bulu mata lentik kesayangan kita tu..
Tak lengkap rasanya kan?!!!! ;)
Layanzzzzzzzzzzzzz!!!









T.A.M.A.T
Tata!! Titi!! Tutu!!

Nota Si Jari Runcing ~Plan asal ibu konon nak daki tempat sejuk tak menjadi.. ;) Tak berjaya memujuk rayu si ayah.. Tak apalah asalkan cuti hujung minggu kami tetap berkualiti.. Masa dihabiskan bersama keluarga terchenta.. ;)~

Post a Comment

27 Comments

  1. wah seronoknya makan seafood di bagan lalang ye ina, biasalah mainan skrg ni skejap sgt hayatnya kan ina..hehehe senyum baca gelagat aqil ni

    ReplyDelete
  2. masa untuk bersama keluarga terchinta walau dimana berada xsetanding kalau kita gi jauh tp xde keluarga tercinta disisi..kan..kan..hehe..
    happy wednesday..:)

    ReplyDelete
  3. wah, ibu pun dah jadi mcm kita, asal cuti je pulun buat satu entry je, hahaaa. bebella bu dua muka surat sekalipun, tetap dtg baca. best kan jenjalan. itu baru aqil naim seorang, bayangkanla kita yg dua orang ni, lelebih bila dua2 nak ummmiiii, adeihhh.

    ReplyDelete
  4. pyalah eksaited aku bc bebelan ko tu kak rose muahahahaha....

    aku cuti 3 hari sajok
    sbb sabtu aku koje...sedih kan xpelah

    so cuti2 x kemana..dok umah sj layan anak2 terhebat tu hehehehe
    almaklumlah en. asben tu cuti x sm ngan kita..sian kan..xpe2 en. asben dah jnji nk bw jenjalan nti...

    x sabau nak tgk pica korg kt keyell nun

    ReplyDelete
  5. x pe la xdpt cuti naik tempat sejuk pun kan jnji cuti terisi jgk jln2 ke tempat lain terisi penuh dgn aktiviti 1 family :-)

    Kami cuti ke tempat sejuk lagi ke freser hills pulak mmg srnok sbb family trip:-)

    ReplyDelete
  6. patut la terasa mcm nak gi putrajaya ahad lepas..ada org jauh turun kl rupanya...hihi

    tak kira la ke mana destinasinya pun asalkan bersama keluarga tu la yg paling best kan dear!

    ReplyDelete
  7. takpe la ina. lain kali blh bwk aqil g tmpt sejuk yang lain. kali ni rht2 kt umh je ckp.

    ReplyDelete
  8. wahhhh...mmg penuh btl xtvt ina n family..akak kat melaka cuti 3 hari jer (eeehhh..mcm la akak keje kan..heheee.. ) & kami x ke mana2 pun kecuali hari ahad bawa anak2 main layang2 kat pantai klebang...

    ReplyDelete
  9. fuhh.. abes jugak membaca bebelan akak.. hehe.. gurau je.. seronok nye dpt wat mcm2 aktiviti bersama family kan.. dpt naik cruise lagi,, best tak? yana yg dok putrajaya pun tak pernah naik cruse tuh.. hehehee,...

    ReplyDelete
  10. kalau aku pun, tak selesa jenjalan pakai baju kurung...huhu...

    ReplyDelete
  11. erm.. ummi duk umah jer, cuti 3 hari je :( maklumlah kami kedah tak amik Thaipusam.. bile duk umah ummi hanye sekadar membesarkan badan dgn xtiviti masak, makan & tido, hahah opss ummi main guleng2 dgn meooww :)

    percutian ibu, sgtlah seronok.. takpe next week pegi mendaki pulak ye :) selamat kembali berkerja, sila ringankan tulang anda ye hahahha

    ReplyDelete
  12. best tu mkn seafood kat bagan lalang....
    nape tak tukar baju? kalo sy dah standby siap2 baju jalan kalo g kenduri....hehe....

    ReplyDelete
  13. bile cuti mesilah banyak masa terluang dengan familykan.. apelagi jalan² lah... kami tak kemana² sgt pun.. cuaca panas sgt x sanggup nak redah panas terik..

    ReplyDelete
  14. waahhh... meriah jugak xtvt iena.. zura banyak duk rumah jek.. keluar kejap2 gi tesco n giant jek..

    ReplyDelete
  15. jauh berjalannyer tuh. aklo eB fensan. penat :)
    ps: tc yer. kami balik ipoh minggu nih :)

    ReplyDelete
  16. cuti2 mmg best jln2 bersama famili~

    salam kenalan~~
    =}

    ReplyDelete
  17. uish...samalah
    cuti lama pun tak kemana2
    coz' adik ipar kak zana bertunang
    then ada ler balik mersing main air kat pantai..tu jer pun..

    hik hik hik

    ReplyDelete
  18. samaler akak kalau balik perakpun gitu ingat nak jumpa ngan kawan2 maya.. lepaihtu haram... biasalertu kalau dah ngan sedara mara hampeh...
    seronokler hujung minggu yang berkualiti yerk..

    ReplyDelete
  19. Pantai Bagan Lalang??? xpenah pergi..kt mane tah tu...jauh pulak nye...kitorg p janda baik ritu pon br 20 minit je pong..hehehe...

    ReplyDelete
  20. baru nak komen terbaca komen Diah kat atas nie.. nak tergelak pulak die cakap tak tau bagan lalang kat mana.. sedangkan gold cost yang diorang pergi tue kan kat bagan lalang.. heheh..

    ReplyDelete
  21. hambooii. bercuti sakan le akak yer. heehehehe. bestnyee!

    ReplyDelete
  22. wah panjang cerita ina
    pueh akak bacee ekekek
    hurmm akhirnyaaa dpt jugak makan seafood di bagan lalang
    x perlahh plan naik cruise tuu lain kali
    insyaalllahh kalau ada jodoh kann ;)

    ReplyDelete
  23. len kali bwk spare kak ina..senang nk buat aktiviti..hehe;)

    ReplyDelete
  24. sesekali membebel panjang2 memang besh.. hehe.. lamanya nk tunggu makanan.. kalau sy sure awal2 dh cabut balik.. x sanggup bila anak2 wat perangai.. hehe..

    ReplyDelete
  25. Hehee, sabo je la kak ye, perangai anak tengah membesar, semua nak diteroka, semua nak dicuba :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.