Advertisement

Main Ad

Bukan kehendak mereka..

Kelahiran adalah sesuatu kebahagian yang paling dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri dalam melayari alam rumahtangga. Pengorbanan, kesusahan dan kepayahan seorang wanita yang bergelar isteri selama sembilan bulan mengandungkan zuriat benih cinta dan kasih sayangnya kepada suami adalah satu pengorbanan yang ikhlas dan suci kerana Allah swt. Penantian itu satu penyeksaan dan ia juga merupakan saat-saat indah yang mampu diukir. Menuntut kesabaran yang tinggi dan apa yang diharapkan agar segalanya selamat, sihat dan sempurna. Namun ketentuan Allah swt terhadap hamba-NYA adalah satu ujian. Untuk menguji keimanan seseorang. Siapa yang meminta dan tiada siapapun mengharap ini pengakhiran sebuah penantian. Dikurniakan anak yang tidak sihat, tidak sempurna seperti yang diharapkan. Sememangnya nampak sempurna dimata kasar setiap mata yang melihat. Namun hanya yang mengenali yang mengetahui segalanya. Emak! Abah! anakmu ini adalah dugaan yang paling hebat yang tidak pernah kalian duga dan tidak kalian pinta. Membesarkan ku adalah satu jasa yang teramat besar dan tidak mampu untuk dibalas. Keikhlasan kalian menerima amanah Allah yang satu ini tidak kau minta balasannya. Kejernihan wajahmu emak, adalah pengubat setiap kali diri ini dalam kesakitan. Ketegasan mu abah, adalah benteng kekuatan untuk aku terus berjuang. Kalian lah segalanya dalam hidup ini, sejak  tapak kaki ku sebesar tapak tanganmu. Terima kasih emak abah. Kerana kalianlah anakmu ini masih disini. Meniti sisa-sisa kehidupan yang masih panjang. Selagi belum sampai janji ku pada-NYA.
Kalian menerima amanah ini dengan redha.. Terima kasih emak abah..

Penyambung hayat.. Seumur hidup..

Post a Comment

1 Comments

  1. rupanya ibu hidap talasemia... smoga tabah yer.. lya pon sejak kecik berulang di hospital.. dilahirkan krg sempurna... dan mjalani pmbedaha seawal usia 3 bln..

    hinggalah usia 15thn..pmbedahan tbesar krn ingin mbuang ketumbuhan y bsrang dlm otak lya.alhamduliillah..berjaya..

    dan dugaan dtg lagi y mematikan cita2 lya...y mbuatkan msa usia lya penuh dgn pderitaan.. di usia 18 thn, sekali lg jatuh sakit y mbawa kesannya hgga ke hari ni.

    rupanya, pbedahan smasa umur 15 thn tlh blaku jangkitan kuman pd otak y myebabkan lya mgalami kelumpuhan badan pd usia 18 thn..dan perlahan..kelumpuhan peti suara, hgga x mampu bcakap.. dan penglihatan mata kiri...dan tau jugak lya ada injap jntung blubang.

    mmg terlalu ssh nk harungi hidup wktu tu..bila badan dh x bguna.. org y b'takhta dlm hati wktu tu mula mjauhkan diri..mgkin xblh terima keadaan lya y dh lumpuh & ibarat mayat hidup...

    hidup lya kosong...xde apa..terpaksa tgalkan pelajaran lya..cita2 lya.. tp.. ntah slps lama myerah pd takdir..tba2 dtg semangat.. lya start from zero... seperti baby..

    dgn kaki y tanpa rasa apa2..jln fisioterafi..akhirnya ada rasa sikit2..dan start dr tu, lya trus berusaha meniarap,,,dr meiarap lya cuba duduk & cuba utk bgun..kalo bdn pnuh lbam sbb jatuh ketika cba bngun.. cuba berjalan..byk kali jtuh..smpai lya hmpir putus asa.. & spnjang wktu mnangis...dan akhirnya. alhamdulillah, akhirnya lya dpt kembali hidup lya..

    dan saat2 lya mgalami fasa pemberontakan y mendalam dlm diri ni, fain dtg dlm hidup lya.. dia berikan semangat & terus disisi,,hingga lya pulih. lya fikir..walaupun mhadapi dugaan y amat truk saat tu.. tp hari ni sgt2 bsyukur..krn sakit tuhan pertemukn seorg jodoh y menerima diri ini seadanya.. mgkin ini caranya tuhan menujukkan rsa syg pd kita...

    dan ujian berterusan..wlaupun lya dh blh bjln semula... tp msh selalu jtuh sakit..sbb lya mghadapi msalah pyakit saraf transfer myelitis & sle..

    sbb tu lah lya xleh mgandung.. kehadiran asya dlm hidup lya 1 keajaiban.. sbb spanjang lya mgndung asya dulu,lya koma.. dan masa mgandung 6 bulan, lya kritikal..dan time tu doc nk gugurkan asya..tp kuasa allah, semasa hari pguguran tu dilakukan.. asya mnendang perut lya & myebabkan lya tsedar dr koma. semuanya kuasa allah... dan, asyalah satu2nya ank y mampu lya miliki.. sbb keadaan lya sekarang pon msh x sihat.. tp sntiasa bharap muncul keajaiban.

    slpas asya, lya mgndung sklali lg pd thn 2009, tp keadaan lya mmg trk wktu tu & baby x dpt dselamatkan.. lya ada 2 org ank y smpat lya kndungkan tp, xsempat mbawanya ke muka bumi.

    kita mghadapi penderitaan..kehilangan waktu remaja... tp tuhan hadiahkan pengampunan dosa2 kita ditas setiap saat kt melalui kesakitan itu. dan tuhan berikan kita jodoh y terbaik y mencintai kita seadanya..y sanggup merasa ssh krn kt..y ikhlas mjaga kt saat kita sakit... dan paling penting..tuhan kurniakan kita satu anugerah y begitu bharga dlm hidup kt...iaitu aqil buat ibu.& asya buat lya.

    walaupun seorg shj...tp btapa berterima kasih kpd tuhan, krn dlm keadaan berisiko & sakit pon tuhan msih mberi pluang utk kt mgandung, melahirkan,mjaga serta mjadi mama & ibu buat ank2 istimewa kita.

    SEMOGA KITA SAMA TABAH :-)
    SENYUM SELALU :-)
    BIAR SEMUA ORG TGK KITA HAPPY :-)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.