Thursday, 9 May 2013

selepas SEMINGGU lebih..

EmIenAqil R&F is best viewed using IE V9, Mozilla Firefox & Google Chrome "ONLY!!" TQ!! (",)
 
Assalamualaikum!!
Hii dear all!!
selepas SEMINGGU lebih..
Entry beku dari peti sejuk!!
 
Selepas seminggu lebih duduk di rumah sendiri.. ;)

Kepuasan!! Yer!! Kepuasan yg x pernah ibu rasa sebelum ni.. Kepuasan dalam cuba menjadi seorang isteri & ibu yg sempurna walaupun hakikatnya kesempurnaan itu bukan milik ibu.. Cuba untuk berusaha menjaga diri sendiri dibawah pengawasan seorang suami yg cukup2 melengkapi setiap kekurangan diri ibu.. Menjadi teman & pelengkap kehidupan seorang anak yg sentiasa memerlukan seorang ibu yg sihat & ceria.. Setiap hari ibu adalah sebuah perjalanan indah yg penuh dengan berbagai perasaan & cabaran.. Cabaran agar menjadi seorang yg lebih sabar, ikhlas & redha.. Semoga kehidupan baru ini lebih membuat ibu matang & belajar untuk berdikari walaupun hakikatnya sudah masuk ke usia yg hampir nak menjengah ke petang.. Belum senja lagi erk.. ;p

Kebebasan!! Kebebasan dalam membuat keputusan mengikut kehendak hati dibawah kebenaran seorang suami.. ;) Ibu bebas dalam mencorak kehidupan harian kami.. Inilah yg ibu impikan sejak hari pertama bergelar seorang isteri.. Dirumah sendiri.. Berbeza sungguh rasanya waktu duduk dengan emak abah dulu.. Nak buat apapun semua terbatas.. X boleh suka2 hati buat itu ini.. Walaupun hakikatnya itu rumah orang tua ibu sendiri.. ;) 

Tolak ansur!! Matang!! Sabar!! Ringan tulang!! Betapa pentingnya kesemua perkara2 tersebut di antara suami isteri bila dah duduk sendiri ni.. Bila dah duduk berdua dengan suami tanpa pengawasan orang tua perkara tersebut amat penting.. Untuk anak manja {konon nyer lah ;p} macam ibu ni ibu perlu lebih matang dari sebelumnya.. X boleh terlalu memanjakan diri sendiri.. Jangan terlampau mengada2.. Jangan suka merengek yg bukan2 nak itu ini.. Dulu duduk dengan emak abah boleh ler nak bermalas2an.. ;p Sekarang ibu kena bertolak ansur dengan ayah.. Bukan mengharapkan ayah memanjakan ibu macam mana emak & abah ibu manjakan ibu.. Duduk dengan suami kena pandai bawa diri sentiasa sabar & ringan tulang.. Kalau asyik mengada2 merengek2 bermalas2an naik muak plak suami tengok nanti.. Eh!!! Yeker?!! Mengada2 merengek2 ni kalo kena gayanya x per kan ayah?!!! Hik3!!! Bermalas2an tu yer elok dibuang jauh2.. Tabiat yg x elok.. Eceihhhhhh!!!

Pernah dengar x ada yg berkata.. Isteri adalah nadi sebuah rumahtangga.. Isteri adalah penghibur teman suami yg paling rapat.. Ibu adalah cahaya buat anak2nya.. Dan keindahan sebuah keluarga itu adalah seorang isteri & ibu yg solehah..

Owhhhhh!! Sejak akhir2 ni asyik nak merepek meraban je kat sini.. Menjela2 menaip kekadang semuanya ayatnya carca merba.. Kome layankan jer lah erk.. Bukan selalu pon.. ;D

Layanzzzzzzzz!!


Picca of love kami buat tatapan semua yg merindu.. ;p
Poyo jerk ibu!!
Ada yg rindu ker?!!
X pon kome nak layan suasana baru Villa Aqil Naim?! ;)
Dalam next entry lah yer.. ;D
T.A.M.A.T
Tata!! Titi!! Tutu!!
Nota Si Jari Runcing ~Selepas seminggu duduk sendiri opah atok & paksu pindah masuk ke rumah kami.. Rumah atok opah pulak dalam proses renovation.. Opah nak luaskan sikit kawasan dapur.. Nak buat kabinet dapur macam dapur basah ibu jugak.. Nak merasa juga dapur impian katanya.. Hi3!!!~
 

My Blog List

Be My Friends

EmIenAqil
Cute Butterfly Here

My Lovely Friend's

About Me

My Photo
Salina@IbuAqil
The Best Mommy & Wife to Aqil Naim & Shahrin Anuar {Love both of them so much!!} Juga seorang penghidap Talasemia Major sejak lahir. Apa itu TALASEMIA?! Cuba google kalau nak tahu (",)
View my complete profile

Advert

Mis

Photobucket