Advertisement

Main Ad

EmIenAqil

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..

EmIenAqil

Kenapa EmIenAqil?! Ia dipilih secara super spontan dari kombinasi nama panggilan ayah, ibu dan Aqil sendiri. Kira nama yang biasa kami gunakan dalam kehidupan seharian. ;)

Em

Nama manja si ayah. Nama dalam kad pengenalan ayah sebenarnya panjang tapi nak memudahkan "Inlaw" ibu panggil nama manja dia EM dari dia kecil lagi. Melekat lah nama tu sampai tua. Jika dalam setiap penulisan ibu di blog ini. Ibu lebih suka gunakan gelaran untuknya "AYAH". (DOB 25/9/1982)

Iena

Nama glamour ibu. Cewah! Hahaha nama panggilan ibu sebenarnya banyak. Sebab nama sebenar ibu pun dah menjela panjangnya. Cukup lah dipanggil Iena ringkas dan manja. Tapi bagi yang dah lama ikut blog ibu ni sejak awal tahun 2010 lagi memang dah terbiasa ibu gelarkan diri sendiri dengan panggilan "IBU". Rasa lebih mesra. Ayah dan ibu Aqil. Ngeheee!! (DOB 28/1/1982)

Aqil

Si bulu mata lentik kami. Dialah seorang dan satu-satunya. Untuk mengandung dan melahirkan Aqil ibu harus kuat dan tabah. Walaupun dugaan ibu selama mengandungkan Aqil tidaklah sehebat mereka-mereka yang lebih hebat ujiannya. Ibu masih dapat menikmati saat-saat indah 9 bulan Aqil didalam rahim ibu. Indahnya menjadi ibu mengandung. Tidak ada alahan tidak ada muntah monggek. Alhamdullilah! Aqil adalah rezeki dan nikmat dari Allah swt. Amanah serta pinjaman yang terbaik buat kami suami isteri. Mengajar kami erti hidup yang sebenar. Aqil menjadikan ibu dan ayah lebih matang dari hari ke sehari. ;,) (DOB 14/2/2008)

Meh ibu nak cerita sikit.. ;)

Ibu dan ayah dinikahkan oleh abah ibu pada 2/2/2007. Oleh kerana ibu satu-satunya anak gadisnya maka dia sendiri yang menikahkan ibu. Saat digenggamnya tangan ayah. Ibu dapat rasakan gelora hatinya. Bagaimana takut dan berdebarnya dia ingin melepaskan satu-satu bunga di taman larangannya. Selama 24 tahun bunga itu dibaja dengan benih kasih sayang bukti cinta dan kasih bersama si isteri kini dia dengan rela hati melepaskan si bunga dipetik buat jambangan hidup seseorang. Hingga kini restu dan doa mereka mengiringi kami. Alhamdulillah! Jodoh itu rahsia Allah swt. ;,)

Si bulu mata lentik kami diahirkan setahun selepas itu pada 14/2/2008. Hadirnya dia menyinari hidup kami. Keletahnya mengembirakan kami. Bebelannya mencuit hati kami. Dialah segalanya. Walaupun pada awal kewujudannya di dalam rahim ibu menjadikan semua insan disisi ibu risau dan bimbang. Kerana kebarangkalian kejadian yang buruk terjadi itu tinggi risikonya. Disebabkan keadaan kesihatan ibu yang tidak baik. Thalasemia! Ibu Aqil adalah seorang penghidap Beta Thalasemia Major dan setiap bulan ibu harus berulang alik ke hospital bagi menjalani permindahan darah demi meneruskan kelangsungan hidup. Kalau sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang penyakit ibu boleh klik sini yer. ;D

Jadi kesimpulannya kenapa EmIenAqil?! Kerana itulah kami. 3 jasad yang berkongsi ruang kehidupan bersama. Selagi diizinkan Allah swt. Selagi diberikan kesempatan ruang dan waktu. Semoga keluarga kecil kami berbahagia hingga ke Syurga. Aamiin! Ya Rabb..



-sEkIAN-

Post a Comment

0 Comments